Nuffnang

Wednesday, March 2, 2016

Aku yang Kurus..Kau yang Panas....??


Biasalahhhh mulut orang mana boleh tutup..iye dok? Fa ingat once upon a time sebelum kahwin fa pergi la open house sorang kawan ni. Biasa la ramai orang kan, kawan-kawan sekolah dia semuanya yang fa tak berapa kenal sebab yang mengajak tu officemate fa. Ok, masa kat open house tu biasalah orang datang & balik. Sebab bukan semua orang fa kenal kat situ fa just duduk makan je la sambil perati gelagat orang sekeliling. Officemate fa ni ade kakak yang memang suaranya lantang. Tetiba dia bersuara 'GEMOKNYAA KAU....ni mesti anak tak lasak ni sebab tu lemak tak terbakar...' Semua berpandangan..semua tetumpu kat someone yang baru masuk rumah. Kesiann tetamu tu.. baru masuk dah kena perli gemok.. Rasanya dia lalu tak nak makan makanan terhidang tu? * cough Actually kakak officemate fa tu pon berbadan besar jugak   *cough

Sama la cerita fa. Fa pun pernah gemok, fa pun pernah kurus. Keding pon pernah. Berat badan fa naik gila babas lepas fa kahwin. Memang naik kaw-kaw. Disebabkan fa ni tinggi & memang dalam keluarga yang besar-besar fa tak amik pot sangat pasal berat badan ni. Tapi naluri nak slim tu memang ade. Orang cakap slim tu cantik. Kita pulak tinggi terasa-terasa la cam model kalau kurus muahahhaha!! Tapi i loveee to eat camne nak kurus kan?? Perut ni asik mintak nasi je.. takde nasi pitam la, pening la..macam-macam nau!!

Bila dah kahwin, bergaul dengan keluarga suami lain pulak jadinya, mereka ni pon keluarga besar-besar tapi adik beradik suami la yang semuanya lelaki itu berbadan besar. Isteri-isteri semua slim-slim bak model gitu.. mulalahh ade cakap-cakap belakang orang-orang berkenaan..kau Gemok la..Berisi la.. Jaga sikit Badan la.. bla bla bla..

Tapi fa fikir positif la, 2 tahun kahwin masih takde rezeki anak maybe sebab berat badan yang terlampau. Jadi Fa pon nekad untuk kuruskan badan. Slimdownkan sikit badan. Alhamdullilah Lepas turun 3KG (Fa konsisten ESP & ALFALFA Shaklee) fa disahkan pregnant...

Ok masa pregnant pon ade orang-orang berkenaan yang bising-bising, nanti masa mengandung jaga sikit. Nanti lepas ade anak susah nak turun berat. Bla..bla..bla.. Alhamdullilah masa fa mengandung fa takde masalah berat badan. Doktor pon cakap berat badan fa + berat badan baby normal. 

Lepas bersalin.. ada lagi orang-orang berkenaan yang soksek soksek. Actually mungkin dia nak mengigatkan. Pantang kena betul. Nanti kalau pantang tak betul perut buncit, badan gemok susah nak turun.. bla bla bla..

Ok sekarang fa dah kurus... Boleh la dikatakan kurus. Alhamdullilah. Fa dapat balik berat badan fa masa anak dara dulu. Fa hanya konsisten ESP & Set Slimming Shaklee. Makan pon fa jaga jugak, susukan airis secara esklusif & jaga pengambilan air masak.

Itu pun.....ade jugak yang tak puas hati....

Kurus sangat la..

Gemok cam dulu lagi cantik....

Kau jual Shaklee kau makan la Set Weight Gain Shaklee tu kasi badan naik sikit... (ini WIN!)

Cengkung sangat tak cun.. dulu lagi nampak gebu...

Ok...kau orang ni dah pesal???? Better kauorang cermin diri kau orang dari sibuk-sibuk hal berat badan orang lain.... Kurus ke gemok ke gedempol ke janji fa happy, sihat syukur Alhamdullilah.... iye idok??

For me just be yourself. Jangan la terikut-ikut cakap-cakap orang..terikut-ikut cara orang kita yang merana.. Semulajadi manusia memang camtu...

Anda yang nak kurus tetapi nak sihat boleh ambil ESP Shaklee as meal replacement & energy booster anda. InsyaAllah ianya membantu anda dapat berat yang sempurna & terjamin kesihatan anda. Set Slimming Shaklee bukanlah ubat kurus ianya supplement yang bantu melengkapkan zat nutrisi anda yang hilang sewaktu berdiet.

Nota Kaki :: Tepuk dada tanya diri




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...