Assalamualaikum & Salam sejahtera Semua
Baru je buat entri yang fa demam, hari ni Airis & babah pulak demam. Huhu kuterima dengan redha. Bertabah lah wahai mamy. Alhamdullilah demam fa dah 100% recovered jadi tugas kena beralih jaga orang demam pulak. Still cuti lagi dari tugas office.
Bangun pagi tadi fa perasan kepala Airis panas sangat. Fa ingatkan normal, jap-jap lagi sejuk la.. tapi sampai tengah hari still panas. Fa check suhu dah 38' C. Semalam babah demam sampai 39' C. Hari ni Airis pulak jangkit. Bertabah lah mamy.
NAsib angah ada. Dia la cakap jangan PANIC. Kalau dia takde fa panic dah kot. Selama ni Airis tak pernah demam pun, Masa kena inject 3 Bulan dulu Airis tak demam pun. Mungkin badan dia panas sikit tapi takde la sampai 38' C. Airis memang demam. Tapi dia kerap nak menyusu. Dia still nak borak & gelak-gelak kalau diagah. Jadi positif di situ. Cuma fa rimas dengan panas badan dia yang tak turun-turun. 38'C - 38.2'C Fa bagi Airis ubat Panadol (Dapat dari Columbia Hospital masa kena Jab 3 Bulan) Pastu bobok Airis sampai dia tertidur.
Bila bangun, Fa & Angah buat sponging (Basahkan badan dengan tuala & air suam) yang fa dapat dari google. Pastu siap-siap nak bawak pergi jumpa Dr. Sofea.
Jumpa Dr.Sofea, Babah jena Jab kat punggung sebab demam still 39.2'C tapi Airis pulak Dr. Sofea cakap suhu dia normal. 37'C cuma kena pantau kalau naik balik. Airis sangat behave. Suka dia tengok Dr.Sofea. LAst sekali jumpa masa dalam perut lagi sebulan nak bersalin. :) Berat pulak 6.8KG Alhamdullilah. Airis dapat 2 Ubat untuk selsema & batuk. Sebab ubat demam ada lagi, jadi Dr. Sofea cakap habiskan ubat demam tu dulu. If demam Airis berlarutan dalam masa 3 hari datang balik untuk ambil darah. Mintak-mintak lah takde pape. Babah dapat 5 ubat & 2 hari MC.
Balik terus mandikan Airis dengan Air suam, Bagi nenen & makan ubat Airis terus lena. Fa doa-doa je hope Allah tak memudaratkan lagi demam Airis & Babah. InsyaAllah. Panas Airis pon fa chek still 37.5' C. Alhamdullilah. Kerapkan bagi Airis minum susu. Fa pulak kerap minum Air.
SUMBER : http://ceritadanishdanumi.blogspot.com/2013/08/petua-meredakan-demam-kanak-kanak.html
1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
3. Pakaikan baju yang nipis tak terlalu tebal untuk memudahkan suhu panas keluar. (fa pakaikan baju lubang-lubang untuk Airis)
4. Jangan selubung bayi dengan Selimut tebal. Cukup dengan selimut yang nipis jika perlu atau tak payah selimut langsung.
5. Jangan biar anak kepanasan. Kalau rumah terasa bahang, letakan kipas didepan anak anda bagi badan dia selesa.
6. Sentiasa pantau suhu bayi.
7. Boleh je kalau nak tepek coolfever tu. Tapi kalau orang tua-tua soh tepek asam jawa je. Fa tak buat. Fa letak kain basah je atas dahi Airis :)
8. Kerapkan bagi minum. Kalau macam Airis baru 4 bulan fa pastikan dia minum nenen yang kerap. So far dia memang nak nenen je sekarang ni.
Sila jangan panic. Kalau anda panic akan worstkan lagi keadaan. Relax, bayi demam adalah normal. Sebab dia nak membesar. Macam kes Airis, mungkin dia dah 4 bulan nak belajar meniarap. Nak buat kenal macam-macam sebab tu demam :)
Kalau demam berlarutan. Bawa jumpa doctor dengan segera untuk dapatkan rawatan lanjut.
Airis asik nak melekap je ngan fa. Taknak lepas langsung. Letak pun taknak. Meragam sikit. ye lah kita yang dewasa pun kalau demam pun rimas kan? Bayi ape tah lagi. kesian anak mamy. Get well soon Sayang Airis.
Ok fa nak tidur. Airis dah tidur, babah pun dah tidur. Selesai tanggungjwb sebagai nurse hari ni. Malam kena overtime pulak kalau Airis terjaga. Jadi baik rest kan badan dulu.
nite-nyte
No comments:
Post a Comment