Nuffnang

Saturday, January 11, 2014

AIRIS 1 BULAN

As Salam Semua,

Alhamdullilah hari ni genab Airis Nur Zulaikha 1 Bulan. Pejam celik je. Selama sebulan bergelar ibu, macam-macam yang fa belajar. Azam nak jadi ibu yang terbaik untuk Airis. Insha Allah.

12/12/13 memang fa takan lupa. Dari seawal fa masuk labour room hingga la selamat melahirkan si kecil ni. Dari minggu ke minggu fa di duga tapi tu tak patahkan semangat fa untuk belajar lebih lagi jadi ibu yang terbaik. Kenangan yang fa tak boleh lupa bila Airis kena prolong Jaundis (demam Kuning yang berpanjangan) Allah je yang tahu betapa streesnya fa time tu padahal demam kuning tu benda normal mungkin sebab Airis kena tahan wad sekali ngan fa yang still pantang time tu.

Paling kesian dengan mama. Sebab en.suami sibuk bekerja, mama lah yang handle fa & Airis. Mandikan pon mama, masak mama, sama-sama berjaga malam pun mama. Rasa nak nangis je bila tengok mama yang sentiasa ada dengan fa time susah senang. Thanks Mama, fa tak kan lupa pengorbanan mama.

mata lelap mulut senyum.
Sepanjang sebulan dilahirkan, Airis tak banyak ragam. Malam jarang nangis. Kalau nak susu pon cuma merengek sikit. Airis lena waktu siang bila malam berjaga untuk susu. Jadi bila siang mamy pon bantai tido skali ngan Airis. 

Dari Airis hanya 2.77kg sekarang dah 3.75kg
Airis cukup malas nak bukak mata. Bukak pon sebelah je. puas la fa pujuk-pujuk. Tidur je memanjang kalau siang.
Airis suka senyum. Mata tertutup tapi kalau dengar orang panggil nama dia Senyummm je.
Fa belum pernah bagi susu botol lagi. Punting pon belum lagi. Selagi fa boleh handle fa handle. tunggu la dekat-dekat nak habis pantang fa akan ajar Airis susu botol.

Selama sebulan fa berpantang dengan Shaklee. Airis memang baby Shaklee. Dari dalam perut sampai lah lahir dengan Shaklee. Alhamdullilah fa sangat berpuas hati. Selama ni fa hanya baca testimoni orang pasal Set Berpantang tapi sekarang fa sendri dah boleh buat testimoni. heheheh

Yang ketara sebab pengambilan ESP. Susu fa yang dulu cair je, jadi makin pekat. Airis kuat menyusu, jadi fa kena pastikan fa tak kering susu & sentiasa available untuk Airis kalau dia nak susu. Boleh dikatakan sejam sekali Airis akan menyusu. Lebih-lebih time dia demam kuning. Bila bayi kerap menyusu, kita mesti cepat lapar. Kadang-kadang sampai tak sempat makan Airis dah terjaga untuk menyusu. Itulah fungsi ESP ni. buat kita tahan lapar lebih lama, takde lah rasa kembung perut. Badan pon jadi cergas je padahal berjaga malam setiap hari.

Pantang orang berpantang kalau nak kurus, makan nasi jangan bertambah. Kalau time makan tu nasi fa penuh satu pinggan. Mama pon terkejut tengok fa makan. Fa kugak kerap makan. Asal terjaga time nak susukan Airis mesti fa akn makan. tak biskut, roti sekali ngan milo+ESP. Tapi fa tak takut gemuk pon. Orang cakap kalau menyusu badan lagi cepat kurus. Lagi kerap bayi susu lagi cepat la berat turun. Siapa cakap breast feed boleh buat gemuk? Nak lagi cepat slim, setiap malam fa akan makan OMEGA GUARD sebulan berat fa dah turun 2KG - Alhamdullilah. walaupun still banyak yang kena turun tapi 2 KG tu fa jadikan pembakar semangat untuk turun lagi banyak. :)

Fa lambat berurut. Sebab Airis kena tahan wad, jadi umur Airis 15 hari barulah fa dapat berurut bertungku. Serius lah badan sakit-sakit. Dengan Stress lagilah buat badan rasa taksedap. OSTEMATRIX sangat membantu time ni. Kurangkan rasa sengal-sengal badan fa. OSTEMATRIX & ESP jugak membantu turunkan demam kuning Airis. Demam kuning ni nak cepat sembuh kena pastikan baby kerap buang air. Jadi bila fa ambil Oste & ESP, Airis kerap membuang. Lancar je pembuangan dia.

Dah la tak mengurut, berpantang pon macam tak pantang. Pantang dekat makan je. Jadi pengambilan BCOMPLEX sangat penting supaya fa tak mudah lesu dan pitam. Sepanjang kat hospital dengan keadaan stress tu memang fa makan bcomplex setiap pagi supaya fa lebih fokus & ceria setiap pagi. ZINC pulak buat sakit-sakit luka jahitan tu kurang.Fa perasan tak sampai seminggu luka jahitan fa dah makin kering. Perut pon rasa selesa. Doktor check rahim fa dah sihat tak kembang.

Bila pantang ni lagi la senang kena demam, bentan la, selsema la macam-macam. Fa nak elak bentan kena jangan bagi badan lemah. Mama pastikan fa pakai stokin, minum air panas, mandi pon air panas sebab kalau bentan seksa. Fa tak tau sangat bentan tu ape. Tapi mama cakap menggigil yang macam nak demam tu. menggigil teruk. VITALEA membantu dengan pastikan badan kita cukup vitamin untuk menampung badan kita yang lemah selepas bersalin, menyusu dan berjaga malam.

Dalam sebulan ni fa sekali je kena menggigil yang teruk. Tapi fa tak bagitau mama. Apa fa buat, fa selubung 1badan, letak minyak panas kat kaki & perut, Makan BComplex 2 biji, Vitamin C 2 Biji - Tidur. Bangun rasa fresh je. Vitamin C pun elok untuk sembuhkan luka jahitan dengan cepat. Airis pon lepas balik dari hospital kena selsema. Bila fa makan Vita C, sekali salur untuk Airis. Alhamdullilah dah ok dah selsema dia.

Sebab Airis still belum pulih 100% dari demam kuning, jadi fa belum lagi makan Alfafa. Kena tunggu Airis clear dari kuning 100%.

12/12/13
Hospital Alor Gajah Melaka - Jaundices

23/12 Airis belajar benda baru lagi. Bangun pagi-pagi kena jemur kat luar.
Sebab asik nak dokong sampai tidur, Airis kena belajar tidur dalam rocker.
Good Morning Mamy!!
Airis Sebulan (11/01/14) Pipi dah Moolat!!

Semoga jadi anak yang solehah, hormat orang tua, rajin usaha, bijak pandai & panjang umur AIRIS NUR ZULAIKHA anak mamy & babah. Mamy & Babah love u so much!!



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...