Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua
Taktau la nak percaya ke tak, bila anak start menyembur, rambut ibu pon start lah gugur. Tapi Airis tak menyembur dia isap jari sampai keluar air liur semua tapi rambut fa still gugur dengan banyaknya. Rambut gugur fa bukan gugur yang biasa lagi. Ni gugur yang sangat banyak. Kira rambut rapuh. Setiap pagi mesti kena chek Airis. Sebab rambut-rambut ku di sekitar Airis. huhuhu. Nasib tak masuk mulut. Tapi pernah perasan rambut dalam pampers waktu nak tukar. huhuhu
Airis pulak asik nak tarik rambut je... habis rambut fa kat jari dia. Semua shampu kat farmasi tu la fa try, sama je. Nak atasi fa kerapkan lagi minum ESP Shaklee, makan Vitalea Shaklee & Zinc. So far takde la terus kurang gugur rambut tu. Tapi nampak la anak-anak rambut yang nak tumbuh. Berganti jugak lah.. kalau tak botaklah mamy. haisss...
Fa ade google so ini jawapan yang fa dapat dari Pa&Ma:
9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua
wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut
setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu
panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali
normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda
menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu.
Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai
sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat
pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat
dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel
rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan
gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali
seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12
bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
Apa mama perlu lakukan?
Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan
protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala
tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika
terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum
thyroiditis.
Makanan Mencegah Keguguran Rambut
Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam,
telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh
menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.
Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga
tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering
dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan
biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh
meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh
mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.
Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan
rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk
menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang
membuatkan rambut kuat dan sihat.
Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini
diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut
semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan
tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran
rambut.
Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram
membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut
membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih
baik untuk pertumbuhan rambut.
Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan
zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan
kekeringan pada rambut serta kulit kepala.
Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.
Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu
memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan
sihat.
Nanti entri pas ni fa share Supplemen Shaklee untuk atasi rambut gugur ye. Jadi Rambut gugur lepas kelahiran adalah normal & pertukaran hormon. Jangan risau ye mommies :) Kalau rimas, potong je rambut kasi pendek. Fa tunggu balik Kampung baru nak potong lagi pendek dari sekarang. Sebab kat kampung sekali potong & cuci baru RM20 murah tak murah?
No comments:
Post a Comment