Nuffnang

Thursday, December 11, 2014

Airis the explorer!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


NORMAL bagi bayi untuk meneroka tempat-tempat baru lebih-lebih lagi bila mereka dah mula merangkak atau berjalan.

Airis suka sangat main bawah meja, pergi tempat-tempat tersorok mana-mana yang boleh masuk,panjat, atau ada yang menarik perhatian dia memang pergi.

Lagi 2 hari airis nak 1 tahun, walaupun dia masih belum berjalan tapi tak langsung menghalang aktiviti kesukaan dia - panjat tangga.Yang penatnya fa lah... turun naik tangga, fa biarkan dia panjat tangga dan fa perhatikan dia dari belakang.Kalau kita angkat dah larang dia panjat mungkin satu hari dia akan tantrum, jadi biarkan dia buat apa yang dia nak..sebab ini lah masa untuk dia belajar dan explore:)


Dah berkali suruh en suami belikan pagar, sampai ke sudah tak beli.. ada yang suruh letak barang berat..halang dengan almari...kalau halang dengan almari..kabinet.. org nak naik tangga dah macam mana pulak kan papepun kena jugak cari pagar tangga. Bukan untuk tangga je..untuk dapur jugak.

Mungkin dia nampak fa selalu ke dapur, jadi kalau terlepas pandang je Airis memang dah sampai dapur. Fa tak bagi dia pergi sebab dapur tu banyak barang-barang, racun semua jadi untuk lekakan dia fa letak dia depan TV, bagi tab bukak cerita pororo atau pocoyo yang dia suka atau bagi je laptop. Senyap terus. Cuma sekajap-kejap kena perhati sebab budak bijak ni macam-macam idea bernas dalam kepala dia.


Setakat ni airis belum pernah fa nampak mengutip barang dan masuk dalam mulut. Alhamdullilah. Apa apa yang fa nampak dia kutip, fa mintak baik-baik. Alhamdullilah dia hulur apa yang dia kutip.

Pergerakan pertama seperti memegang, memanjat, melontar, berjalan semua tu susah untuk airis sebenarnya, tapi airis lakukan jugak dengan kesungguhan. Dia dalam proses pembelajaran. Sebab itu if airis memanjat, buat apa je fa akan perhatikan je lagat dia..(sel sel otak sedang berhubung) selagi tak merbahayakan diri dia.

Semalam baru jadi, sebab kelekaan fa airis jatuh tersembam ke lantai.. Muka dan hidung betul-betul ke lantai - HIDUNG BERDARAH! Memang panic istigfar fa banyak-banyak. Memang rasa nak pitam. Nasib adik fa ade jadi dia tolong tenangkan fa. Hidung dia darah, Alhamdullilah berhenti darah tu. Tapi fa still pantau jugak dan alhamdullilah hari ni airis makan, main, lasak seperti biasa. Ye lah bukan boleh bawak main-main tau kalau terhentak hidung. Tulang baby sangat fragile. Tak boleh tak ambil kesah!!

If anak anda jatuh dan terhentak dibahagian kepala, pantau keadaan anak sentiasa. If lepas dia jatuh, dia menangis tak henti, muntah, taknak makan atau nampak tanda-tanda yang abnormal terus bawa anak anda dapatkan rawatan dengan segera untuk elakkan dari kemudaratan.

Anak yang kerap jatuh mungkin akan hilang semangat.
Baca selawat 3x dan Al-fatihah - Mohon pada Allah moga dilindungi dan tenangkan dan kuatkan semangat anak anda lepas tu tiup ubun-ubun dia.

ESOK Airis dah Setahun...
Alhamdullilah Syukur Ya Allah.....

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...