Nuffnang

Monday, February 24, 2014

Cabaran : Airis dan timing susu (pt 1)

As salam semua.

Hari ke-4 ajar Airis untuk tak direct feed tapi isap botol. Airis so far tak ada masalah isap botol dan punting (Jenama MAM memang terbaik!) Fa pun tak ada masalah dengan stok EBM so far tapi
masalah paling ketara sekarang nak ajar Airis time bagi nak mudahkan angah handle dia nanti bila fa dah masuk kerja.

Day 1 (20/2/14) - Alfafa 1 bji lepas bfast.
Stok EBM dah ade, 3 kali sesi perahan dapat 3oz sekali perah (Alhamdullilah rezeki Airis)
Simpan chiller sebab Angah kena settle hal lain. Sebab yang kena bagi botol tu angah, jadi kena bagi angah biasa. So 9 oz dalam chiller. (Freshmilk boleh tahan 4 hari dalam chiller)

Day 2 (21/2/14) - Alfafa 1 bji lepas bfast.
Hari ni pump 2 kali je.. dapat pon dalam 5 oz untuk 2 kali sesi perahan. Sebab mama & angah keluar jadi fa direct feed Airis je.

Day 3 (22/2/14) - Alfafa 1 bji selepas breakfast.
Hari ni pon buat 3 kali sesi perahan. Setiap kali perah dapat 3 oz. Jadi ada 9 oz lagi. Semua masuk chiller. Baru nak start bagi Airis stok EBM yang date 20/2. Time ni start 1 masalah besar yang fa tak pernah sangka pon akan jadi. Panaskan  stok EBM yang dari chiller.

Sebab masih naive bab-bab handle stok EBM ni, 1st fa panaskan EBM  sejuk guna air panas. Letak air panas dalam cawan, letak botol EBM. Kira 5 saat angkat (result-sejuk). Masuk balik dalam cawan tunggu kejap but still sejuk. Warm pon tak. Airis tengah mandi so fa figure out camne la nak buat. Sekali teringat warmer (fa guna jenama Autumz) baca manual gitu-gitu, plug in (makesure korang ade ext yang ada pin mata bulat sebab warmer ni tak sediakan pin yang biasa tu)

Ingat letak air, turn on warmer ke degrees sepatutnya, tunggu jap dah warm. Tapi still sejuk after 5 minit. Airis dah mengamuk kelaparan. Bagi jugak susu yang still sejuk, tapi dia taknak merengek-rengek. (Ye la susu sejuk memang la taknak) Gave up, fa nenenkan Airis sebelum dia nangis cam kena pukul. Haizzzzz rupanya kena tunggu 10-15 minit baru susu tu warm.. Airis dah nenen terus lelap. So susu 3 oz selamat siram pokok cili mama.

Day 4 (23/2/14) - Alfafa 1 biji selepas breakfast.
Masalah warmer tak habis-habis. Penat la mlm tadi google camne nak handle stok EBM dan warmer. Siap tanya kawan-kawan. Warmer ni mudah if kita dah tau time2 anak kita bangun. Jadi sebelum time tu, 15 minit siap-siap panaskan. Tapi fa cuba jugak bagi susu yang dah warm, sebab lambat sgt, Airis dah nak start mengamuk, direct feed & sekali lagi rezeki pokok cili mama dapat susu.

Sekali lagi, hari ni fa dapat 6 oz 2 kali pump. Airis nak kopek sambil baring. Taham mengada dia lebih sket sebab babah dia balik. So budget time lari sikit sebab Airis taknak tidur nak borak ngan babah. Jadi fa tulis dalam buku time- time bila Airis menyusu, bila kena pump. Cantik je nampak ti etable tu. Esok kena start ikut jadual.

Day 5 pt 1 (24/2/14) - Alfafa 1 biji selepas breakfast.
Sebab semalam dah buat time table kan so pagi ni semangat la nak ikut jadual tu. Tapi gagal lagi sebab Airis bangun awal, borak ngan babah, tidur balik  pastu bangun direct feed (sebab dalam jadual start pukul 10pg) dengan happynya fa pun sambung tido skali ngan Airis. End up kitaorag bangun pukul 1030pg.

Kan fa cakap, Airis bangun terus nak nenen kalau tak baik. Kalau mood baik dia boleh tunggu kejap tapi bukan lah sampai 10 minit kan. Nak jadi cerita sebab fa tido, susu tak start panaskan lagi, Airis dah bertahan 5 minit pastu dah start nak mengamuk, fa directfeed dia jugak. Ingatkan nak sekejap je. Dia sampai lepaskan punting sendiri maknanya dia dah cukup minum. Lepas mandi ingat nak kasi susu yang dah warm tu, tapi dia taknak tapi menangis mengamuk sampai teresak-esak.

Actually Airis ni selalu pas mandi dia akan tidur. Tapi kadang-kadang dia nak nenen, so fa try an error je la kan, past botol kat angah sebelum susu tu expire 1jam tapi still Airis taknak. Bobok - bobok airis terus tertidur. Masa bobok tu fa bisik kat telinga dia, bangun pukul 1 (kira 2 jam) pastu bangun minum susu.

Day 5 pt 2 (24/2/14)
Fa pump susu dapat 3 oz, tapi tak masuk chiller. Sebab fresh milk tahan 4 jam, jadi fa dan adik fa dapat satu idea . Faham masa tidur Airis, faham berapa auns sekali minum baru pikir pasal warmer! So start hari ni, fa kena pump 2 jam sekali. (Bagus jugak boleh rangsang penghasilan susu yang banyak)

Alhamdullilah pukul 1.30Pm Airis bangun, angah susukan habis 3oz susu. Lepas susu dia ajak borak agah-agah, in the same time fa start pump susu lagi (another 3oz)

Lepas habis pump, angah still tengah jaga Airis, haaaa...time ni la Airis start melalak tak tentu pasal. Sebab fa jenguk dia, dokong dia nak bobok kan dia. Sebab dah bau fa, terus dia melalak. Fa pulak asik fikir dalam kepala ni 3oz yang Airis minum tu cukup ke tak, so niat nak nenen kan dia. Meraung la ape lagi sebab dia nak bobok bukan nak nenen + dia nampak fa start la mengada dia.

Lepas mama berjaya bobok kan Airis, hati ni doa hope Allah mudahkan segalanya.. Nak akar baby benda baru bukan senang kan. Hati kena kental, kena cekal. Memang menhalir jugak la air mata tengok Airis menangis cam kena pukul.

Sekarang pukul 3, airis baru lelap. Dalam pukul 5 mesti dia bangun. So 15 minit sebelum kena panaskan susu if nak guna susu dalam chiller. If not fa dah readykan fresh milk.

Ok fa nak ready-ready nak pump susu. Sebab last pump pukul 1.35pm. Nanti fa share entri pasal warmer & stok-stok EBM fa ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...