Nuffnang

Monday, January 13, 2014

Cabaran : Airis dan Punting Kopek

As Salam Semua.

Cabaran lagi. Oh YES, memang la setiap hari ada cabaran membesarkan Airis. Hari ni cabaran punting kopek (tits, pacifier) Kalau mak-mak zaman sekarang ni rata-rata memang akan bagi anak dia isap punting kopek. Senang nangis sket sumbat. Lepas susu lepas kenyang sumbat kasi lena tidur, jadi mak-mak boleh la buat kerja lain bila anak dah tidur.

Start from here, Fa seboleh-boleh taknak biasakan Airis dengan punting kopek. Nanti dia dah besar asik nak berkopek je. Tapi bila setiap kali tuka pempers - Nangis, lepas settle susu tak dapat nak kopek nenen - Nangis. Mama pon bising soh fa beli punting kopek.

Kazen fa ada bagi satu punting kopek, tapi fa simpan sampai la Airis dah masuk sebulan. Fa cakap dengan mama Airis sebulan kang fa bagi. Lagi pon fa nak beli Airis yang baru yang lain dari yang kazen fa beli tu. Kenapa ye, entah mayb nak rasa sendiri diri beli punting kopek.

Asal nampak punting kopek kat mall je mesti fa belek-belek berjam, beli nya tak pon. Sebab tetiba rasa loser je kalau kasi anak punting kopek. lagipun En.Suami cakap nanti la Airis kecik lagi.

Fa pernah tanya kawan macam mana nak elak dari anak isap punting kopek? Dia cakap susukan Airis sambil baring. Fa tak berani cuba nak susukan Airis sambil baring. Sebab Airis kecil lagi. Tapi sebab taknak sangat bagi punting kopek, fa pon cuba la susukan Airis sambil baring.

Orang cakap kalau susukan baby sambil baring, kita jangan tertidur. Bahaya kalau apa-apa jadi dekat baby. Dengan Bismillah, tawakal, mohon lindungan Allah, fa susukan Airis sambil baring. Nama pon tak cukup tidur. Sorong bantal, fa sama-sama lelap ngan Airis. huhuhuhu.

1st time susu baring, berjaya. Airis betul-betul lelap lama sebelah fa. Now setiap malam rutin wajib nenen baring. Sampai sakit-sakit pinggang.

Sekarang Airis dah sebulan dah boleh bagi punting kopek. Kenapa nak bagi punting kopek jugak? Sebab Airis sekarang makin bijak. Dah syiok nenen kopek setiap malam, setiap masa sekarang nak nenen baring. Lagi satu bila keluar jalan-jalan, sementara nak redakan dia sebelum dapat susukan guna punting kopek. Airis sebelum mandi,selepas mandi, masa tukar pampers mesti mengegek nak nenen. Bukan sebab lapar, sebab nak kopek. Kalau dapat nenen dah sudah nenen mesti sambung kopek. Kalau fa lepaskan menangis. Nanti susah pulak orang yang jaga dia. Kena dodoi baru lelap. Satu hal lah pulak. Jadi, fa decide nak ajar Airis isap punting kopek.

Ingatkan senang.. rupanya mencabar jugak! Tengok anak orang lain sumbat je, macam senang. Airis pandai, dia tolak-tolak punting tu dengan lidah. Fa sumbat balik, dia tolak balik, pastu nangis. Kesian sangat tengok dia.

Esoknya time tengah tukar pampers, dia tengah leka-leka, fa try sumbat lagi. OK berjaya gak dia isap. Tapi bila dia dah sedar dia buang balik. Pastu nangis. Alahai Airis memang buat mamy sayu.

Result? Still belum berjaya 100%. Fa taknak paksa. Bila Airis ready, dia akan isap dengan sendiri. Tapi fa akan bagi dorongan semangat je la. :)

Eh mamy kat situ, yang Airis isap ni punting siapa pulak? :b
Airis 1st time isap punting kopek
Banyak yang Airis perlu belajar. Mungkin banyak yang dia tertanya-tanya. fa pon still banyak yang perlu belajar. Sayang Airis. Airis kan budak bijak. Mamy sayang Airis so much.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...