Nuffnang

Friday, October 10, 2014

Resepi Bayi 9 Bulan keatas (PT 1)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa nak share resepi yang fa buat sepanjang Airis masuk 9 bulan. Resepi ni ada yang boleh start bila baby masuk 8 bulan sebab ada yang kena tumis. Apa-apa pun kena lepas 4 days rule dulu ye.

Resepi 1 : Tafufa Kurma


Bahan-bahan dan cara buat :
1 Paket tahu lembut/soft tofu (boleh beli dekat pasaraya) - Dikukus sampai masak.
3 Biji buah kurma cuci dan rendam dalam air panas 5 minit - kupas kulit, buang biji dan ambil isi lembut sahaja.

- Lepas kukus tahu, tekap guna penekap biskut yang comel-comel (fa beli penekap biskut rabbit ni kat Maidin USJ)
- Isi kurma lenyek-lenyek letak sikit air panas kasi cair (Nampak cam gula merah kan)
- Hidang dan makan (rasa sebijik tafufa!)

Resepi 2 : Mash Potato kurma & chicken Gravy


Mash potato ni banyak version. Fa sendiri pelbagaikan resepi mash potato ni. Kalau basic punya just kentang dan kurma (untuk baby 6 bulan). Untuk Airis fa buat advance sikit.

Bahan-bahan & Cara buat:
1 biji kentang & 1 biji keledek kuning/oren
3 Biji Kurma & stock Ayam
sikit Kismis
Cheese parut/ unsalted butter

** Stok Ayam - isi ayam, celeri, air  dan sikit olive oil masak sampai ayam masak. Ambil air stock tu sikit untuk blend dengan kentang, sikit lagi untuk bancuh dengan kurma untuk gravy. Isi ayam dan stok yang lebih tu boleh blend sekali untuk buat stok beku atau letak dalam bubur.

Untuk Mash potato
- Kentang, keledek rebus sampai empuk
- Blend dengan kismis dan stok ayam dan sikit isi ayam sampai lumat
- Gaulkan dengan cheese parut atau unsalted butter (OPTIONAL)

Untuk Gravy
- Kurma dah rendam kupas kulit dan buang biji. Gaul dengan chicken stock.

Siap dan boleh hidang!

Resepi 3 : Bubur Ayam


Bahan-bahan/ cara buat:
Isi Ayam
Celeri
Carrot
Beras
Air
Olive Oil

- Isi ayam, celeri, Carrot dan olive oil fa masak dulu buat sup.
- Masak bubur dalam periuk bila hampir masak campurkan sup dalam tu dan blend sampai lumat. Boleh je taknak blend if guna beras yang dah memang kisar halus. Carrot tu boleh jadikan finger food untuk baby. Pastikan carrot tu empuk supaya tak tercekik.

Resepi 4 : Strawberry Oat


Sebab strawberry banyak beli masa pergi Cameron jadi ni lah hasilnya.

Bahan-bahan/cara buat :
Rolled oat
Fresh Strawberry

- Rolled Oat rendam semalaman kasi kembang.
- Masak sampai kembang (fa guna rolled oat organik)
- Strawberry cuci buang tampuk dan kukus sekejap.
- Blend sampai halus/ jadi puree
- Gaulkan oat & strawberry.
- Siap dan hidang!

Resepi 5 : Cheezy Pasta


Resepi ni fa dapat dari FB. So far airis memang suka pasta. Lagi-lagi kalau letak cheese. Cheese ni fa guna cheddar yang block sebab kurang masin dari yang slice.

Bahan-bahan/ cara buat:
Pasta Heinz
Cheddar Cheese

- Masak pasta dengan sikit olive oil sampai empuk.
- Toskan dan parutkan cheddar cheese
- Blend untuk senang baby makan.

ok takat ni je fa share. Ada banyak lagi sebenarnya nanti esok-esok fa share lagi resepi ye.
Selamat mencuba!

2 comments:

  1. sedap nye menu dak tecik ni...

    nak sikitttt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu mamy buat bento macam achik wawa buat!! hihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...