Nuffnang

Wednesday, October 29, 2014

Shaklee Effect : Kesan pengambilan ESP kepada diri saya


Macam cerita sebelum-sebelum ni, fa dah start amalkan pengambilan ESP sebelum fa hamilkan Airis. Niat cuma 1, untuk turunkan berat badan dan untuk sihat dan buat kulit cantik. Biasa lah dah nak masuk 2 tahun kahwin masa tu fa perasan berat semakin mendadak naik, kulit pulak macam tak sekata. Jap-jap gatal-gatal naik. Jap - jap merah-merah muka. Kulit pun kalau tak makeup memang nampak kusam je. Pendek kata memang kulit kusam dan nampak tak bermaya. Fa perasan yang fa cepat naik elergi kalau pakai barang bukan emas, mandi air tak bertapis, makan seafood yang banyak.


Gambar kat atas ni sebelum fa amalkan pengambilan Shaklee & ESP. Masa ni fa tengah dalam usaha untuk hamil, fa perasan lepas pengambilan ubat "clomid" badan fa semakin kembang.

Fa start consume ESP Shaklee sebelum fa hamilkan Airis. Hampir nak ke dua bulan Alhamdullilah fa disahkan hamil. Fa masih lagi consume ESP sampai kandungan fa 3 bulan tetapi stop sebulan sebab fa morning sickness yang teruk hampir sebulan. Alhamdullilah lepas tu fa sambung balik minum ESP dan jadikan ESP sebagai minuman WAJIB setiap pagi.


Masa ni kandungan fa masuk 2 bulan.  Masa ni belum lagi morning sickess teruk. Tapi nampak tak badan fa surut sikit dari sebelum pregnant? Ni sebab fa konsisten makan Alfalfa Complex & ESP sbelum fa preggy untuk slimdownkan sikit berat badan sebelum preggy... Lepas turun 3 kg masa tu lah fa pregnant. 



Bulan ke-4 pregnant. Mungkin sebab morning sickness yang melampau awal-awal bulan badan fa susut sikit. Tapi Tak jejaskan kandungan. Lepas morning sickness berkurangan, fa kembali bertenaga & rasa sihat je. Start dari bulan ke-4 fa dah minum balik ESP & konsisten makan set hamil Shaklee. Kulit pon nampak kan beza dari segi flawless tu sebelum konsisten Shaklee..



Yang ni masa sarat tunggu hari nak meletus.. wedding ceremony sepupu rapat. Anda boleh bandingkan pada wajah fa. Kalau dulu dagu fa double, perasan tak? masa ni berat fa 80kg. Dari bulan ke bulan kandungan fa semakin membesar. ESP fa tak lupa juga minum. Fa kerja sebagai admin yang sememangnya terlalu sibuk. Kadang-kadang makan pun tak sempat. Pergi kerja pagi-pagi beralaskan ESP Shaklee + Susu Anmum atau freshmilk yang berperisa. En. Suami pon fa bancuhkan ESP + CINCH untuk dia alas perut sebab kerja dia sebagai supervisor tu lagi sibuk sampai kenkadang lupa nak makan. So far ESP Shaklee memang buat badan fa yang lemau ni kembali bertenaga. Tgah sarat-sarat pon fa mampu kesana sini. Jalan sana-sini dan paling ketara fa tak ada stretchmarks sampai hampir bersalin baru timbul sikit-sikit.

Siapa kata SOYA tak baik untuk bayi dalam kandungan? Meh fa lekuk sikit kepala. Fa pernah ada seorang kawan yang minum susu soya dalam kotak sepanjang -panjang dia preggy sebab dia kata soya baik untuk bayi dalam kandungan. Soya boleh buat kulit anak jadi gebu lepas bersalin. Soya boleh buat anak jadi bijak dan kurang elergi bila dilahirkan. Kawan fa tu laki bini kulit taklah putih gebu sangat tapi bila anak dia lahir, masyaAllah putih gebu!! Semakin anak dia besar semakin bijak. Rahsia dia- Susu soya kotak yang dia minum hari-hari masa preggy.

Haa tu susu soya kotak, ESP apetah lagikan? ESP ni soya NON-GMO yang di tanam secara semulajadi dan dipastikan tahap semulajadinya terjamin. Siapa nak tahu lagi tentang ESP NON GMO ni boleh KLIK SINI baca kasi sampai faham. :)


Tahukan selain kalsium, ibu hamil perlukan Protein yang banyak dalam sehari.

Antara komposisi utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.



ESP membantu memekatkan susu, memberi tenaga berkekalan untuk ibu yang tahan selama berjam-jam lamanya. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain. Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal.


Alhamdullilah, Fa bersalin awal dan ESP diantara minuman pengalas perut dan pemberi tenaga sebelum fa bersalin. Memang tak lapar dan tak terlalu penat sangat. Orang lain dah penat push fa sepanjang malam tak tidur sebab tak sabar nak tunggu esoknya nak gomol Airis. Elok pulak fa tak letih.

Susu tak payah cakap lah kan. Dari hari ke hari semakin banyak. Susu pun nampak pekat je berbeza bila fa tak minum ESP susu macam cair je. Kulit Airis nampak cantik, takde pon merah-merah atau gatal-gatal. Ruam lampin susah nak ada. Badan Airis pon semakin hari semakin gebu. Perkembangan otak Airis pun sangat baik. Semakin bijak. Gabungan Mantap ESP + Susu Ibu!!



Perubahan ketara sangat pada kulit muka fa. Sekarang semakin berani nak keluar tanpa makeup. Cuma sapu moisturizer nipis je dan sunblock pastu dah terus boleh g jalan. Kalau dulu nak keluar tanpa makeup memang kurang konfiden sikit.

Lagi satu fa rasa kulit fa macam licin & jerawat pun segan-segan je nak naik. Kalau ada pon sebiji je. Stretchmarks pun dah hilang, kulit gelebeh sana sini especially lengan dan perut pon dah tak gelebeh. Rasa pejal je. Fa perasan dulu fa ade kutil-kutil macam tahi lalat dekat leher tapi lepas consume ESP secara konsisten, kutil tu tanggal sendiri. Fa pernah dengar kutil tu kalau nak buang kena RM5 sebiji. fa kira-kira dulu fa ade 3 kutil = RM15 kalau nak pergi buang. Ada yang terpaksa guna laser tau nak licinkan kulit dan bebas kutil. Kutil ni kalau buang tak bersih dia boleh timbul balik.

Berat badan fa pon semakin slim. Tengok gamba sebelum dan latest fa. Nampak tak ketara dengan pengambilan secara konsisten ESP. Kalau dulu kulit macam kusam, ade part-part yang hitam tak sekata sekarang semua takda. Kulit jadi makin anjal dari hari ke hari.

Buat apa nak bazirkan duit kan kalau boleh cari alternatif lain yang lebih jimat dan selamat?  Fa suka ESP Shaklee! Fa Jatuh Cinta dengan ESP Shaklee. Gambar bawah ni raya 2014, berat masa ni 57kg. En.suami pon nampak slim kan sebab dia pon hari-hari minum ESP & CINCH! Lagi best masa puasa susu tak drop pon. Lagi banyak ade lah.. Alhamdullilah!


KENAPA ESP SHAKLEE JADI PILIHAN RAMAI?

ESP dapat membantu kulit wajah berseri, anjal, mengurangkan freckles dan pigmentasi seperti awet muda
ESP membantu memulihkan kedutan dan merangsang regenerasi kulit dan otot.
ESP membantu dalam masalah rambut gugur dan beruban.
ESP membantu menghilangkan parut jerawat.
ESP memberikan tenaga yang berpanjangan juga menjadikan badan lebih cergas, lebih sihat dan kurang letih.
ESP membantu memberi rasa kenyang berjam-jam.
ESP membantu mengurangkan berat badan.
ESP bertindak sebagai MILK BOOSTER, menambahkan penghasilan susu ibu.
ESP membantu mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
ESP membantu memulihkan fungsi prostat lelaki- keupayaan menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak.
ESP membantu mengurangkan gejala tekanan, kemurungan, kebimbangan, ketakutan dll.
ESP membantu meningkatkan keupayaan seksual.
ESP membantu menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara.
ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu hamil dan membantu perkembangan fetus dalam kandungan.

===========================================

PENGEDAR SHAKLEE SRI PETALING, PENGEDAR SHAKLEE BUKIT JALIL, PENGEDAR SHAKLEE SUNGAI BESI, PENGEDAR SHAKLEE TASIK SELATAN, PENGEDAR SHAKLEE KUCHAI LAMA,PENGEDAR SHAKLEE OUG 

Whatsapp/SMS/Telegram 012-3841916 
Like us on Facebook : Finurz Creations 
Follow us on Instagram : @finurz_creations


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...