Nuffnang

Sunday, August 16, 2015

Kongsi Resepi : Nasi Mentega & Ayam panggang BlackPepper

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa weekend selalunyaadalah hari masak-masak sedap. Selalu weekend orang makan kat luar kan? Tapi fa weekend lah hari yang fa nak masak fancy-fancy sikit. Mood nak masak tu ada waktu weekend je. Kalau hari-hari lain masak biasa-biasa je dah cukup.

Dah bosan makan nasi putih, nasi lemak hari ni mengidam nak makan nasi butter. Sebenarnya nasi butter ni fa tak pernah pun buat. Tak ingat pulak pernah makan ke tak.  Fa bukan lah pandai masak sangat. Sampai sekarang kalau masak masih tengok resepi. Jadi nak buat nasi butter ni pun fa google resepi & resepi nasi butter Mat Gebu jadi pilihan.


Nasi Mentega/butter kismis @ Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. - fa guna beras biasa je, 3 cawan. Cuci & rendam kejap pastu toskan 
5 cawan air - Ikot cara masak nasi biasa (2 cawan air )
1 cawan susu sejat "IDEAL" -
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih - tak letak sebab tak jumpa
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang - tak letak
Hirisan daun sup - tak letak
Bawang goreng - tak letak

CARA MEMBUATNYA

  • Dalam kuali, cairkan mentega (fa letak minyak masak sikit supaya mentega tak hangus sebab fa guna kuali biasa)
  • Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
  • Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
  • Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan.

Nasi butter ni sedap makan ngan macam-macam lauk. Tapi tekak fa nak buat ayam black pepper. Sedap jugak makan bersama nasi butter ni. Resepi dari blog Azie Kitchen menjadi pilihan, sebab resepi yang sangat simple dan sedap. Cuma fa buat cara fa sendiri masak guna periuk magic, jadi tak perlu minyak.


Ayam Panggang Blackpepper
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong suka hati - fa guna 5 ketul ayam bahagian ribs
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu - tak bubuh sebab tak ada madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis - tak letak
1 batang carrot
3 biji kentang sederhana

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam. Perap lagi lama lagi sedap.

Panaskan kuali ajaib, dah panas masukkan ayam, kentang & carrot. Masak sampai isi ayam masak. Masak dengan api perlahan. Hidang.

Untuk sos sebenarnya fa pon taktau nak buat sos ape, kang takde sos macam tak kena pulak, jadi fa buat je sos blackpepper. Cara dia senang je, bahan perap ayam tu kan ade saki baki, lepas ayam dah masak, jangan buang kerak-kerak & minyak ayam dalam kuali ajaib tu. Campur sisa perap ayam tu sekali dalam kuali, masukkan butter 2 sudu besar. Bila butter dah cair, masukan tepung 1 sudu besar gaulkan. Lepas tu masukan susu segar & sikit air. Perasakan dengan garam & sikit black pepper. Mendidih tutup api & hidang.

Senang kan? Jangan malu-malu nak mencuba. :)
Lepas makan jangan lupa telan Alfalfa Complex & Lecithin Shaklee ye. Kasi hapus semua lemak-lemak tu.

Sharing is caring

 ✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)

SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu



Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...