Nuffnang

Thursday, October 31, 2013

Week 32 - Stress, Asthma versus Hidung Sumbat

Salam Sayang Semua.

Makin hari makin banyak masalah yang fa ni tanggung sepanjang preggy si Precious. Just because nak kan baby sihat, fa redha lalui semua. Semalam baru selesai checkup si precious dengan Dr.Raja, hari ni Dr.Raja buat appointment dengan Dr. Jurina untuk penyakit asthma fa ni.

Last week fa pergi Hospital Serdang sebab nak amek nebulizer je pon. Sebab fa memang rasa tak boleh bernafas. Punca sebab hidung tersumbat kan? Batuk & selsema yang tak baik-baik & pernafasan semakin teruk bila masuk 7 bulan. Sepatutnya fa kena followup balik dengan Pakar dekat Hospital Serdang next week. Tapi sebab Dr.Raja suggest Dr.Jurina, Fa pon relakan saje la sebab Dr.Raja cakap pregnant & Asthma ni merisaukan. Takut baby takde oksigen & takut nanti time deliver jadi masalah lain.

So gigih la fa & en suami pergi hari ni, Dr.Jurina friendly la jugak, banyak cakap. Sebab tu sorang customer ambil masa lama dalam bilik dia sebab dia memang cerita dari A-Z penyakit tu. Check punya check Dr.Jurina cakap lung fa ok, Fa nafas ok, so dia rasa mayby sebab hidung fa yang tersumbat tu.Masa dia tekan ulu hati fa cakap pedih sikit, terus dia cakap fa gastrik. Memang fa ade gastrik, tapi xde la karap pon, time preggy ni hari ni je baru rasa sebab lambat makan. hari lain ok je.

Dr. Jurina cakap dia akan bagi ubat untuk 5 Hari, ubat selsema & nasal spray untuk hidung sumbat fa ni, seminggu lagi datang jumpa & nak tengok macam mana. If fa tak ok jugak, then kena pantau lebih lagi. At the moment, fa kena continue inhealer yang Hospital serdang bagi. Sebab dia cakap maybe fa ada asthma, tapi tak teruk. Cuma takut masa bersalin nanti tiba-tiba fa kena. So dengan ambil inhealer dari sekarang nak elakkan fa kena serang tiba-tiba.

Dr Jurina siap perli sebab langsung tak ambil pape ubat untuk gastrik fa & batuk selsema. Bukan fa tak ambil, fa ambil dalam quantiti yang sikit sebab fa risau si precious. Kesian la hai anak mamy. ~Sobs~

Ok sok sek sok sek cost checkup tadi RM200++ (T.T) Terbeliak mata En Suami, tapi redha je la... nak buat macam mana dah ketentuan Allah kan.. yang pelik apsal doc bagi Gaviscon? Pedih ulu hati & gastrik fa ni bukan selalu. Yang penting udung ni.. bukan pedih ulu hati, i can handle with it. Ubat untuk hidung sumbat ni Doc bgi untuk 5 hari je, so kena la rajin makan ye mamy oiii. Hope la boleh claim kat opis nanti! Next week kena jumpa lagi sebab nak tengok progress tahap kesihatan fa.Nak buat ujian hembusan. 

Kene ke pegi followup?? Kalau tak pegi boleh tak??

Memang doa-doa hope Allah sembuhkan fa, kurangkan dugaan & permudahkan segala urusan. Amin
Mohon Doa sama ye semua :(

Ubat-ubatan yang dapat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...