Nuffnang

Tuesday, June 10, 2014

PART 2 (AIRIS’S FIRST FOOD) : PUREE PEAR

Semalam hari ke-3 airis makan Puree Apple. Semalam angah yang suap sebab fa kerja.

Tapi angah call bagitau airis macam taknak makan sangat. Taknak makan tu macam mana? Angah cakap dia makan satu ke dua sudu lepas tu dah taknak bukak mulut. Start geleng-geleng kepala. Then angah cakap maybe dia mengantuk so angah cakap biar airis tidur nanti dia bangun angah try lagi. Tapi tengahari angah call cakap sama je, walaupun kali ni airis makan lebih sikit dari yang tadi.

Maybe airis kenyang, maybe airis nak fa yang suapkan or maybe airis dah bosan dengan puree apple tu? Baby makan tak banyak mana pun, tak payah lahnak mengharap baby makan bersudu-sudu macam budak dah besar. Tapi sebab tengok airis ok je makan puree Apple tu, fa tukar je lah menu. Gigihlah fa buat puree pear pulak.

Kalau korang tengok bayi korang tu tak ada pape masalah bila makan puree yang koramg buat (tak kembung,tak timbul ruam-ruam, tak sembelit, tak ceret beret) korang boleh je tukar menu tak payah tunggu habis 4 hari tu. Macam kes fa, airis ni memang cepat bosan. Bila tengok airis tak ada masalah bila makan puree Apple, fa tukar menu puree pear pulak.

Sama macam puree apple, puree pear kena kukus/rebus, blend dan tapis. Kebanyakkan yang fa tanya semua cakap bayi dorang memang feveret puree pear ni berbanding puree apple. Maybe sebab pear ni manis kot. Fa pun suka makan pear. Hope airis pun suka makan,

RESEPI PUREE PEAR

1 biji Pear hijau
Air untuk kukus/blender
1oz BF/ susu formula/air


Cara-cara nak buat :

1) Macam biasa kupas kulit pear tu, potong kecik-kecik masuk periuk kukus dan kukus sampai lembut.
2) Bila dah lembut angkat & biarkan sejuk (fa nak cepat fa masuk je dalam peti sejuk sekejap)
Masuk blender letak air sikit (fa letak air zam-zam tapi kalau tak ada air zam-zam boleh je guna air masak)
3) Bila dah nampak macam puree tu, boleh transfer ke penapis untuk ditapis sampai halus.
4) Bila masa nak makan campurkan susu. (ada setengah orang, dah siap-siap blend dengan susu,tapi fa lagi suka campur susu bila nak makan)

So tadi angah jugak bagi Airis makan, kalau puree apple masa 1st fa suap airis macam nak makan sampai habis, tapi puree pear ni dia macam taknak sangat. Puas lah angah pujuk dia bukak mulut sikit pastu keluarkan balik pastu leka tengok Mickey Mouse Clubhouse sambil-sambil angah suap so tadi airis makan dalam 4 ke 5 sudu jugak lah. FYI baby makan tak banyak mana pun. Kalau dia makan 4 ke 5 sudu tu dah kira bagus kalau dia tak nak jangan paksa kang jadi kes lain pulak.

Esok bagi lagi puree pear sebab tadi fa dah buat 2 kali makan punya portion. Hope esok Airis nak makan lah Puree Pear tu. :)

Ok lah nak tidur, airis pun dah lena dari pukul 10 malam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...