Nuffnang

Wednesday, February 26, 2014

Cabaran : Airis & Timing susu (pt 2)

As salam semua.

Haaaa dah part 2. Fa combine je la eh lepas je part 1 hari tu, esoknya fa buat cuba lagi ajar airis timing siap buat jadual hokeh. Fa pump setiap 2 jam sekali, sebab nak bagi airis fresh milk. Segala susu yang dalam chiller tu tak berguna langsung. Tunggu expire pastu siram pokok cili mama.
(FYI mereka yang ade available space dalam freezer tu sebelum stok EBM chiller nak expire, boleh terus masuk freezer ye)

Di pendekkan cerita, awal-awal memang smooth je.. Airis bangun, isap susu, tengok playhouse Disney, mandi then angah bobok terus lelap. Tapi awal-awal je.. kesilapan yang sama kat sini... Airis nampak fa bila dia bangun. Terus meraung!

Point kat sini, kalau korang nak ajar anak korang berdikari dengan orang yang bakal jaga dia nanti, korang pergi la jalan-jalan tapi jangan jalan jauh sangat kang papehal satu masalah pulak nak belari balik. Sebab fa still dalam rumah, angah pulak pergi tempat yang fa ada, lagi la si kecik ni melalak. Ye la, mamy around apasal nak kena orang jaga.

Bila malam, sesi melalak, meraung yang fa sendiri tak tau apesal. perut ok tak kembung, maybe Airis nak luahkan perasaan + mengada-ngada bila dengan fa. End up semua 1 rumah tidur pukul 3 pagi. Alahai Airis.

Orang cakap, budak ni pandai.. sebab mamy dia around dia jadi tak boleh nak berdikari. So fa doa banyak-banyak hope bila tiba masa fa tinggalkan Airis dengan angah nanti, segalanya berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Airis ni perangai dia tidur sekejap sekejap, kalau nak tidur balik kena la bobok berjam baru lelap. Jadi susah lah nak buat kerja lain. So fa ajar dia tidur tertiarap. Baru 2 jam dia tidur tapi kena pantau tengok-tengok ye sebab dia akan pusing-pusingkan kepala dia takut tertungkup kita tak sedar jadi kes lain pulak.

So far Alhamdullilah Airis takde masalah menyusu botol. Cuma nak pastikan betul-betul cukup ke 3oz sekali minum yang fa akan bekalkan untuk Airis nanti? Pray harder. Aminnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...