Nuffnang

Wednesday, July 16, 2014

MILKBOOSTER SAYA : BUAH KURMA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa nak cerita sikit pasal Milkbooster. Pernah tak anda ambil tahu makanan yang merangsang pengeluaran susu badan anda atau makanan yang menyekat pengeluaran susu?

Fa ni tergolong dalam mereka yang kurang susu badan walaupun niat nak susukan Airis sampai 2 tahun. Selain Set Penyusaan Shaklee (Fa ambil Set Lengkap 3M) fa suka makan buah KURMA.

Memang banyak makanan MILKBOOSTER selain buah kurma. Anda boleh google atau pergi ke entri fa sebelum ni untuk baca lagi tentang makanan yang merangsang susu.

Bila niat untuk susu kan Airis sehingga 2 tahun, start lah fa cari sumber makanan yang merangsang pengeluaran susu. Apa saja yang orang cakap boleh buat susu jadi banyak, fa akan makan. Tapi diingatkan setiap badan adalah berbeza, dalam banyak-banyak makanan yang fa makan tu, Buah Kurma & Bubur kacang hijau yang mempercepatkan & memperbanyakkan susu badan fa. Jadi setiap kali sesi pumping, fa akan makan 1-3 biji kurma. Kalau ada masa, fa akan buat bubur kacang hijau (kacang hijau sangai/goreng tanpa minyak dan bubur dimasak dengan halia untuk elak bayi kembung)


Kita semua tahukan kebaikkan memakan buah kurma selain ianya makanan sunnah. Buah kurma juga mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah

Kebaikkan dan khasiat Buah Kurma:

1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam bandannya".

2. KECERDASAN & KECERGASAN

a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

5. BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

*Sumber

Jadi tak rugi pun nak makan buah kurma ni. Badan sihat, otak cergas susu pun meriah. Alhamdullilah.

Airis pun suka makan buah kurma. Kalau fa campurkan buah kurma dalam makanan dia, laju je makan. Bagus anak mamy, semoga jadi anak yang pintar & cerdas!

Set Penyusuaan Shaklee bukan sahaja bertindak sebagai perangsang susu, tetapi juga sebagai pemberi tenaga tambahan, membekalkan vitamin yang mencukupi untuk ibu dan bayi & merangsang mood ibu-ibu supaya dapat hasilkan susu yang berkualiti dan berkhasiat untuk bayi anda.

KLIK UNTUK TERUS BELI SECARA ONLINE
KLIK DISINI SEKARANG
✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...