Nuffnang

Saturday, November 29, 2014

Penjagaan gigi bayi - Airis dah ada gigi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Airis dah ade 4 batang gigi. 2 atas, 2 bawah. Seronok tengok gigi kecil comel dia tu tapi yang tak best bila mamy kena gigit time Airis menyusu -ouch!!!

Alhamdullilah, sepanjang nak tumbuh 4 batang gigi ni Airis tak demam.. cuma kadang-kadang meragam dan paling keara dia takde selera makan dan cuma menyusu dan minum air yang kerap. Dont worry mommies, tu semua perubahan sikap atau reaksi yang biasa bila baby nak tumbuh gigi.

Fa terfikir jugak, bila airis tumbuh gigi kena ke bersihkan setiap hari? Fa tringat adik lelaki fa, sebab dia dulu isap FM, mama pulak tak ajar dia gosok gigi, habis reput dan rongak gigi dia. So fa tak nak lah airis end up macam tu. Memang airis fully breastmilk tapi dia kan dah makan macam-macam jadi fa kena gak bersihkan gigi dia setiap hari. Maybe kena ajar dia gosok gigi.
Fa takde ilmu jadi fa banyak bertanya dan semestinya google dan blogwlking.


Seeloknya gigi bayi dijaga seawal pertumbuhan gigi susu dia. Supaya gigi yang tumbuh itu sihat dan cantik.Fa ni biarkan je gigi airis tu tumbuh. Bagi teether bukan dia gigit pon, lemari TV yang dia eksited nak kunyah. =.='

Jadi fa perasan gigi bawah airis macam senget sikit. Mama selalu perli2 gigi senget airis tu. Huhuhu
Tapi jangan risau, tu cuma gigi susu, nanti dia akan tumbuh yang cantik. Tapi dari gigi susu ni lah kena penjagaan rapi supaya bila dah tumbuh gigi kekal akan cantik je.


Fa gunakan pembersih gigi bayi yang berus tu sangat lembut. Boleh beli kat kedai jual barangan bayi atau farmasi. Ape fa buat, setiap kali mandi pagi, fa akan gosok2 gigi airis tu perlahan. Memang dia akan rimas. Mungkin dia akan menangis but trust me.. lama2 sok dia tahu dah rutin gosok gigi tu perlu buat setiap hari.
Kalau takde beris gigi bayi tu, boleh je bersihkan dengan kain yang lembut. Fa pernah nampak kat farmasi ada jual ubat gigi bayi. Tapi fa belum beli lagi. Cukup bersihkan dengan air.Sebab bagi fa, bayi tak pandai meludah kan.. jadi tak perlu rasanya penggunaan ubat gigi ni. :)

Kenapa kena mula penjagaan gigi bayi sedari dia mula tumbuh gigi? Sebab nak elakkan dari kerosakan gigi yang serius. Nanti rongak dah tak cantik. Lagi pun nak pupuk sifat rajin gosok gigi dan kebersihan gigi.

Disebabkan Airis bayi susu ibu fa pastikan pengambilan calsium yang mencukupi perlu untuk pertumbuhan tulang dan gigi Airis yang sihat. Fa consume OSTEMATRIX SHAKLEE 4 Biji Setiap hari.

Ostematrix (Calcium & Magnesium)
Dalam susu ibu, antara komposisi mineral yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang mengandung atau menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Pengambilan Ostematrix juga dapat membantu ibu yang mengalami masalah susu merudum ketika period.

Sebab tu OSTEMATRIX sangat wajib bagi fa. Bukan untuk fa je..untuk Airis sekali.

Sharing is Caring :)
=========================================================================

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

Credit# PA&MA

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...