Nuffnang

Friday, March 6, 2015

Lecithin Shaklee - Legakan bengkak susu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni kecoh kat group telegram Shaklee fa cerita pasal bengkak susu. Ya allah if teringat pengalaman bengkak susu yang fa pernah lalui masa berpantang rasa ngilu sangat dan tetiba rasa seram sejuk!

Rasa semua ibu-ibu pernah lalui bengkak susu kan? Siapa yang tak pernah rasa tu, bengkak susu ni rasa sakit yang amat sangat sampai nak demam dan menggigil satu badan. Macam kes fa, fa bengkak susu sampai demam! Bengkak susu ni jadi bila baby kita tak menyusu cara betul atau kita tak kosongkan breast (sebab tu pam susu perlu) Jadi lebihan susu tersimpan dalam breast dan tersekat untuk keluar. Breast kita akan terasa berketul-ketul, keras, panas dan boleh terus jadi "nipple crack" sebab baby akan hisap dengan kuat untuk dapatkan susu tu tapi susu tu tak boleh keluar. Percayalah, nipple crack sangat sakit. Boleh menangis kalau kita kena. Macam fa nipple crack sampai berdarah T.T siksa gila!!!

Selalu bengkak susu ni selalu jadi masa pantang atau anak pertama sebab masa tu ilmu penyusuan belum banyak lagi, bengkak susu yang tak dirawat akan jadi melarat sampai perlu di-operate untuk keluarkan ketulan yang dah berupa darah dan nanah akibat tersimpan lama atau lebih dikenali sebagai "Breast Abscess"


Breast Abscess ialah radang pada payudara yang disebabkan kerana infeksi pada jaringan payudara atau disebabkan adanya penyumbatan telah berlaku. Selalu bengkak susu yang biasa akan reda dalam sehari dan keesoknya susu akan memancut keluar bila kita tuam, tapi sekiranya bengkak susu tak juga reda selama seminggu dan terdapat benjolan seperti bengkak cepat-cepat pergi jumpa doktor  dan dinasihatkan supaya koramg tidak menyusukan baby guna breast yang bengkak tu.

JANGAN biarkan bengkak susu melarat!! Beberapa tips yang korang boleh cuba untuk redakan bengkak susu ni. Macam fa tuam dengan botol berisi air panas (botol air letak air panas) memang mujarab. Buat urutan dari atas breast ke nipple.  Kadang tak keluar sebab nipple tersumbat. Jadi ambil cotton, basahkan dengan air suam bersihkan nipple tu. Tuam ulang-ulang kali. Insya Allah ketulan-ketulan tu akan reda dan korang akan rasa yang susu memancut keluar.

Setakat ni, ini yang mujarab untuk legakan bengkak susu. Sebab fa cuba guna sikat pon tak jalan. ada petua lain guna kobis dimana fa tak galakkan sebab kobis akan buat susu kering.

Macam fa, airis dah umur setahun 3 bulan pon fa masih rasa "clogged duct" ni. Jadi kalau terasa breast macam ada ketulan-ketulan cepat-cepat kosongkan breast. Fa paksa airis susu sambil-sambil tu ambil kain panas-panas suam (rendam dalam air panas atau iron) urut dari pangkal breast ke nipple.


Selain tu fa akan makan lecithin untuk legakan bengkak susu/clogged duct. Kenapa Lecithin?
Susu yang tak dikeluarkan habis akan terkumpul dalam salur susu dan lama kelamaan susu yang tak dikeluarkan akan termendap dan terjadi ketulan. (ketulan tu berupa lemak)

Jadi Lecithin berfungsi untuk menguraikan lemak-lemak kat salur susu yang berupa ketulan. Faham tak? Sebab tu kalau korang kena bengkak susu, makan lecithin. InsyaAllah kurangkan bengkak dan kesakitan tu.

Selepas makan SET PENYUSUAN SHAKLEE Breast selalu bengkak.
Bukan ke itu berita baik? Maknanya susu korang banyak dan rezeki untuk baby korang. Jadi rajin-rajinlah kosongkan breast dan boleh buat stok EBM yang banyak nanti!!

Cara legakan bengkak susu/clogged Duct
1- Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2- Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
3- Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
4- Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
5- Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6- Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

5 Tips berkesan untuk penghasilan susu yang banyak:
1) Kekerapan pam susu - Sebaiknya pam selepas bayi anda menyusu untuk meransang pengeluaran yang banyak
2) Minum air masak secukupnya.
3) Elak Stress
4) Minum minuman berkalsium seperti susu dan horlick
5) Susukan anak dengan kerap, bila-bila masa & ikut demand anak.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...