Nuffnang

Tuesday, July 12, 2016

Cerita Berhari Raya



Salam Lebaran, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Baru la berpeluang nak update blog. Fa tahun ni raya dekat kampung sebelah suami dekag KG Melekai Johol N9. Line internet memang kosong. Kejap-kejap je ade. Tapi memanjang takde. Lagipun kalau balik kampung suami bizinya lain macam. Ye lah, semua kena bergotong royong memasak. Masak pulak bukan 1 juadah tapi macam-macam juadah. Adik beradik suami 11 orang. Sekali sorang sebut 'terasa nak makan' MIL fa dah terus kami menantu-menantu sediakan bahannya.. tapi seronok.. mengeratkan silaturahhim sekeluarga kan.

Kejap je dah Ramadhan ke-7. Rasa baru je dengar takbir raya. Rasa baru je sesi bermaafan dan sesi bagi duit raya kan. Alhamdullilah Ramadhan tahun ni sama macam tahun-tahun lepas. Bersederhana tapi meriah. Baju pon recycle tahun-tahun sudah. Masih muat..masih cantik pakai je lah buat apa membazir kan.. Cuma kami lebihkan airis je la..

Disebabkan masa bulan puasa en.suami bekerja 24/7 jadi dia ambik lebih masa cuti raya. Sekarang ni pon masih di kampung. Takperlu lah kami nak bersesak-sesak balik KL kan? ☺



Tahun ni tahun sebelah suami. Seronoknya beraya dekat kampung suami sebab kat sini masih kekalkan lagi 'jalan malam rumah ke rumah' untuk takbir raya. Tahun ni sebab airis dah besar sikit boleh lah dia ikot babah dia 'berjalan malam' selalu bila berjalan malam rumah ke rumah tuan rumah akan jamu dengan pelbagai juadah dan duit raya. Jadi malam tu airis collect RM16 . Banyak jugak kan.

Lain sangat kalau beraya dekat Melaka rumah fa, malam raya kami hanya lepak duduk tengok tv. Hanya mak-mak je yang sibuk kat dapur. Anak-anak lelaki.. bapak-bapak duduk mengadap TV dan main PS4.. esoknya sama je.. bangun mandi solat raya balik makan smbung balik main PS4 . Tengah hari baru lah nak siap-siap untuk ambik gambar & berjalan raya.



Kalau dekat kampung suami (Johol N9) semua sama-sama sibuk. Dari siangnya sampai malamnya kami memang kat dapur. Settlekan juadah raya.. baik bapak-bapak, mak-mak, anak-anak semua bizi tolong-menolong. Dekat sini juadah wajib semestinya LEMANG & RENDANG CILI API. Bila pagi raya balik dari solat raya dah terus bermaafan, bagi duit raya, bergambar, jalan-jalan raya. Penat sikit la tapi seronok.

Zaman dah berubah kan. Masa sebelum ade gadget-gadget ni fa kecik-kecik pon sibuk tolong nenek kemas rumah, masak semua. Tapi sekarang semua sibuk depan laptop handphone.. TV...😅 Alhamdullilah kampung suami masih kekalkan tradisi. Dapat lah airis merasa kan.



Raya korang macam mana? Mesti meriah juga kan😊 Share la nanti ye.

Ps... jangan lupa telan HERBLAX & LECITHIN tau supaya segala lemak-lemak dan kolestrol disingkir keluar. Baru dpat balik figure masa bulan puasa 😘



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...