Nuffnang

Monday, October 26, 2015

Bawal AJ (Aidijuma) Berhantu?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Asik cerita pasal Shaklee je kan, hari ni fa cerita pasal hijab. Fa pernah jual hijab. Hijab ni ikut trend. Cepat je trend & design baru keluar. Sekarang ni kalau ade artis baru pakai hijab akan keluarlah trend hijab artis tu. Macam-macam design sekarang. 1 muka, 2 muka, ikat bawah, Hanis Zalikha macam-macam la.. Fa takde lah ikut trend sangat. Fa pakai ape yang ade je. Janji senang nak pakai, murah, tutup aurat.

Siapa yang peminat bawal AJ kat sini angkat tangan!! Fa bukan lah peminat bawal. Dulu pon pakai bawal masa skolah sebab trend shawl lilit-lilit & instant shawl masa tu belum ade lagi. Ingat tak bawal dulu-dulu siap ade renda & kerawang-kerawang kat belah bawah dia. Kalau tahu sesiapa nak balik kelantan mesti kirim beli bawal. Entah lah zaman tu fa tak berhijab jadi ape je trend atau gaya lilitan fa tak amek pot sangat. 


Bawal Aidijuma atau AJ ni diasaskan oleh Datin Juma (siapa yang tak kenal sapa datin juma ni bolehlah tanya kat uncle Google ye). Masa tengah bermulanya fenomena bawal AJ ni fa pon takde lah ambik pot sangat. Sebab memang tak minat bawal. Fa rasa kalau pakai bawal tu muka pelik. Muka fa ni lebih kena pakai shawl. Tengok kat facebook orang share ramai yang sanggup tidur depan butik AJ semata nak grab yang new release.. fanatik sangat sampai camtu skali. Jadi fa pon start beli 1 AJ white label (Ok AJ ni ade banyak label. Setiap label diketegori ikot kualiti kain & harga pon lain-lain) White label (WL) ni yang paling murah diantara semua label & kain pulak keras sikit so siapa yang newbies tu boleh beli WL sebab senang nak bentuk. (ikot masing-masing)


Lepas satu bawal AJ yang fa beli.. hari ni fa dah ade 18 helai bawal AJ macam-macam label termasuk bawal Blossom (BBS- under Aidijuma jugak) kat atas tu antara AJ yg fa ada. yang latest fa beli memang bawal Blossom. Lainnya bawal ni dia boleh pakai dedua belah. Setiap belah lain-lain corak. Jadi jimat sikit lah kalau beli. hehehhe


Gamba atas ni 1st bawal AJ fa beli. Fa takde lah fanatik sangat dengan bawal ni. Tapi ape yang fa boleh komen, fa yang tak suka pakai bawal boleh terus jatuh cinta dengan bawal AJ sebab bila pakai tu memang sedap je. Senang terbentuk & bawal ni bukan je kena pakai lipat segitiga je, tapi boleh buat macam-macam style. Kalau peminat bawal AJ mesti korang dah diAdd kat banyak FB closegroup AJ kan :) Selai AJ yang HOT atau dapat permintaan ramai orang boleh markup sampai berpuluh-puluh ringgit walaupun harga beli RM10 selai. Gila tak gila. Sebab tu orang jual AJ cepat untung...

Setiap design bawal AJ hanya keluar skali je. Lepas tu takde dah ulang tayang. Sebab tu lah kalau ade design yang korang miss, bila korang nak beli walaupun prelove harga dia mungkin akan jadi 2x ganda. Itu yang fa tau. Fa ni beli ikot mana yang nak je. Takde lah sampai nak hunting-hunting design yang Most Wanted tu. Takde kerja pulak kan.. 

Sebab itu fa cakap Bawal AJ ni berhantu. Datin Juma memang pandai market. Tengok dia jadi model tudung dia sendiri kita terus nak beli. Sebab dia pakai cantik je. Kena dengan muka dia. Simple but nice.. Bila fa pakai pon kadang-kadang fefeeling Datin Juma.. muahahah walaupun muka cam Datin Jemah. Sekarang ni sampai ke Airis pon dah tau AJ. En.Suami yang taj tahu ape tu AJ siap belikan untuk isteri dia ni.. sayanggg babah!!


Siapa yang teringin nak pakai bawal atau nak jadi salah sorang AJriance cam fa, boleh ler klik kat web AidiJuma  tapi kena cepat sebab sekelip mata je boleh sold out. Takpun boleh beli kat mana-mana Concept Store AidiJuma yang berhampiran atau pengedar AJ 

Fa tak jual AJ ye. Fa pembeli & pemakai AJ sahaja. heeeeeeeee...
Nak beli Shaklee baru cari fa tau! 

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿





SMS/WhatsAPP/Telegram 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & pertanyaan mengenai produk Shaklee. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi, Bandar Tasik Selatan, OUG dan sekitarnya

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu


Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 30% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya **RM68.90 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

** Tidak termasuk Kos Penghantaran RM10 .60 bagi semenanjung & RM21.20 bagi Sabah & Sarawak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...