Nuffnang

Saturday, January 2, 2016

Cuti Tahun Baru yang Tak Dirancang!

Salam Semua..
Ade yang masih mood cuti? Ada yang masih tengah bercuti kan? Bawa anak-anak makan angin, spend time sama-sama time cuti sekolah mesti seronok lepas tu dah sibuk balik anak nak masuk sekolah.

Kami jarang dapat bercuti lama. Sebab babah sangat sibuk.Kalah menteri! Kalau dapat cuti pon mesti kena jenguk Site dia then baru pergi mana nak. Itu pon bukan lama sehari dua je. So semalam kebetulan cuti tahun baru, orang site semua cuti..projek semua xberjalan.. babah ajak bawak airis pergi Bukit Tinggi!

Siapa pernah pergi Bukit Tinggi,Pahang? Fa pergi dulu dengan suami masa belum ade airis. Masa airis dalam perut. Selalu org ke Bukit Tinggi nak naik ke Colmar kan? Colmar tu hotel cantik & permandanganya ala-ala Perancis. Nak naik ke atas tu kena bayar entrance RM13 seorang. Kanak-kanak RM9 (rasanya)

Kami tak naik ke Colmar. Sebab niat nak bawa airis pergi Animal Farm je. Lagipun kat Colmar tu takde benda yang boleh buat airis teruja. Jadi kami hanya terus ke animal farm.



Entrance nak masuk Animal Farm/Rabbit Park ni RM4 (dewasa) RM2 (kanak-kanak) & sepeket kecik makanan rabbit tu RM3 (kami beli 2)



Kat sini seronoknya bukan je ade rabbit yang dilepaskan, tapi ade jugak rusa & keldai. Jadi anak-anak suka lah sebab boleh pegang binatang-binatang jinak ni. Tapi kalau nak naik keldai kena bayar untuk ride.

Airis ni memang tak penakut. Dia memang suka binatang. Kalau kat kampung kambing Wan dia habis dia kerjakan. Kat rumah kucing jadi mangsa..kat sini Arnab la yang dia aim!

1st time airis pegang rabbit ni. Fa ingat dia takut ke geli ke..tapi dia memang tak takut. Lagi didukungnya. Jadi kami biar je dia dengan arnab-arnab tu sampai puas hati



Masa awal lagi, babah ajak sambung journey ke Bukit Fraser. Ni 1st time kami pergi. Ikot jalan Bentong, perjalanan ambik masa sejam lebih jugak. Alhamdullilah cuaca cantik sampai kami sampai.

Orang cakap nak naik Bukit Fraser kena ikot turn. Sebab dia ade satu jalan je nak naik turun. Tapi masa kami pergi dah ade satu jalan naik sahaja dan ade satu jalan lagi untuk turun. Jadi bebila nak naik pon boleh.
Disebabkan 1st time, jakun sikit. Line internet pon jap ade jap tak. Sempat google 1 web ni cerita pasal tempat menarik kat atas Bukit Fraser ni.. boleh cekitout kat web ni ---> link text

Ape yang web ni cerita memang sama dengan pemandangan sebenar kat atas Bukit Fraser ni. Sampai je kat atas kabus tebal. Sejuk teramat sangat.

Bukit Fraser ni tak sama dengan Cameron Highland. Ada kebun sayur tapi sayur yang ditanam tak banyak. Kata pekerja situ bulan 11,12,1 memang sayur tak banyak sebab cuaca hujan memanjang. So masa kami pergi tu memang sayur semua belum boleh petik. Bunga pon tak secantik kat Cameron tapi babah sempat rembat pokok bunga raya rm15 satu pasu, baja organik & fa pulak beli keledek oren & purple RM6 sekilo.



Tak jauh dari farm tu ade Allen'Water. Tempat riadah nak kasi ikan makan ke, nak buat aktiviti atas air ke (bot, paddling bot..) Makanan ikan boleh beli kat kiosk kecik hujung tasik - harga sepeket RM1



Hujan mula turun masa kat Paddock (horse ride) Sebelum tu angin memang kuat sangat bunyi. Seram pulak sebab pokok semua bergoyang kuat. Tapi nak melayan airis nak naik kuda, redah gak la. Cuma penjaga kuda tu cakap kalau hujan tak boleh ride sebab kuda tak boleh kena hujan - heh- Horse ride RM11 utk sekali naik 2 orang (airis + babah)



Bab makan memang mahal sikit la.. kami makan nasi campur. Tu pon lauk habis yg ade kari ayam, sayur, ayam goreng & ikan bakar (tinggal ikan keli je) Orang kedai tu cakap petang baru ade goreng-goreng. Kami makan lauk ayam goreng, kuah kari sikit, sayur campur, air teh o & milo panas - RM21

Situ ade je kedai makan lain dia macam food court.Tapi tak sure kenapa kami makan kat situ mungkin sebab ramai yang lepak situ, malas nak mencari tempat lain. Kat foodcort tu jugak ade tempat beli sourvenir (keychain,fridge magnet, baju..) tapi fa beli bola kecik kaler pink (RM3.50) sebab airis mengamuk nak bola tu & babah cakap magnet beli kat bawah tempat memula sampai tadi. Tapi sebab babah terlalu konfiden jalan yang dia ikot tu jalan nak ke pintu masuk bukit fraser tu tetapi tu sebenarnya jalan turun ke bawah & terus balik KL!

Sudahnya no sourvenir, takde ambik gamba kat tengah-tengah yang ade menara jam & tak dapat pergi mini muzium... takpe next time plan baik2 overnight sekali.

Alhamdullilah perjalanan balik pon dipermudahkan. Balik tu kami ikot jalan kuala selangor. Jalan dia lebih besar dari yang nak naik. Laluan situ boleh nampak 'Air terjun Sungai Chilling' ( tak singgah sebab airis tido) & Empangan Kubu Baru/kuala selangor yang jadi port kaki mancing.

Korang ade nak share tempat menarik bawak family jalan? Share link kat ruangan komen ye. Boleh share2 tempat menarik dalam Malaysia 😊
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...