Nuffnang

Saturday, April 11, 2015

Rawat anak selsema dan batuk cara alami (natural remedies)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Alhamdullilah malam tadi airis tidur lena. Dah 5 hari lepas demam tu dia kena selsema & batuk setiap malam sampai susah nak tidur. Fa pun memang tak tidur lena. Kejap-kejap bangun sebab nak tenangkan airis yang susah nak tidur mungkin sebab hidung yang tersumbat.
Rabu hari tu fa pergi jugak klinik. Fa lebih suka pergi klinik yang memang khas untuk kanak-kanak. Area rumah fa kat sri petaling ni ada 1 klinik kanak-kanak kiddicare. Ye lah, kita memang boleh pantau  kesihatan anak kita sendiri tapi pergi klinik untuk chek tahap kesihatan dia. Alhamdullilah doktor cakap peparu airis ok, so takde infection atau asma, cuma hidung dia tersumbat sebab tu dia susah nak bernafas. Doktor cakap airis ade resdung.
Ye, resdung pada bayi/kanak-kanak tu normal doktor cakap. Fa pun 1st time dengar. Resdung ni penyakit keturunan. Fa pun ada, suami pun ada jadi airis memang akan ada. Resdung airis ni doktor cakap akan hilang bila dia masuk 2 tahun atau pun dia akan on off. Persekitaran, bulu binatang, habuk, hama semua ni punca. Paling teruk jadi waktu malam. Bila malam je airis mesti tidur berbunyi/berkeruh (bunyi macam lelaki dewasa tidur)
Sian airis, tapi doktor cakap memang tak boleh buat ape selain dari beri ubat.
Ok ubat... selagi boleh elakkan fa elak. Cum kalau dah teruk terpaksa jugak kan. Ok macam kes airis dia tak teruk sangat. Fa cuba buat natural remedies. Sharing dari kawan-kawan dan pembacaan.

Steaming & percussion

ehsan - google
Steaming atau wap ni bagus sebenarnya. Clearkan rongga-rongga yang tersumbat tu. Doktor sendiri cakap elok dibuat cuma sanggup dengan tak sanggup. Pengalaman fa buat ni dah banyak kali cuma tak menjadi sebab tak sanggup nak tengok airis meronta menangis melalak tapi.. takde pon hingus keluar. Hais. Tapi bila airis dah besar ni senang sikit. Sanggupkan jugak sebab lagi tak sanggup nak dengar dia sesak nafas, batuk, berkahak.
Steaming yang bagus dibuat selama 10-15 minit. Hati kena kental. Kalau tak kental mintak tolong suami buatkan. Kipas ke aircond ke kena off kan supaya wap tu stay je kat situ.
Korang kena sediakan air panas (elok kalau yang baru masak), baldi, garlic (optional - antiviral/antibakteria), kain.

selepas 15 minit airis kena steaming hingus kahak semua keluar.
Air panas, garlic letak dalam baldi. Tonggengkan anak supaya muka anak terkena wap panas. Jangan terlalu rapat cukup asal wap tu boleh sampai kat muka. Selubungkan dengan kain dan tepuk-tepuk belakang badan dengan tepukan percussion.
Bila anak menangis, segala wap-wap tu akan masuk dalam rongga-rongga dia dan memudahkan kahak itu untuk keluar.
Pastikan korang sedut hingus - hingus tu supaya takde tang tersumbat. (guna penyedut hidung)


Garlic oil
Selalu fa hanya sapu vicks, minyak kayu putih dekat airis, tapi garlic oil ni lagi bagus. Bawang putih ni memang terkenal dengan sifat anti viral. Mampu melegakan batuk, asma dan selsema.


- Cucukan 3 ulas garlic dengan kulit dekat lidi satay - bakar dekat api sampai kulit tu terbakar.
- Lenyekkan dengan olive oil & habatussauda
- Tapis dan ambil minyak sahaja.

Boleh je kalau nak blender. Ikut kesenangan masing-masing. Garlic oil ni boleh simpan dalam 2 3 hari. Fa selalu buat untuk sekali guna. Kalau buat banyak-banyak takut basi.
Sapu garlic oil dekat belakang badan, dada, betis dan tapak kaki anak. Setiap malam sapu & urut -urut  dekat tapak kaki dan pakai kan stokin, juga sapu dekat tulang hidung ke ubun-ubun selawat 3 kali & doa semoga Allah segera sembuh & keringkan selsema anak. (Doa ibu kan mustajab - insyaAllah)

Sup Antibiotik
Resepi ni fa dapat dari google. Setiap hari fa buat sup ni cuma lainkan isi. So far sup ni airis makan berselera. Selsema & batuk pun makin kurang.

3 bunga lawang
3 biji pelaga
Lada hitam
Celeri
3 ulas bawang putih (ketuk/hiris)
2 ulas bawang merah kecil (hiris)
Carrot
Isi ayam/ikan/ikan bilis
Masak macam masak sup. Hidang dengan bubur kosong atau nasi putih.
**Selalu fa masak bubur fa letakkan sekali biji habatussauda & titiskan olive oil.

Ni antara 3 cara yang fa buat selama airis demam, kena kerapkan buat sebab agak ambil masa berbanding kalau kita beri mereka ubat. Percaya lah cara ni lagi baik dari beri anak kita ubat sintetik tu. BANYAK lagi natural remedies yang korang boleh cuba, macam garlic/lemon socks, minyak lemon & garlic, sapu kunyit kat hidung macam-macam lah ikut keserasian.

Selain cara-cara ni, fa konsisten beri airis OMEGA GUARD & VITAMIN C CHEWABLE. Sebiji sehari untuk kekalkan tahap imun badan dan kurangkan keradangan akibat batuk dan selsema. So fa vitamin ni sangat membantu baikan selsema dan batuk airis.

Pastikan kerap breastfeeding dan beri lebih air masak. InsyaAllah.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

Shaklee ID (949399)
SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan sekitarnya
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.
** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak
**HARGA BARU BERKUATKUASA 1APRIL 2015**

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...