Nuffnang

Friday, April 4, 2014

Double pump vs Manual pump

Assalamualaikum semua.

Tak tahulah kenapa hari ni superb blur. Pagi tadi bangun lambat sebab Airis tak nak tidur sampai la dekat nak pukul 4pg. Lepas fa tukar pampers.. sapu minyak telon dekat tapak kaki & lumur bedtime baby oil (serius menjadi) baru lah airis tidur dengan lena sampai pagi. ok fa bukan nak cerita pasal Airis tapi fa nak share pasal sesi pam fa hari ni.

Dah hampir sebulan fa masuk kerja. Awal-awal fa start kerja fa fokus guna single pam sebab fa rasa tu sangat menyenangkan. Tapi sebab guna single pam macam ambil masa lama (10 minit each breast) Jadi fa cuba guna double pam. Ni 1st time jugak fa buat double pumping sebab fa rasa leceh nak kena fokus dua-dua breast tapi hasil dia? Memang terbaik. Lagi pon ambil masa yang singkat (15 minit untuk dua breast) Jadi selama hampir sebulan fa fokus pada double pumping dekat surau opis.

Tapi hari ni fa terpaksa gunakan manual pam. sebab satu part electrik pam tu tertinggal kat rumah so fa tak dapat nak pam guna electrik. nasib baik fa bawa handle manual nak tak nak guna juga manual pam hari ni.Dulu awal2 memang fa guna manual pam ni tapi bila tengok electrik pam lebih efektif fa takde la guna manual. Dalam kepala fikir manual leceh lambat hasil pon sikit je. Tapi miracle nya Manual pam lagi dapat hasil yang banyak.

Sebab tu fa suka pam jenama RUMBLE TUFF boleh pilih nak double pam or single pam manual or electrik. Harga pon tak lah mahal sangat. Boleh chek kat mana-mana kedai baby untuk dapatkan offer yang terbaik ye.

Mungkin boleh masukkan manual pam dalam list past ni ye. Tapi penat sikit la nak menekan-nekan handle tu. So far dah berapa hari fa guna manual pam sebab surau tu bukan selalu sangat available untuk fa pam guna electrik. Sebab time fa nak pam tu lah ade je makhluk Allah yang landing dekat situ.. nak tak nak manual pam juga lah fa guna.

Hari ni ber"Manual" pam fa dapat 5oz sekali pam.
3 kali sesi perahan X 5 oz = 15 oz!! (Alhamdullilah rzeki Airis)

Susu fa bukan la banyak mana pun, lebih-lebih lagi dah start kerja ni. Cuba taknak stress,, time pam tu bayang-bayang muka Airis tengah nenen nak dapatkan Mood.

Tapi supplimen fa tetap telan untuk pastikan badan fa hasilkan susu yang berkhasiat untuk Airis. Almaklumlah bila kerja ni makan pon tak sempat.. yang sempat "junkfood" huhuhu.

Ok lah nanti fa update lagi. Fa nak siap-siap nak balik.. rindu Airis :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...