Nuffnang

Sunday, July 17, 2016

Jakel Penipu?


ehsan google
Lepas raya ni mesti ramai yang nak buat majlis kahwin kan? Atau tengah syok buat preparation untuk majlis akan datang?...Bila nak buat wedding preparation, pastikan jangan last minit. Pastikan korang buat listing, budget, cari sedara mara atau kawan-kawan yang dah pernah melalui pengalaman uruskan hal-hal berkaitan atau hired wedding planner atau mereka yang arif supaya segala urusan korang dipermudahkan.

Masa fa kawin dulu.. memang banyak sangat pembaziran. Dari nak jimat cermat rupanya fa banyak buat pembaziran & buang masa. Fa rasa bukan fa je.. semua kot alami yang sama kan? Hehehhe  Biasalah bila semua hal kita yang uruskan sendiri, fa pulak jenis memandai-mandai.. padan muka...

Cerita ni masa tengah duduk berborak dengan sepupu fa yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan 9 ni banyak betul cerita dia pada kami. Aunty C kami memang pendiam & perahsia orangnya. Jadi sepupu kami si I nak kahwin pon kami tak tau sampai lagi berapa bulan nak nikah baru kami tau. Itu pon kalau dia tak balik raya agaknya kami mmg tak tahu. Bila borak banyak betul yang tak buat. Dewan tak tempah, catering tak booking.. door gift takde lagi. List guest pon tak ade. Hantaran lagi lah.. huhuhu kalau fa kat tempat dia.. panic attack dah rasanga. Cuma sepupu fa si I yang nak kawin ni lelaki.. mungkin sebab itu Aunty C macam relax je kot...entah ler.

Dipendekkan cerita, Aunty C ade kawan yang kerja Jakel. Bila tau Aunty C ni nak buat wedding..dia pon PM bagitau meh datang Jakel dia kasi 75% . Sapa tak nak kan? 75%  diskaun tu gila banyak. Jadi Aunty C sefamily pon pergi la Jakel. Tapi kawan dia takde. Just kawan dia mintak sales girl bawak Aunty C sefamily pergi tempat kain-kain lace untuk pilih-pilih.

Aunty C pon pilih la.. 2 set kain baju melayu & sampin(untuk suami & anak bujang dia) , 2 set kain baju lace (untuk dia & anak dara dia) memang cantik-cantik bila dia tunjuk gambar kat kami. Bila tiba time bayar total semua 4 set kain tu RM20k.. ulang...RM20 RIBU ye bukan 20 ringgit, bukan 200ringgit.. bukan 2000 ringgit TAPI 20 RIBU RINGGIT. Pengsan....😷

Kami yang dengar ni terbeliak mata. Aunty C kata tu pon lepas 75% diskaun. Aunty C cancel 2 set baju melayu & sampin sebab kain tak potong lagi & terpaksa ambik 2 Set kain lace tu sebab dah potong. Jadi total dia kena bayar selepas tolak yang cancel RM10k..

Walaupun aunty C ni kira berduit orangnya.. tapi RM10k untuk baju lace bukan ke mahal? satu set rm5K. Dah standart orang-orang kenamaan punya baju. Huhuhu. Itupon Aunty C masih relax lagi. Kalau fa pengsan menggigil-gigil...

'Jakel penipu tau' itu yang dia ulang-ulang cakap. Fa terlintas gak.. tak kan masa dia pilih-pilih kain tu dia tak tanya.. semeter berapa.. budget berapa.. kan? Mungkin dia percaya sangat kawan yang kerja Jakel tu dan tergoda dengan offer 75% dia pon menonong je memilih tanpa tak sedar....

Jakel bukan penipu, mungkin kawan dia tu nak buat sales. ada target sales. Biasalah kan... Aunty C ni pulak taknak pulak bertanya.... huhuhu

Sebab tu bila hal-hal besar gini kena rajin-rajin mintak pandangan orang-orang rapat. Pastikan jugak orang-orang rapat tu tak ambik kesempatan. Biasalah bila nak buat kerja kawin ni ramailah yang tampil bagi cadangan dan pendapat. Kita yang nak buat kerja kawin ni kena bijak mainkan peranan.

Dengar cerita lagi sedara sebelah aunty C ni cadangkan dia beli bekas 'tupperware' untuk beri gift dekat guest. Siap offer beri diskaun sebekas rm7.. rupanya dia ni penjual 'tupperware' nampak tak nak ambik kesempatan? 😂 siap buat sales lagi....apadaaa...

"Jika kita mudahkan kerja dan urusan seseorang..insyaAllah segala kerja kita dan urusan kita Allah mudahkan"

Wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...