Nuffnang

Monday, February 3, 2014

Cabaran : Airis Bersunat.

As salam semua.

Alhamdullilah, tadi selesai lagi satu benda. Bila ade anak ni semua kerja kena ade plan. Kalau takde plan mesti clash dengan yang lain. Alhamdullilah plan sunatkan Airis dah settle. Thanks Allah mudahkan segalanya.

Ni la yang kena ambil tahu kalau ade anak perempuan. Bukan anak lelaki je tau kena sunat. perempuan pon sama, cuma procedure tak sama dengan kelecehan sunatkan anak lelaki. For seriusly fa cuak gak bila nak bawa Airis bersunat. Fa pulak rasa ngilu-ngilu. Jenuh la fa pujuk mama, pujuk adik temankan fa. Tapi nak jadi mak kan.. kena la berani. Lagi satu ni kira experiance! Pengalaman yang fa boleh kongsi ngan Airis nanti.

Sebab fa pantang dekat kampung, jadi sunatkan Airis dekat sini lagi senang kan. Kakak yang urutkan fa cadangkan fa pergi Klinik Taqwa Masjid Tanah. Doktor pun perempuan. Actually ada dua Klinik yang kakak ni suggest. Tapi klinik satu lagi tu fa call dia cakap doktor available pukul 3 petang. Sebab en.suami takmo pergi petang jadi kami ke Klinik Taqwa.

Simple sangat, sampai klinik, nurse soh tggu jap tak sampai setengah jam dia dah panggil. Fa la orang 1st rasa nak lari. Tapi doktor cakap takde benda la. Kejap je. Nurse pegangkan Airis, fa bukak pempers. Suami cakap tengok muka Airis bukan nak soh tengok doktor sunatkan.

Tak sampai 5minit dah settle. Fa baru nak paling tengok muka Airis dah settle. Kejap yang amat! Tapi Airis nangis jugak la.. Lepas nenen dia tertidur sampai la sampai rumah.

Jangan tanya fa ape yang dia buat ye, sebab fa taktau pon. hahaha. Yang fa tau dah siap. Airis dah pon jadi BIG GIRL. Alhamdullilah.

Bayaran : RM15.00
Nurse/doktor : Friendly
No Tel : 06-3842200

Siapa yang nak pergi Klinik Taqwa ni, klinik ni betul-betul berdekatan dengan Stesen Bus Masjid Tanah. Boleh google untuk map ye.

Airis tunggu turn.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...