Nuffnang

Thursday, July 11, 2013

Puasa Vs Hamil

Salam Semua
Lepas je fa update FB pasal fa Puasa dalam keadaan mengandung ni, ramai yang tanya "tahan ke?" "Boleh ke?" "Sian Baby" Ada juga la yang menyakitkan hati. Tapi tu semua bergantung pada diri si ibu itu sendiri. Tiada paksaan sebenarnya untuk ibu yang menyusu & mengandung untuk berpuasa. Sekiranya memudaratkan, boleh la berbuka. Mama pernah cakap, masa mengandungkan Fa , dia berpuasa. Puasa ni sebenarnya boleh ajar bayi jadi penyabar seawal dalam kandungan. Rata-rata sekarang kebanyakan ibu yang mengandung berpuasa. Jadi Fa google untuk dapatkan kepastian. Bawah ni beberapa sumber dari Google.

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini.

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:
  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:

Bagaimana dengan wanita-wanita lain?
Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa.

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu.
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?
Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.
Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?
Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.
Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?
Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?
Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
Saya masih kurang pasti sama ada saya perlu berpuasa atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?
Berbincanglah dengan ahli keluarga, doktor atau ahli agama sebelum membuat keputusan.

*SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...