Nuffnang

Wednesday, January 8, 2014

Hospital Columbia Puchong lagi?

As Salam Semua

Hari ni fa bawa Airis pergi checkup dekat Hospital Columbia.

Mesti ramai yang tanya kenapa Hospital Columbia? kenapa tak checkup kat Klinik Desa kat Melaka tu je. Kan senang dah pantang sekali. Seriusly fa malas dah nak jawab soklan-soklan macam ni. Sebab kalau jawab mesti soklan lain pulak yang dapat. So fa senyum je la..

Sebetulnya, Fa nak check Jaundice Airis. Ingat tak fa cerita pasal AIRIS & JAUNDICE kat entri lepas yang mana fa betul-betul geram + marah dengan orang-orang klinik kerajaan ni? Ok fa bukan la anti-klinik kerajaan, tapi..better la kamu semua upgrade service kamu ye. Pastu pergi masuk kelas tatabicara/tatatertib segala "tata" la supaya orang kurang menyumpah.

Ok back to Hospital Columbia, Fa decide nak chekup Airis kat sini sekaligus jumpa Dr.Raja untuk checkup fa. Doktor Cheok (ye ke spell) yang attend Airis dari lepas dia lahir. Doktor ni lawa, lembut je bila check Airis. 1st yang dia check, Jaundice Airis. "Mama dun worry la ye, i tengok kuning baby dah takada. kalau ada pun sekitar mata. sikit saja. Takpa kita buat Bloodtest. Split Test nak tengok tahap bilirubin dalam badan baby. Selalu baby breastfeed memang kena breastmilk jaundice. It take times tu recover, 1 1/2 month macam tu. But mama dun worry too much. Its normal. Kita tak buat test darah untuk penyakit hati tu sebab baby still kecil. If dia sudah 2 month+ baru boleh buat. Kesian dekat baby" Nampak tak beza doktor swasta dan doktor GOV? Kalau doktor gov dia dah cakap Airis kena penyakit hati sebab bacaan turun naik. Seboleh-boleh nak buat test untuk detect penyakit hati tu. huh!

Ok part yang paling kesian bila time kena ambil darah. Kalau selalu Airis kena ambil darah kat tangan hari ni dia kena ambil darah dekat tumit. Bukan setitik ye, sebotol kecik! Sebab Airis still baby cara lain sikit, cucuk untuk keluarkan darah, picit sampai separuh botol. Melalak la si Airis, 1 Columbia dengar. Alahai Airis.

Sementara tunggu result darah Airis keluar, Fa pergi jumpa Dr.Raja. Buat Pep Smear. Dia cakap rahim sihat, luka jahitan dah kering. So tunggu result pep smear next week.

Lepas result darah Airis keluar, Alhamdullilah bacaan dah turun jadi 9. Dari 2minggu lepas bacaan 16. Syukur sangat-sangat. 2 minggu lagi datang check lagi. Doktor Cheok cakap kalau dia tengok kuning Airis still nampak baru dia buat blood test lagi.

Doktor Cheok terangkan yang dekat sini injection start umur baby 2 bulan. Tapi if fa decide nak inject kat kampung takpayah dah inject kat sini. Kena discuss dengan babah dulu. 
Tapi fa macam rasa nak inject je kat sini, senang. 


Berat airis hari ni, 3.75kg alhamdullilah. 
Next chekup 12/12/14 untuk inject kalau fa agree nak buat dekat hospital columbia. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...