Nuffnang

Saturday, April 12, 2014

Perkembangan Airis 4 Bulan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ni 12/4/14 sabtu.
Hari ni Airis dah masuk 4 bulan.

Ingat lagi date 12/12/13. Dalam labour room.. 1st time tengok muka Airis, 1st time dakap Airis kecik je. muat satu pergelangan tangan mamy. Berat pun 2.77KG. Sekarang dakap dah penuh ruang satu badan mamy berat pun dah 6.8KG. Alhamdullilah.

Day by day Airis membesar dengan sempurna, Alhamdullilah rezeki susu masih ada untuk keperluan Airis. Mamy akan pastikan mamy susukan Airis sampai 2 Tahun Insyaallah. Moga Allah sentiasa mudahkan & berkati :)

Memang rasa terharu je tengok anak membesar depan mata kan. Impian fa ialah nak besarkan sendiri Airis dekat rumah nak jadi WAHM (Working at Home Mom) Tapi still belum tercapai lagi segala impian tu. Fa berkira-kira jugak bila nak hanta tender tapi sebab kat opis khidmat fa masih diperlukan jadi fa kena la kerja buat masa sekarang.

Now Airis dah 4 bulan. Angah kata Airis membesar ikut bulan dengan baik. Yelah Angah ni suka sangat membaca pasal baby. Berkawan baik dengan en Google pulak tu la setiap hari bila Airis tidur dia akn google baca tentang perkembangan bayi. Sebab tu fa trust dia untuk jaga Airis :) I LAP u ANGAHH!!

Airis belum boleh meniarap lagi. Tapi keinginan nak meniarap tu ada. Leher & kepala Airis dah kuat & menegak. Jadi bila fa meniarapkan dia (support ngan bantal) dia boleh duduk lama dalam posisi tu.

Airis semakin kerap nenen direct. Tapi kalau susu botol angah cakap 140z sehari je dia habis. Mesti tinggal 1 oz sebelum fa balik (fa tinggalkan angah 15oz Max susu perah) Ada orang pernah cakap.. eeee tak takut ke anak kau over weight? Kecik-kecik chomel la ketak-ketak besar sok kesian.. Anak ko ni mesti overweight baru 4 bulan berat dah nak 7KG. FYI baby fully breastfeeding tak ada istilah OVERWEIGHT ok!! kesian la hai fa kat orang yang cakap tu. Susu ibu adalah yang terbaik. Airis membesar dengan sihat bukan dengan berlebihan gula macam bayi susu FORMULA. Ignore ignore Ignore. Fa tahu yang terbaik untuk Airis negetive2 ni boleh berambos :)

Airis suka sangattt isap jari. Kalau budak lain ibu jari kan? Airis isap jari telunjuk&jari tengah (isap dua2 sekali) Saudara dekat pernah cakap, jangan bagi airis isap jari nanti jongang. Bagi fa anak yang isap jari ni bagus sebab akan buat dia layan diri dia sendiri. (self entertain) Bayi isap jari pon bayi bijak. Bayi akan more relax.

Airis suka tengok Tv. Sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepan nenen, masa tuka pampers semua kena buat menghadap TV. Ada orang cakap kita akan spoilled kan anak kalau asik bagi dia tengok TV. Tapi percaya lah dengan tengok TV anak akan lagi bijak & cepat belajar ( Sub channel yang mesra kanak-kanak & bayi ye bukan sebarang channel. Ie Disney JR Channel, Animal Planet etc)

Airis suka tidur siang meniarap. Mama cakap kalau tidur meniarap perut dia akan rasa selesa. Tidur pon lama. Dia akan buat kepala & tengkuk Airis semakin kuat. Takada masalah kat situ :)

Waktu tidur Airis berubah. Siang tidur...tidur...tidur... Malam jaga..jaga..jaga... Tapi bila mamy paksa tidur kena tidur jugak walaupun selalu drag sampai pukul 2 PG. Bertabah lah mamy :) Tapi Airis tak nangis. Dia just nak berborak & spent the night ngan mamy. Ye la..mamy kol 7 mlm baru sampai umah. Sian Airis rindu mamy :(

Airis dah mula nak mencapai barang, dah mula tunjuk minat pada sesuatu object depan mata. Dah pandai paling kalau dengar nama dia dipanggil. Pendek kata dia dah makin bijak. Alhamdullilah.

Malam ialah malam "hanya mamy" jadi kalau org lain yang bobok dia akan mengamuk tak sudah. Bila mamy ambil baru diam senyum simpul-simpul (Alahai Airis) Airis semakin kenal & memilih orang.

Alhamdullilah seawal Airis dalam perut fa dah makan Shaklee. Shaklee ni supplemen untuk diri fa & juga untuk kesihatan bayi dalam kandungan fa masa tu. Sekarang fa salurkan kebaikkan Supplemen Shaklee melalui susu untuk Airis pulak. Satu kepuasan bila tengok Airis membesar dengan sihat Alhamdullilah.

Jadi tak salah kalau kita nak sesuatu untuk kesihatan & kebaikkan diri kita & kita kongsi dengan orang yang tersayang. Jangan risau Shaklee 100% SELAMAT SEMULAJADI dan HALAL.

ESP& ALFAFA adalah MILKBOOSTER fa.
OSTEMATRIX adalah KALSIUM fa & Airis
OMEGA GUARD adalah PENGAWAL BERAT BADAN fa & Baik untuk PERKEMBANGAN OTAK Airis.
BCOMPLEX adalah PENGAWAL MOOD fa & PEMEKAT susu Airis
VITAMIN C adalah PENGUAT ANTIBODI fa & Airis.
VITALEA adalah MULTIVITAMIN untuk fa & Airis.








Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...