Nuffnang

Wednesday, April 29, 2015

Kepentingan Vitamin & Supplement Untuk Ibu Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kalau pukul 7 mlm sambil-sambil suap airis makan, memang akan melayan drama Hati Perempuan dekat TV3. Kekacakkan wajah Tengku Zaril memang melting. Meleleh je air liur tengok..eh?? hahahha.
Siapa yang biasa tengok, episode latest Yuhanis (Isteri Tengku Zaril) tengah pregnant & mengalami gangguan emosi yang teruk sehingga effect kandungan dia. Tapi fa bukan lah nak buat review pasal drama Hati Perempuan ni. Fa nak share kat sini pentingnya supplement/vitamin untuk ibu-ibu pregnant supaya kita dan kandungan sentiasa sihat dan dapat mengawal emosi dengan baik dan mengelakkan stress yang berlebihan.

Biasa lah waktu kita pregnant, hormon-hormon kita sentiasa berubah, mual, muntah-muntah (morning sickness) pening sehinggakan ada yang tak lalu makan, cepat marah, sensetif dan sebagainya. Fa still ingat masa fa pregnant, Allah je lah yang tahu tahap ke-stress-an yang fa alami. Kalau tak dibendung mungkin akan bawa kemurungan. Masa tu mama selalu pesan istigfar banyak-banyak..fikir baby..ingat Allah.. Alhamdullilah fa dapat atasi semua tu disamping fa amalkan makan makanan sunnah & supplement Shaklee kesayangan fa.

Bagaimanakah saya boleh menangani kemurungan?
Berehatlah
Tahan keinginan untuk membuat seberapa banyak tugas yang anda boleh sebelum kelahiran bayi. Letakkan diri anda di tempat teratas dalam senarai perkara yang anda perlu buat. Anda tidak akan mempunyai banyak masa untuk diri sendiri sebaik sahaja bayi anda lahir. Bacalah buku, bersarapan di katil, atau keluar dengan rakan. Menjaga diri sendiri adalah satu perkara yang penting dalam penjagaan bayi.

Bersenam
Walaupun ini bukanlah masa yang terbaik untuk memulakan regim senaman yang berat, senaman boleh membantu memperbaiki mood anda. Berenang, berjalan dan kelas senaman pranatal selamat dilakukan semasa hamil.

Luahkan
Berbincanglah dengan suami anda dengan jujur. Anda perlukan sokongannya, dan dia hanya boleh melakukan perkara ini jika anda berterus terang. Anda juga boleh meluahkan kebimbangan anda mengenai masa depan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga.

Cubalah terapi atau kaunseling
Jika anda telah melakukan segala-galanya untuk mengeluarkan diri daripada kemurungan ini selama dua minggu tetapi tidak berhasil, berjumpa dengan ahli terapi atau kaunseling mungkin membantu. Anda perlu mendapatkan seseorang yang boleh dipercayai dan yang anda rasa selamat untuk bercakap tentang hal ini.

SUMBER

Kepentingan Supplement untuk Ibu Hamil.

1) Vita-Lea® Iron Formula (Multivitamin)
Zat besi amat penting semasa hamil. Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting untuk kesihatan optimum dan perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.

Zat besi dalam Vita-lea dapat membantu ibu menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung  kekurangan zat besi dan jika tidak ditampung boleh menyebabkan ibu mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi. 2 Biji sehari dapat membantu ibu untuk menstabilkan bacaan HB dan membantu untuk ibu-ibu yang ada tekanan darah rendah

2) Sustained Release Vita-C
Kebiasaannya Ibu hamil ni memang senang nak terkena demam, selsema dan batuk. Vitamin C perlu sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu   dan menjadikan kulit si ibu lebih lebih cantik walaupun sarat mengandung.

3) B-Complex
Kepentingan pengambilan Asid Folik semasa hamil adalah penting kerana pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Berbeza dari supplemen asid folik yang diberi oleh klinik, supplement B-complex Shaklee dilengkapi dengan Asid Folik dan lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress, dapat membantu mengawal emosi ibu hamil dari meroyan dan kemurungan. Selain itu, untuk mambantu mengurangkan morning sickness ibu hamil pada trimester 1.

4) Energizing Soy Protein Isolate Powder (ESP)
Ibu hamil memerlukan sekurangnya 70g protien sehari.Protien baik untuk perkembangan otak bayi yang sihat seawal persenyawaan.
Protein juga penting untuk pembentukan otot bayi dalam rahim ibu dan memelihara dan membentuk otot ibu yang hilang akibat tidak bersenam.
ESP dapat membantu dalam proses kelahiran kerana Esp pemberi tenaga dan membuatkan badan lebih cergas
Sistem imun juga lebih baik dengan pengambilan protien

5) Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Bila kita hamil, kita dinasihatkan mengambil sumber kalsium yang mencukupi. Ini kerana kalsium penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anak.

Selain itu kalsium perlu ketika hamil kerana bayi akan menyerap sebanyak mungkin nutrisi dalam tubuh si ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak mnggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Dos kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil ialah 1000mg sehari.

6) OmegaGuard (EPA & DHA)
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan suppliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

RUJUKAN


Jadi jika anda hamil dan perlukan supplement, dapatkan SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE yang terbukti lebih selamat, organik dan tiada bahan sampingan yang merbahaya. Fa merupakan pengguna TEGAR set hamil shaklee & Alhamdullilah fa dapat rasai keserasiannya.

TIPS ekslusif pengambilan SET HAMIL SHAKLEE hanya untuk pelanggan fa sahaja. PM/WhatsApp/SMS sekarang untuk SET HAMIL LENGKAP anda!!

#sethamilshaklee


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...