Nuffnang

Tuesday, December 8, 2015

Alhamdullilah! Rezeki Susu Melimpah Ruah

Assalamualaikum & Salam Sayang

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Alhamdullilah! Rezeki Susu Melimpah Ruah | Lagi 3 hari je lagi genab umur airis 2 tahun

Sekarang nampak macam dia belum ready nak putus susu.. Fa sendiri pon tak ready lagi. Lagi nak dekat umur dia 2 tahun, lagi suka dia melekat. Pagi, tengah hari, petang, malam selain aktiviti dia kat rumah, benda yang dia akn cari - "MEMEN" (nenen versi airis)

Freezer dah makin penuh, jadi haritu rajinkan diri kemas & buang segala left over & makanan frozen yang dah expired dalam freezer tu. Jumpa pulak frozen EBM airis dalam tu. Nampak tak...punya penuh freezer sampai stok EBM airis pon dah kebelakang & dilupakan.. Selalunya, susu frozen yang dah lebih tempoh 6 bulan dah tak boleh diminum kiranya dah expired. Jadi dah sampai masa utk disiram ke pokok. Nak buang camtu je terasa cam buang emas dalam longkang.. Susu yg penat-penat perah tu nak buang camtu je? Siram ke pokok kasi pokok subur sebab susu ibu ade nutrisi & zat berkhasiat.. Kan? 

Pengedar Shaklee Sri Petaling

Bila tengok EBM beku ni teringat susah payah masa nak buat stok EBM. Ingat lagi selepas airis dilahirkan.. Nurse kasi form kena isi & konfirmkan nak fully breastfeed atau nak bagi FM. Confident tick fully breastfeed.. Setiap 3 jam nurse hanta airis ke bilik, setiap 5 minit panggil nurse tanya camne nak susukan airis..macam-macam posisi nurse ajar. Sampai stress sebab airis macam tak reti nak menyusu sampai nurse terpaksa bagi airis FM sebab katanya airis dah pucat tak menyusu. Terpaksa relakan jugak laa..ilmu tak berapa banyak lagi masa tu. Dah baca buku & tanya kawan-kawan pon masih tak reti. Hospital private & gov maybe lain sikit kan. Hospital gov ni hospital mesra susu ibu & dia akan ajar teknik penyusuan sampai pandai. Fa bersalin kat swasta, jadi memang tak banyak sangat membantu.Nasib semalam je kat hospital..

Start dari keluar hospital fa nekad nak teruskan penyusuan. Rasa sebak bila tringat airis dah disumbat dengan FM. Tapi sebab itu lah semangat fa lagi kuat. Sepatutnya, selepas baby lahir terus bagi dia susu badan. Kasi susu tu dirangsang. Baby baru lahir memang tak reti nak menghisap. Kita lah kena ajar kan? Cuba cari posisi yang sesuai supaya ibu & baby selesa.

Susu awal fa takde lah banyak. Itu normal sebab susu yang keluar permulaan dipanggil kolestrum. Kolestrum ni kalau perasan warna dia kuning bukan putih susu. Kolestrum ni khasiat dia banyak antaranya utk kurangkan risiko demam kuning yang berpanjangan. Airis kena kuning lama.. Hampir 2 bulan! 

Ingat lagi, erna suruh pam susu. Kasi susu tu makin banyak bila pam. Lepas minum ESP segelas..fa pam susu yang keluar hanya 1/2 oz. Memula rasa stress jugak. Kalau yang pam keluar 1/2oz je, airis kenyang ke? Percayalah..apa yang keluar itu lah yang cukup buat baby kita. Perut baby kecik je besar guli. Susu yang sikit tu pon sebebarnya dah buat dia kenyang. Cuma, susu ibu ni cepat hadam. Sebab itu baby akan kerap lapar & kerap menyusu bukanya tak cukup susu. Tujuan kita kerap pam tu utk merangsang penghasilan susu dengan cepat. 

Alhamdullilah supplement pantang + penyusuan Shaklee memang membantu fa masa tu. Dari 1/2oz je susu, seminggu lepas tu susu fa dah jadi 6oz (sekali kiri & kanan) alhamdullilah walaupun tak banyak sampai penuh freezer, cukup buat airis kenyang & tidur lena.

ESP shaklee memang ajaib! Bukan je bantu susu badan keluar laju, susu tu pon pekat berkrim. Airis minum cepat kenyang. Tido lena. ESP pon buat badan fa bertenaga. Walaupun malam tido-tido ayam sebab airis kerap bangun menyusu..esoknya badan tak letih sangat. ESP pon buat rasa kenyang. Tak ada lah asik nak makan je kan. Bantu turunkan berat badan dengan cepat.
Luka bersalin pon cepat baik, kulit airis pon cantik je takde kuping-kuping, takde ruam-ruam.

Beberapa bulan nak habis cuti bersalin, fa dah start buat stok EBM. Walaupun tak beberapa banyak tapi nak supply utk airis masa fa kerja alhamdullilah cukup. Pam rumble tuff yang fa guna memang sangat-sangat membantu. Susu keluar laju je bila kita dah selalu pam. Fa banyak pantang. Ais,kafein,makanan sejuk-sejuk yang buat susu kurang memang fa tak makan . Fa hanya makan makanan yang bantu utk boostkan susu fa macam kurma,buah longan....selain konsisten makan supplement Shaklee..

Itu cerita 2 tahun lepas. Sekarang lepas berhenti kerja airis dah kurang pam susu. Cuma kadang-kadang bila terasa breast penuh baru pam. Kombinasi Alfalfa & ESP memang membantu sebagai milkbooster.. Alhamdullilah rezeki airis tak pernah putus sampai sekarang. InsyaAllah next baby pon fa akan teruskan penyusuan ni. 

Bagi yang ingin susukan anak niat dari sekarang. Masa pregnant doa semoga Allah mudahkan penyusuan selepas bany dilahirkan. Kalau tak cukup ilmu, boleh pergi ke kelas penyusuan atau mintak tunjuk ajar mereka yang dah berjaya sempurnakan penyusuan susu ibu. 

Siap-siapkan mental & emosi & kesihatan yang terbaik supaya kita boleh suply susu yang banyak utk baby kita. Supplement berperanan menyihatkan badan si ibu. Bila badan ibu sihat, ibu boleh suply susu dengan baik & susu pon keluar deras je.

Rahsia susu banyak & stok EBM melimpah ruah---->

Pengedar Shaklee Sri Petaling


🍃 SET PENYUSUAN 3M (Fullset)

✔Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
✔Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik:)
✔Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok
✔Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation - contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu,bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.

🔮 Vitalea (120biji/4bulan)
Multivitamin yg baik diambil oleh ibu bagi membekalkan segala keperluan zat & vitamin.
Ibu lebih bertenaga, wajah tak pucat lesu & elak dari mudah pitam.

🔮 B complex (120biji/4bulan)
Menstabilkan mood ibu agar penghasilan susu lebih baik. Juga bantu memberi tenaga tambahan kepada ibu dan mengurangkan sakit kepala & migrain.

🔮 Vitamin C (180biji/4-6bulan)
Antioksidan yang meningkatkan sistem imun & menguatkan antibodi si ibu & bayi. Vitamin C juga mencantikkan kulit dan bantu membaik pulih luka bersalin

🔮 Ostematrix (120biji/1-2bulan)
Kalsium perlu untuk pembentukan tulang & gigi. Bayi akan menyerap kalsium semasa menyusu & pengambilan kalsium tambahan perlu untuk mengantikan kalsium yg hilang akibat penyusuan bagi mengelakkan si ibu dari osteoporosis, lesu, lenguh & sakit badan.
Ostematrix juga bantu tidur iby lebih lena & membantu penghasilan susu utk ibu yg alami masalah susu merundum tika haid

🔮 Alfalfa Complex (330biji/2bulan)
Raja segala tumbuhan. Berfungsi sebagai 'milkbooster' membantu penghasilan susu yang banyak.
 
🔮 ESP (850gm/1-2bulan)
Soya Non-GMO, sumber protein yg membantu penghasilan susu lebih lancar. Susu jadi pekat & berkrim! Badan ibu juga kurang letih, lebih bertenaga, kenyang lebih lama & kulit ibu & bayi lebih sihat & cantik!

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿


SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...