Ni gambar semalam. Semalam sepupu rapat ajak outing. Dah lama fa ngan airis asik terperap kat rumah je. Dah orang ajak keluar fa on je. Semalam juga airis tetiba kena selsema. Meleleh hingus dia. Alhamdullilah dia ni jenis senang bila nak suruh hembus hingus. So far tengok dia ok je fa bawa jugalah dia keluar. Tapi memang seharian kat MidValley tu kena kerap lap hingus dia.. bagi dia minum air banyak. So far dia tak meragam badan pon ok tak panas.
Airis lama dah tak selsema. Fa yang dah sminggu tak baik-baik sampai 6 biji Vitamin C kutelan hari-hari.. setiap hari fa pastikan fa minum Performance Drink & sepeket Nutriferon. Lepas seminggu beransur pulih, Airis pulak take turn.
Actually rumah kami baru ada anak kucing. 24/7 dengan kucing tu. Sebelum ni rumah ni tak ada kucing tetiba ada jadi start la imun sistem tu nak bekerja dan terpaksa bekerja keras nak fight segala hama-hama alergi tu. Imun sistem Airis kira kuat la juga. Sebulan dengan kucing dia tak batuk tak selsema.. fa je seminggu flat... dia relax je..
Bila kita selsema..imun sistem kita tengah bekerja untuk melawan virus-virus selsema tu. Sebab tu fa tak suka nak beri airis ubat selsema yang mengantuk. Fa lebih suka buat cara natural. Natural Remedies.
Lagi satu bila selsema & batuk ni umpama mekanisme pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing masuk dalam rongga hidung dan tekak, tindakan reflex batuk & bersin adalah untuk mengeluarkan bendasing tersebut.
Fa banyak share tentang Natural Remedies ni. Fa memang tak suka beri Airis ubat kecuali jika demamnya melebihi 39' atau batuk dan selsema yang berterusan tak baik-baik then HARUS lah bawa jumpa Doktor untuk rawatan susulan.
Malam hari balik dari Mid Valley badan airis dah dedar. Hingun tetap meleleh. Fa kejap-kejap terjaga dari tidur sebab airis dah start terjaga sebab hidung tersumbat. Nak spray ngan Sterimar dia taknak mungkin sebab mamai kan.. jadi fa suruh dia hembus hingus dan fa sapu vicks satu badan dia. Fa makan 2 biji Sustained Release Vitamin C Shaklee dan sepekat Nutriferon kemudian menyusukan Airis kerap.
Esoknya, fa buat bubur bawang putih. Sengemgam bawang putih, seinchi Halia, celeri dan garam masukan dalam periuk nasi lebihkan air untuk jadikan bubur. Bila airis bangun fa mandikan dia dengan lemon. Air suam, lemon sebiji hiris-hiris tabur je dalam tab tu. Biarkan dia berenang dalam tu. Airis memang pantang kalau orang ajak swin.. laju je dia masuk bilik air takpayah paksa..
Fa bancuh Nutriferon setengah paket dalam sebotol air masak. Biarkan airis minum kerap-kerap. Lepas mandi fa sapukan satu badan dia dengan Vicks. & beri dia makan bubur Bawang Putih. Susukan sekerap mungkin. Sebab fa yakin susu ibu adalah antibiotik paling mujarab!
Alhamdullilah tadi hingus dia dah kering. Tapi jangan suka sangat. Bila kering mungkin tanda hidung tersumbat. Sebelum tidur fa spray hidung dia dengan Sterimar dan sapu vicks ni dia dah tidur fa tak dengar bunyi hingus tersekat dan tak ada dengkuran kuat. Airis tidur lena macam biasa. Alhamdullilahhh... tinggikan bantal dia biar dia rasa senang bernafas if hidung dia tersumbat.
Ok bagi mak-mak yang anaknya selsema seriusly memang merimaskan.. cuba dulu Natural remedies yang fa share insyaAllah anda akan kurangkan ubat-ubatan dr masa ke semasa.
Checked list
✔ Pantau Suhu badan anak
✔ Mandikan dengan hirisan Lemon
✔ Buatkan sup garlic atau bubur garlic
✔ Sapu satu badan dengan vicks @ minyak bawang putih
✔ Mandikan anak @ bilas badan anak sekerap mungkin bagi suhu panas dia keluar. Mndikan dengan air suam.
✔ Beri anak minum air masak dengan kerap
✔ Beri anak setengah paket NUTRIFERON SHAKLEE setiap hari selama dia selsema @ demam
✔ Spray bantal,cadar,sofa,tilam, karpet dengan Dettol Spray untuk bunuh virus,kuman & bakteria
✔ Jika hidung tersumbat, spray dengan Sterimar (boleh beli di farmasi)
✔ Jika anak masih bayi boleh sedut hingus dia dengan penyedut hingus (boleh beli di farmasi)
Semoga sharing ini bermanfaat untuk anda.InsyaAllah :)
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment