Nuffnang

Friday, April 19, 2013

STRESS musuh ketat saya!

Salam semua, 

Entri hari ni jom kita bercerita pasal PETUA untuk Hamil.Siapa yang taknak anak kan? Semua pasangan yang berkahwin mesti nak ada anak.. sorang pon jadi la.. sama la macam fa.. Tapi Fa terima semua ketentuan Allah, setiap dugaan yang DIA beri mesti ada hikmahnya. Hanya dia yang Maha Mengetahui. Kalau kita search kat google petua-petua mudah hamil berderet yang keluar.. cuma kita je yang nak ikot ke taknak. Macam fa, Fa suka ambil tahu, Fa suka membaca, jadi apa yang Fa baca Fa akan kongsikan dengan semua. 

Salah 1 petua untuk cepat hamil ialah ELAKAN DIRI DARI STRESS! Sebab stress tu la boleh menjadi punca ketidaksuburan. percaya atau tidak... STRESS tu mmg musuh ketat semua orang!Tapi macam mana eh nak elak stress? Macam susah je.. ye la stress ni macam dah sebati pulak dalam diri sendiri... Jom baca cara elakkan/hilangkan Stress yang dicadangkan oleh Pakar Motivasi DR. Fadzilah Kamsah.

*Kredit to Blogger Redzuan Ridz

  1. Solat Lima Waktu jangan tinggal. Sebaiknya Berjemaah
  2.  Ambil Wudhu'
  3. Banyakan membaca Al-Quran dan hayati maknanya.
  4. Banyakkan makan buah-buahan (contoh buah Limau kerana banyak Vitamin C)
  5. Kurangkan makan daging merah. Amalkan makan daging putih.
  6. Amalkan teknik urutan.
  7. Mandi ( Sebaik-baiknya air suam, bukan air panas) Amalkan menggunakan aroma terapi seperti bau-bauan yang wangi ketika mandi.
  8. Berbincang atau menceritakan masalah kepada orang yang boleh dipercayai. Jangan cerita pada orang yang tak pandai simpan rahsia, nanti lagi stress!.
  9. Tengok binatang peliharaan (contoh ikan dalam aquarium)
  10. Menangis. Ambil waktu yang sesuai untuk menangis.Sebaik-baiknya apadila solat malam (tahajjud)
  11. Kurangkan makan makanan yang banyak perasa tiruan
  12. Amalkan teknik "physical relaxation"
  13. Tengok pemandangan-tumbuhan hijau.
  14. Menyanyi. Tapi awas jangan sampai menggangu orang lain.
  15. Dengar ceramah-ceramah agama.
  16. Buka tingkap bilik, benarkan cahaya matahari masuk & udara bersih masuk kedalam bilik.
  17. Minum air kosong dengan banyak. Sebaik-baiknya 1-2L @ 3-4 L sehari.
  18. Hubungi ibu & ayah. Bercakap dengan mereka.
  19. Letak gamba ibu & ayah di atas meja. Simpan gamba mereka dalam dompet. Tengok gamba mereka bila stress.
  20. Dengar muzik yang merdu, contoh nasyid dan lain-lain.
  21. Bila tension, SENYUM jangan pilih untuk marah.
  22. Uzlah, Ambil masa untuk bersendirian.
  23. Imbas kembali kenangan-kenangan manis semasa waktu kecil dulu. Kalau ada barang-barang kenangan yang begitu berharga& mempunyai sejarah tersendiri, sila tengok. Ambil masa seketika.
  24. Pakai pakaian yang warna ceria.
  25. Banyakkan doa kepada Allah supaya memberi ketenangan & meredakan segala kemarahan. Memaafkan semua orang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...