Nuffnang

Tuesday, December 23, 2014

Keburukan dan kebaikan kaffein dan meminum coffee

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lately fa ni terlalu addicted dengan coffee. Tapi sebenarnya dari dulu fa memang coffeeholic. cuma bila pregnantkan airis fa jadi loya bila bau atau minum coffee. Lepastu habis pantang sambung balik kegilaan dekat coffee.


Fa cukup tak suka dengar orang cakap "tak bagus minum coffee. Coffee tak baik untuk kesihatan" Cakap tu kaji dulu boleh? TAK SIHAT if letak gula sebeban dalam tu or susu manis bersudu-sudu memang lah buat penyakit. TAK SIHAT if minum sampai bergelas-gelas sebab kafein ni ada baik dan ada buruknya.

Fa suka coffee yang kurang manis, kalau minum black coffee, fa suka yang takada gula! Percaya atau tak, rasa nikmat pahit coffee tu yang fa suka.. bau aroma coffee tu yang fa ketagih. Tapi fa pastikan hanya SEGELAS sehari je.. atau selang sehari sebab airis pun masih breastfeeding.

Cerewet dengan pemilihan coffee, fa bukan FOKUS dekat coffee mahal je, ape jenis coffee fa minum. Kalau kat rumah nescafe atau 3 in 1 super pon jalan, kalau kat luar fa suka beli dekat San Francisco Coffee. Tapi tahu tak 3 in 1 tu tak bagus? Nanti fa cerita ye.

Kafein
Kafein dalam pemakanan: Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus).


Fakta:Kafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.

Kandungan utama kopi ialah kafein, dimana iainya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu orang yang minum segelas coffee tubuh badan mereka menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.

Kafein juga dapat mengurangkan dan memecahkan lemak menjadi sumber tenaga segera. Pastikan kandungan gula dalam coffee tu tidak terlalu banyak ye!! Sebab tu fa suka minum black coffee TANPA gula. Meminum dua ke empat cawan kopi sehari (200 ke 300mg kafein) berkemungkinan besar selamat. Tapi pengambilan kopi yang berlebihan, seperti empat ke tujuh cawan sehari (500 ke 600mg kafein) akan mengundang pelbagai masalah seperti sukar tidur, cepat gemuruh, cepat marah, loya, degupan jantung yang laju, sakit kepala, kemurungan, tangan menggeletar dan sebagainya.

Keburukan Kafein jika diambil berlebihan
1. Memberikan ransangan kepada hormon Adrenalin yang menimbulkan gejala-gejala seperti denyutan jantung menjadi pantas, tekanan darah tinggi meningkat dan menyebabkan otot menjadi lemah.
2. Insomnia, Anemia dan menjadikan sel kulit kering
3. Kafein dikalangan ibu mengandung menyebabkan bayi  kurang berat badan. memperlambatkan pertumbuhan janin.
4. Menyebabkan penyeluaran air secara berlebihan dalam badan.
5. Menyebarkan penghasilan melatonin pada otak : fungsi tubuh badan diatur oleh melatonin
6. Kafein akan menakluki enzim fosfodieterase yang digunakandalam pembentukan memori dan akhirnye menyebabkan kehilangan memori
7. Mempengaruhi fungsi normal otak bagi kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kana kurang daya ingatan.

Coffee
Coffee mengandungi antioksida yang sangat baik untuk badan.
"Salah satu hasil kajian yang dijalankan lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang kopi dapat melindungi seseorang daripada masalah penuaan..!! Faktor tersebut didorong oleh beberapa faktor terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. "

Kajian lain menyatakan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok. Secawan kopi setiap hari sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung.
Coffee juga baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif. 

Tetapi pengambilan olehwanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan. “Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” 

3 in 1 penyebab kerosakan buah pinggang?
Ini sebab salah satu kandungan 3 in 1 ialah non-dairy milk.
Non Diary milk ialah krimer yang diperbuat daripada minyak isirong kelapa sawit yang kelihatan berkrim dan berperisa. 

Untuk pastikan rasa dan kualiti setara susu dan krim, bahan perisa ditambah, sirap gula, natrium jagung dan pewarna pula untuk rasa sama macam susu asli. KRIMER jiga menagndungi KALORI yang tinggi dan lemak trans dan boleh mengakibatkan penyakit jantung, stok dan kencing manis.

Lebih baik if minum coffee yang bukan 3 in 1 untuk lebih selamat. Black Coffee atau campurkan dengan susu segar untuk rasa yang lagi nikmat!

If anda pengamal supplement macam fa, pastikan jarakan masa sekitar 1-2 jam selepas atau sebelum minum coffee ini sebab coffee menganggu dan mengurangkan penyerapan nutrien supplement dalam badan.

Minum air masak yang lebih sebab coffee membuatkan badan cepat rasa haus.


Untuk mereka yang nak kan tenaga extra, nak kurus, nak cantik yang tak suka minum coffee atau minuman berkafein boleh ambil supplement Shaklee yang 100% bebas kafein, 100% selamat dan 100% berkesan.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...