Nuffnang

Wednesday, October 29, 2014

Apa itu JERAGAT (PIGMENTASI) dan Rawatannya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Biasalah kalau umur semakin meningkat. Kulit yang dulu gebu dah semakin hilang kenjalannya. Kalau anda perasan, semakin hari umur meningkat, kedutan, pigmentasi dan jeragat semakin ketara kan? Tapi ape jeragat ni? Pigmentasi pulak macam mana rupanya? Disebabkan dua jenis masalah kulit ni berkaitan, jadi fa pon google untuk tahu lebih lanjut dan jalan penyelesaiannya.

JERAGAT



● Sejenis penyakit kulit.
● Terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
  •  Seborrhoeic keratoses - Timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup
  •  Melasme - Tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. 
  •  Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan leher.
● Jeragat tidak merbahaya tetapi akan membuatkan kulit nampak kusam dan kotor
● Selalunya jeragat dapat dihapuskan melalui kaedah pembedahan atau sapuan krim.
● Individu yang berumur 40 tahun keatas berisiko untuk mendapat jeragat.

Punca Jeragat
  • Terdedah pada punca matahari terik (langsung atau tak langsung)
  • Pengambilan ubat-ubatan (pil hormon, pil menopause)
  • Keturunan
  • Pengunaan alat kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
Jeragat adalah masalah kulit biasa dimana sekiranya tidak diberi rawatan akan jadi lebih serius dan boleh menyebabkan kanser kulit. Jeragat membuatkan kulit nampak kusam, kering dan tidak bermaya. Jeragat selalunya terjadi pada wanita dengan tona kulit keperangan, sawo matang, kuning langsat adalah berisiko untuk mendapat jeragat dan jeragat akan nampak ketara pada mereka yang berumur 25-50 tahun.

Rawatan Moden Jeragat 
1)Pengelupasan Kimia
2)Laser
3)Mikrodermabrasion dan HV Iontophoresis.
4)Krim dan Sunblock

Rawatan Traditional (sesuai untuk jeragat yang ringan)
1) Sediakan beberap helai sirih muda dan simpan di dalam peti sejuk.Setiap pagi ambil sehelai dan gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

2) Ambil 2 inci daun betik,1 genggam beras,air dan 1 inci kulit kayu manis.Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman.Setelah ia kembang,kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis.Setelah siap,sapukan diseluruh muka anda dan biarakn ia kering lebih kurang 20 hingga 30 minit.Kemudian,lembabkan muka anda,gosok(seperti skrub) dan cuci.Gunakan air suam untuk menyegarkan kembali kulit wajah.

3) Ambil putih telur,rendam tisu dalam putih telur dan tekapkanpada muka anda sehingg tisu menjadi kering.Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

4) Gosokkan hampas kelapa diseluruh muka anda.Biarkan selama 15 minit atau lebih.Amalkan selalu.Jeragat anda akan hilang dan kulit muka akan menjadi halus dan gebu.

Rawatan Alternatif yang bantu mengurangkan jeragat dan menghalang pembentukan jeragat yang baru. 




● VITAMIN C
-Penting dalam pembentukan kolagen.
-Ramai wanita mengamalkan produk kolagen namun dengan hanya dengan makan makanan yng tinggi kandungan vitamin c membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.


● VITAMIN E
- Pengambilan vitamin E dikatakan dapat melambatkan proses penuaan
- Vitamin E juga membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit
- Terkenal sebagai Vitamin awet muda yang membantu mengurangkan kesan kulit jeragat dan kusam.


● ESP (Protein) 
- Terbukti membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat) yang sukar dihilangkan jika tidak mendapat protien yang cukup yang membantu penghasilan sel kulit yang baru.

Selain itu, dengan minum air yang mencukupi sangat penting dalam pengaliran darah dan memudahkan penyerapan semua nutrien dari sumber makanan. Kekurangan air akan buat kulit menjadi kering dan mengundang kepada masalah kulit.

Lain-lain supplement yang membantu mengurangkan dan menghapus pembentukan jeragat.

GLA Complex


Collagen Powder Shaklee


✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 bagi semenanjung & RM20 bagi Sabah & Sarawak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...