Freaky Friday : "Me Time" untuk mak-mak
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sebenarnya baru je pas tengok movie freaky Friday yang Lindsay Lohan berlakon tu, terus buat entry tajuk freaky friday padahal takde kena mengena pon..-.- Biasanya hari jumaat hari yang best untuk orang-orang yang bekerja sebab lunch break lama, balik awal, esok weekend cuti pulak so malam ni enjoy-enjoy stressless. Tapi untuk mak macam fa ni.. lagi best sebab hari-hari weekend - TIPU- yang betulnya TIADA istilah cuti berehat untuk insan bernama MAK,IBU,MAMA,MAMY,UMMI..... lebih-lebih lagi yang fulltime housewife macam fa ni. SETUJU? Mungkin ada yang kurang setuju, tapi ini lak kehidupan fa yang fa lalui selepas jadi mak.
Bangun tido semangat baru, sikit down bila tengok hall semak dengan mainan, singki penuh dengan pinggan kotor, sampah tak berbuang, baju kotor berbakul. Bukan fa culas buat kerja rumah, tapi semuanya never end- Kerjaya sebagai surirumah takpernah habis!
Fa dah rasa keduanya. Dah rasa jadi wanita bekerjaya & dah rasa jadi housewife. Fa mengaku, seorang ibu yang bekerjaya memang penat. Fa dah rasa sendiri. Dekat office stress dengan kerja, balik dengan anak & family lagi, memang fa respect. Tapi kerjaya sebagai housewife pon mencabar jugak. Sesetengah ibu lain tugas & cabarannya. Fa? singkatkan je lah ye... NO "ME" TIME!
Istilah ME TIME tu bagi fa sangatlah takde maksud bila kita dah jadi mak. Serious? Seriously....
Sebelum fa ada anak fa suka ke salon, setiap bulan jumpa hairdresser Felix untuk ubah style rambut, cuci rambut, potong rambut konon nak hilangkan stress. Entah Felix tu ingat lagi ke tak kat fa.hahhaha Bertahun dah tak pergi. Sekarang kalau pergi pon pergi kat kampung sebab senang angah boleh jaga airis. Itu pun sebab murah & pantas. Potong,cuci,blowdry tak sampai RM30. Janji hado..
Im a Shopaholic! Sebelum ada anak memang duit habis bershopping. Semua shopping mall fa dah tawaf! Bookstore tempat paling wajib pergi. Tido situ pon aii sanggup. Fa suka beli novel. Sampai sekarang novel-novel fa simpan rapi. Sekarang satu chapter berminggu baru habis. Nak membaca time bila je rasanya ada masa? Memang cuba cari masa nak membaca jadi fa pilih malam sebelum tidur. Siap beli lampu tidur kononya nak membaca hilangkan tekanan dan cuba ada "ME TIME" tu. Tapi..... bila malam, susukan airis sesama lelap sampai pagi.. sebabnya siang dah penat seharian urus rumah jadi? fikirlah sendiri.
Fa suka nak cantik, sebelum ada anak pakaian, muka, tudung semua kena rapi walaupun pergi pasar je. Sekarang...... bersiap kena pantas. capai baju yang tak payah nak gosok. Tudung pon yang paling senang nak sarung. Makeup? berbedak je la janji hado. Tapi sekarang airis dah besar, jadi boleh lah nak mencantik sebab nak tunjuk kat airis jadi pompuan kena pandai jada penampilan. Supaya bila airis besar mamy ada BFF yang boleh kongsi minat nak mencantik. Shopping mall tempat paling leceh nak pergi sebab baru tengok baju,kasut anak dah belari-lari mengamuk.. waaaaaa... Lagisatu shopping mall tu lah tempat yang paling banyak "kejadian" jadi anak 100% kena perhati. So what point pergi shopping mall? Aii dok umah online shopping klik klik anak depan mata nak belari-lari kemana suka lantak. Asal anak depan mata dalam keadaan selamat :) Itupon 10 kali klik buy 10 kali cancel sebab anak buat aksi-aksi tak sepatutnya huhu
Orang kata kalau stress nak tenang-tenang boleh le mandi lama-lama bawah shower, pakai sabun aromaterapi, gosok-gosok badan hilang tekanan - TIPU-
Mandi bagi fa hanya basahkan rambut, cuci apa patut, shampu & sabun badan - BILAS- SIAP! lebih 10 minit dalam bilik air anak dah mula mengamuk & buat aksi-aksi tak sepatutnya..
Rumah semak? -NORMAL- Muka serabai? -NORMAL- Terjerit macam tarzan? - NORMAL- dinding, lantai, baju, muka, kaki kena conteng? -NORMAL- Masak,buat kerja rumah kendong anak -NORMAL- Anak menjerit melalak non-stop - NORMAL- Mungkin bagi sesetengah orang tu macam keadaan tak normal& tah pape.. Bagi fa semuanya NORMAL & inilah baru real life!
Kehidupan sekarang lebih pikirkan benda-benda yang merepek & mengarut dan kebodohan dalam buat keputusan!
Memang penat! itu baru separuh kalau cerita memang tak akan habis. Walaupun penat tapi SERONOK -TIPU- Kehidupan fa sangat membosankan for seriously. Tapi kebosanan itulah yang membentuk satu cerita & kebahagian. Bagi fa walaupun tak ada "Me Time" dalam hidup lepas bergelar mak, ini lah yang terbaik dalam hidup fa. Fa ada "Airis's Time". Setiap hari-hari fa ada Airis. Airis lah bahagia fa, airis lah BFF fa Airis segalanya. Apa yang fa buat semua sebab Airis. Kalau tak kenapa fa pilih untuk jadi surirumah dan tinggalkan kerjaya sebagai career women kan? Semuanya bermula dari Airis.
Me time untuk fa ialah bila kena mop & bersihkan lantai sebab susu, jus tertumpah setiap hari, Vacum/sapu lantai bila ada sisa biskut,nasi setiap hari, Fikir menu masak setiap hari, Kemas rumah yang semak,susun mainan setiap hari. Obses dengan penyembur serangga & serai wangi utuk halau lipas & semut, Deal dengan tangisan, jeritan, berak, kencing dan segalanya.
Inilah kehidupan yang fa pilih & fa bangga pilih jalan ini! Inilah jalan yang terbaik & kehidupan yang sempurna untuk fa walaupun fa terpaksa deal dengan perasaan & emosi. Inilah kehidupan yang fa tercari-cari walaupun kadang-kadang fa terduduk kepenatan, menangis keletihan - Alhamdullilah, setiap hari mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan-urusan sukar fa ni. Walaupun kadang-kadang gagal tapi fa yakin itulah yang terbaik untuk hari itu & yakin Allah akan beri pulangan yang lebih baik esok hari.
Fa percaya anda pon ada cerita anda sendiri kan? Jom mak-mak share cite Me Time anda pulak :)
Mak-mak nak beli Shaklee untuk diri sendiri, suami atau anak-anak boleh WhatsApp/SMS fa ye. fa tungguuuu!! hiiii
Promo bulan ni GLA COMPLEX & OMEGA GUARD
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
No comments:
Post a Comment