Nuffnang

Friday, August 29, 2014

Kupasan Set Bersalin Shaklee dari aspek perubatan oleh Dr.Zubaidi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa terbaca satu artikel dekat blog Dr.Zubaidi mengenai Set Bersalin/pantang Shaklee.

Diharap perkongsian ini dapat membuka mata ramai ibu-ibu untuk berpantang secara moden dengan Shaklee. Fa pengamal tegar Supplemen Shaklee ni masa pantang. Walaupun moden tapi amalan pantang traditional jangan dipinggirkan pulak ye.

Sedikit sebanyak mengenai Set Pantang Shaklee dari aspek perubatan dari pandangan Dr.Zubaidi.


KEBAIKAN SET BERSALIN SHAKLEE DARI SEGI NUTRISI UNTUK PEMULIHAN IBU BERPANTANG.

1. ZAT BESI (IRON) - VITALEA WITH IRON
Ibu menyusukan anak memerlukan antara 25- 27 mg sehari.
Kekurangan zat besi boleh mengalami rasa mudah penat, rasa sukar bernafas, dan senang diserang dijangkitan kuman.

2. VITAMIN B - B COMPLEX with ASID FOLIC
Vitamin B mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting bagi menukarkan makanan menjadi tenaga.
Asid Folic, B6 dan B12 membantu kesihatan jantung dan saluran darah dengan merendahkan tahap homocysteine dalam darah.

3. VITAMIN C
Ibu yang kurang Vitamin C akan rasa mudah penat, cepat marah dan mudah mendapat penyakit meroyan.
Sendi dan otak akan berasa sakit dan mudah mendapat lebam jika terlanggar meja atau dinding.
Gusi berdarah dan jangkitan pada gusi, rambut gugur kulit kering dan mudah jatuh sakit antara masalah yang diamalami oleh ibu yang kekurangan vitamin C.

4. ZAT ZINK - ZINC COMPLEX
Wanita yang berpantang akan mudah demam dan diserang pelbagai virus dan bakteria.
Zinc diperlukan untuk meningkatkn sistem daya tahan melawan penyakit.
Zinc penting dalam pembentukansel sel yang telah rosak semasa kehamilan dan proses kelahiran. Juga membentuk kolagen bagi menyembuhkan luka dengan cepat.

5. KALSIUM - OSTEMATRIX
wanita menyusukan anak memerlukan sebanyak 1,000 mg hingga 1,500 mg kalsium sehari.
Kalsium sangat penting dalam memperbaiki fungsi saraf bagi megelakkan rasa kebas kaki dan tangan dan mempercepatkan pengecutan otot rahim agar kembali ke saiz asal.
Kalsium sangat penting untuk pembentukan gigi dan tulang pada bayi yang disusukan.

6. PROTIEN - ESP
Kacang soya mempunyai kandungan protien yg tinggi dan sangat diperlukan dalam pemakanan dan bayi yang menyusu akan mendapat faedah yang banyak.
Protien akan merangsang pertumbuhan fizikal dan mental dan menyebabkan bayi akan cepat membesar dan menjadi cerdik.
Tidak mengandungi kolestrol sesuai untuk wanita yang berpantang.
Wanita hamil memerlukan sekurangnya 70g protien sehari.

Baca lagi di :
http://drzubaidi.com/blog/set-bersalin-shaklee-kupasan-dari-aspek-perubatan/

Dapatkan Set Berpantang Shaklee anda hari ini juga.

#pengedarshakleesripetaling
#shakleemalaysia

Farah
012-3841916

Tuesday, August 26, 2014

RESEPI BAYI : STOK & PUREE AYAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa dapat cara buat ni dari blog Ummierna. Stock atau puree ayam ni boleh guna masa masak bubur sebagai salah satu bahan dalam bubur baby anda selain jadikan sebagai bahan perisa. Senang tak payah tunggu ayam nak lembut & masak. Campak je dalam bubur nasi..tunggu bubur masak.hidang dah boleh makan.


1) Ayam tu ambil yang isi je. Basuh & cuci bersih-bersih. Fa siap cuci dengan tepung supaya hilang bau hanyir ayam.


2) Rempah 4 sekawan (Bunga cengkih,bunga lawang,kulit kayu manis & pelaga) & sebiji bawang besar. (ada yang guna bawang kuning) Kalau suka boleh letak celeri sebatang. Masa buat stock ni fa tak letak celeri. Lupa nak beli.


3) Rebus semua dalam periuk sampai ayam masak.


4) Lepas ayam dah masak, asingkan ayam dan semua bahan-bahan perisa. Ambil isi ayam, sikit air rebusan & sikit celeri blend sampai lumat.


5) Bekukan. Dah siap! 
Air rebusan yang lebih tu boleh jugak simpan sebagai stock untuk masak bubur nanti.
(gamba kat atas tu puree yang fa dah siap bekukan & transfer bukas untuk simpan dalam freezer)

Selamat Mencuba :)

Sharing Is Caring


Airis 8 Bulan : Makanan Bayi 8 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bila Airis dah masuk 8 bulan, dalam kepala ni dah start nak cuba resepi yang lain pulak.
Dulu masa 6 bulan sibuk buat puree buah & sayur, Masuk 7 bulan sibuk dengan bubur nasi, oat & pasta. Sekarang 8 bulan dah boleh makan makanan yang lain-lain pulak macam keju, yogurt dan berries.

Setakat ni airis dah lepas beberapa test makanan dari dia 6 bulan. Fa tak bagi sekaligus, fa asingkan sikit-sikit ikut bulan. Supaya perut airis tak terkejut. Tapi jangan lupa 4 day rules ye semua supaya kita boleh detect makanan mana yang anak kita elergi. Setakat ni senarai makanan yang Airis dah lulus.

BUAH:
Apple
Pear
Mangga
Pisang
Strawbery
Jagung
Kurma
kismis
Avocado
Orange - fa cuma masukkan dalam Food Feeder & airis isap jus orange tu je.

SAYUR:
Carrot
Bayam
Brokoli
Sweet Potato
celeri
Kentang
Tomato

LAIN-LAIN:
Bubur Nasi
Nasi Ayam
Ayam
ikan bilis
Ikan (Ikan merah)
Roti bakar
Pasta
Oat

Fa tak bagi airis makan kobis bunga & pumpkin lagi sebab 2 benda ni macam berangin sikit. Jadi bila airis dah masuk 8 bulan ni baru fa nak cuba. Betik pun belum bagi sebab asik lupa je nak beli betik. Jadi betik boleh masuk list.

Bila baby dah masuk 8 bulan ni, seronok sikit lah kan sebab ibu-ibu semua dah boleh nak tumis menumis. Dah boleh bagi banyak pilihan makanan sikit. Macam Airis alhadullilah dia bab makan senang sikit. Tak banyak songeh. Kira bagi apa je pon dia makan & tak timbul masalah macam ruam ke, sembelit ke atau kembung perut yang kronik.


LIST makanan Airis untuk 8 bulan:
Papaya
Kiwi
Plum
Pumpkin
Kobis Bunga 
Tofu - Tahu lembut & kena kukus.
Peas - Boleh beli yang frozen.
Cheese -fa baca better cari Cheddar Cheese yang block. Jangan yang slices sebab kandungan garam yang tinggi. Tapi kalau tak jumpa yng block boleh je kot bagi cheesedale tu tapi sikit je lah.
Yogurt - Plain yogurt bukan yogurt buah2an
Daging - mama kata rebus daging & ambil stock buat bubur.
Barli - Untuk barli fa dah beli yang organik. Belum masak je lagi.

Setakat ni fa still belum bagi airis garam & gula. Walaupun mama banyak kali cakap, letak garam sikit baru sedap.. letak gula sikit baru ada rasa. Jawapan fa still NO! Jadi untuk gantikan bahan perisa semua tu fa gunakan :

Kurma & Kismis - gantikan gula
ikan bilis - Perasa
Cheese - gantikan garam.

Mommies boleh jugak taburkan serbuk kayu manis dekat makanan baby kasi bau sedap je. Tapi fa belum cuba. Nanti dah cuba fa share resepi ye.

Makanan yang mak masak mesti lagi sedap kan? Jadi rajin-rajin lah kedapur masak untuk baby anda. Seronok tau bila tengok anak anda berselera makan masakan yang anda masak tu.
Kalau mommies yang berkerja. Boleh buat puree siap-siap weekend tu, Beras blend kasi halus. Buat stok ikan bilis. Beli slow cooker. Campak je semua senang kan?

Ok nanti fa share resepi lain pulak.

Sharing is Caring

Sunday, August 24, 2014

Resepi Bayi 7 dan 8 Bulan : Pasta & Bubur Oat

Hari ni fa nak kongsi resepi pasta & Oat. Kalau baby dah lepas 7 bulan tu dah boleh makan benda lain selain bubur nasi. Macam Airis memang faveret dia bubur nasi tapi macam selalu sangat makan bubur so fa pun cuba cari resepi lain nak bagi dia makan.

1) Pasta Stars Heinz

Pasta bentuk bintang ni fa beli kat pasaraya jenama Heinz. 

Heinz baby pasta stars (7mth++)
Pasta ni nak masak sama je macam masak Spageti cuma fa pastikan pasta ni masak betul-betul lembut supaya senang nak lenyek time bagi airis makan sebab airis takde gigi lagi & bagi jangan tercekik. 
Masak dalam periuk sampai kembang & lembut
Lepas kembang & masak, sejukkan sekejap. Then boleh lah buat sup/gravy/sos untuk pasta ni. Macam fa, sebab fa belum lagi kenalkan Airis dengan tomato + tomato takde, yang ada cuma puree carrot, jadi fa gaulkan je puree carrot dengan pasta ni. Bau memang menyelerakan. Airis suka pasta. Lain kali boleh tukar-tukar bubur nasi dengan pasta kasi tak berapa bosan.

Pasta dah masak sebelum letak puree carrot.
Selain puree carrot, boleh je letak puree lain-lain dengan pasta ni. Kalau buat pasta sup lagi sedap kan. Sup sayur ke, sup ikan ke, sup ayam ke baru selera anak nak makan. :)

2. Bubur Oat dan kurma kismis
Masuk je bulan ke 7, fa dah siap-siap google resepi bubue oat. Oat ni kaya dengan vitamin & baik untuk baby. Fa pilih rolled oat organic. Ada je yang fa baca guna Quaker Oat. Mana-manalah boleh je.


Kenapa Rolled Oat bukan oat biasa? Sebenarnya mana-mana oat sama je, cuma rolled oat ni saiz dia besar sikit dari oat yang biasa dan perlu dimasak. Fa prefer yang masak dari oat segera. Tapi kalau nak travel boleh beli Instant Organic Oat. Letak air panas jimat masa kan, tak perlu masak-masak.

Sama macam Brown Rice, Oat ni kalau nak masak kenalah rendam semalaman untuk memudahkan proses penghadaman bayi. Lagi pun oat atau beras yang dah direndam akan jadi lembut sikit. Tapi fa rendam tak lah semalaman. Sekejap je memula tu. Ok lepas ni rendam semalaman sebelum nak masak esoknya.

Masak sampai kembang

Kurma & Kismis tu cuci dan rendam dalam dalam air panas 5 minit, masukkan dalam oat yang tengah masak, masak sekali sampai kurma & kismis tu sebati dengan oat. ( Kurma buang biji & kulit ambil isi sahaja)


Bila dah masak, sejukkan dan blend sampai halus. Oat ni memang likat sikit. Kalau rasa macam likat sangat boleh letak air masak atau susu ibu.

Rupa oat kurma kismis lepas blend

1st time makan oat ni muka airis pelik-pelik sikit. Makan pun lambat je. Tapi bila dah dua kali makan dia dah boleh terima sikit. Selain Kurma & Kismis, boleh je campur dengan puree buah lain. Mangga ke,epal ke pear ke kan kasi lain-lain rasa supaya baby tak bosan.

Jangan terkejut tengok baby lancar je pembuangan dia. Airis lepas makan oat ni mesti buang air besar. Selagi yak yak dia tak cair sangat & kerap sampai kembung perut maknanya baby anda lulus ujian makan Oat.

Ok nanti fa share lagi ye.
Happy reading :)

Sharing Is Caring.

DAPATKAN GLA SHAKLEE SEKARANG!
BUY 6 FREE 1 (Boleh kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara tak rugi pun..untung lagi ada..heheh)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Wednesday, August 20, 2014

Apa itu GLA COMPLEX dan Kebaikannya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

2 Bulan lepas fa start add GLA Complex dalam pengambilan supplemen fa sebab lepas bersalin period memang tak teratur. Selalunya kalau wanita tu fully breastfeed, tak akan datang period yang agak lama. Tapi macam fa, lepas je nifas fa terus datang period. Mama kata normal sebab ikut hormon setiap wanita tu. Memang period tapi kitaran period fa tunggang langgang. Kadang cepat, kadang lambat. Selain nak stabilkan period, Gla pun boleh betulkan kitaran hormon jadi dapatlah kita nak mengagak waktu subur kita sekaligus dapat menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
(Orang yang period awal lepas bersalin & menyusu badan i orang cakap subur dia lain macam sikit)



Apa itu GLA?

Pada kurun ke-20 ahli saintis Jerman mengetahui bahawa minyak daripada biji evening primrose boleh diekstrak dan hasil analisis mendapati bahawa minyaknya kaya dengan asid lemak perlu (EFAs), iaitu linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA).

Kandungan EPO yang kaya dengan GLA ini semakin mendapat perhatian dan kajian tidak terhenti begitu sahaja, malah kini ia dikenali dan digunakan di seluruh dunia. Keajaiban dan kemujaraban kandungan minyak evening primrose ini mendapat pengiktirafan banyak pihak untuk menyokong kegunaannya ke atas beberapa masalah kesihatan.

Asid-asid lemak perlu (EFA) adalah kumpulan lemak politaktepu yang penting untuk fungsi tubuh. Ia diperlukan untuk menukarkan linoleic acid kepada GLA. Jadi, Shaklee memudahkan anda. Shaklee telah pun mengekstrakkan GLA daripada EPO untuk terus digunakan oleh badan.
GLA juga merupakan bahan binaan bagi prostaglandin.

EPO (Evening Primerose Oil) tentunya dah sangat sinonim dengan wanita. EPO ini sangat baik untuk hormon dan juga kulit. Oleh sebab itu, Shaklee telah memperkenalkan sesuatu yang lebih baik dipanggil GLA COMPLEX

Nak tahu kebaikkan GLA Complex ni?? Jom baca kat bawah ni ye.

. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.

DAPATKAN GLA SHAKLEE SEKARANG!
BUY 6 FREE 1 (Boleh kongsi dengan kawan-kawan dan saudara mara tak rugi pun..untung lagi ada..heheh)

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



Saturday, August 2, 2014

PROMOTION AUGUST 2014 - GLA COMPLEX

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Macam biasa lah setiap bulan Shaklee akan buat Promo Buy 6 Free 1 offer. Jadi untuk bulan ni Shaklee buat offer GLA COMPLEX!


khasiat dan kebaikan GLA COMPLEX SHAKLEE
    • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
    • Membantu meningkatkan kesuburan 
    • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
    • Membantu dalam menangani menopus 
    • Menguatkan kuku dan rambut 
    • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    • Membantu menangai ekzema 
    • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
    • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
    • Menguatkan imuniti tubuh 
    • Memperlahankan proses penuaan 
    • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
    • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
    • Mengawal kolesterol 
    • Untuk fungsi saraf
Manfaat utama Gla Complex:

1) Melambakan menopous - membaiki keadaan menopous seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, deprasi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan mengetatkan uterus memberi tone kepada uterus untuk membaiki kulit lebih muda.
2) Menentang kanser - GLA anti oksidan yang meingkatkan sistem imun tubuh dan menghalang sel tumor & kanser
3) Memperbaiki inflamasi kulit- mengulangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan kulit kering, membaiki bintik penuaan, tinea, kurap, ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi akibat rheumatisma artritis.
4) Menghalang kompilasi diabetis - mengurangkan gula dalam darahberkesan untuk diabetis semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan sakit disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
5) Pelangsingan & menghalang penambahan berat badan - merendahkan kolestrol, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yg ideal dan cantik.
6) Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, membaiki tekanan darah tinggi dan mengelakkan serangan jantung.
7) Membaiki teksture rambut - membaiki rambut kering dan gugur.
8) Mengawal selia estrogen dan testosteron - mengawal selia hormon lelaki & wanita, memperbaiki simptom PMS seperyi kesakitan, mood swing retensi air dan sakit payudara.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Friday, August 1, 2014

Cara Persediaan Makanan Bayi untuk Berjalan Jauh

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Memang pening kepala kalau fikir nak balik raya tapi macam mana nak prepare makanan Airis? Yelah kat kampung sibuk nak masak kat dapur orang ramai lagi macam mana nak uruskan makanan Airis?

Benda yang kena prepare dan perlu ialah:

1) Food Jar / Termos
2) Cooler Bag
3) Ice pack
4) Warmer
5) Botol Air - Air masak
6) Biskut Bayi
7) Slow Cooker

Sebab Airis hanya makan bubur nasi dan puree homemade, benda pertama yang fa kena cari ialah FOOD JAR/ TERMOS. Ok food jar atau termos ni untuk fa simpan bubur airis bila dalam perjalanan agar bubur tu sentiasa panas-panas suam. Elakkan dari bubur tu rosak atau basi.


Food jar jenama First Choice
Kalau beli jenama Termos tu dah sah-sah memang bagus dan mahal. So masa fa jalan-jalan dekat supermarket Giant, Fa usha-usha gak Food Jar dekat situ. Nak berbudget punya pasal, fa capai Food Jar Jenama "First Choice" (Rm20++) Nama pun yang budget kan, malam tu fa cuba letak air panas dalam tu nak tengok berapa lama food jar tu boleh tahan panas. Menakjubkan sebab memang panas sampai sahur. Lepas tu fa cuba pulak letak air sejuk memang sejuk sampai petang! Memang alah membeli menang memakai.

Puree untuk stok seminggu fa letak dalam plastik storage untuk jimat ruang dalam freezer dekat kampung nanti.

COOLER BAG ni sangat membantu kalau katakan lah sampai kampung fridge penuh takde tempat nak simpan puree beku. Puree beku dalam cooler bag boleh tahan 24Jam. Fa bawa kiub-kiub puree tu memang cukup-cukup untuk stok seminggu. Bubur Airis selalu fa masak untuk makan sehari, paling lama pun takat makan 2 hari. Jadi puree tu akan kerap guna untuk bubur. Kenapa puree bukan sayur fresh? Tak kesah lah, tapi sebab fa masak guna slow cooker, fa rasa lagi senang kalau guna puree. Campak-campak siap. tak payah dah nak blend-blend.

Kalau ada Cooler Bag, mesti ada Ice Pack kan? Ice Pack tu sangat membantu jugak. Fa guna Jenama Autumz je. Boleh beli kat kedai-kedai baby atau cari je ice pack yang dalam botol bersepah jual kat supermarket. Yang tu tahan lama sikit kot dari paket-paket macam ice pack Autumz.



Kegunaan Warmer sangat membantu bila kita travel jauh. Cari warmer yang boleh plug-in dalam kereta. Macam fa guna warmer jenama Autumnz. Masalah warmer ni yang sampai sekarang fa rimas ialah pemanasan ambil masa lama. Kalau untuk panaskan Breast Milk mungkin oklah sebab nak panaskan breastmilk kena suhu yang betul. Kalau bubur nasi tak kesah suhu camne janji suam-suam panas untuk bagi bayi makan. Kalau kat rumah, fa lebih suka panaskan makanan Airis dalam air panas je, lagi cepat. Tapi kalau susah nak cari air panas time tengah kelam kabut kat rumah tu, fa makesure panaskan makanan Airis awal sikit sebelum time makan dia.


cara panaskan tanpa guna warmer
Warmer tu kena pastikan yang boleh plug-in dalam kereta. Maknanya kena ada connector yang boleh cucuk kat Car Lighter dalam kereta. Satu lagi Warmer Auntmnz plug dia bulat, jadi sebelum balik kampung atau pergi travel tu pastikan anda bawak extension plug supaya tak kelam kabut nak mencari nanti.
Ehsan-Google
Fa kalau pergi mana-mana mesti bawak satu botol besar air masak. Ye lah, sekarang airis dah start makan, jadi dah boleh beri minum air masak. Fa memang letak siap-siap dalam botol susu dan bawak spare satu botol besar supaya kalau habis je boleh refill. Ni ikut pengalaman fa balik kampung langsung takde air masak. yang ada cuma air filter. Takan nak bagi baby minum air filter kan? Nasib time tu ada air zam-zam. Kalau sempat boleh je sejukkan air panas sebelum nak bagi baby makan. Tapi cara yang paling senang, bawak je dari rumah siap-siap.

Airis memang makan bubur nasi & puree home made. Sesetengah ibu-ibu yang fully breastfeed baby dia tak gemar nak beri anak dia Nestum atau Cerelac sebab manis & ada kandungan susu lembu dalam tu. Sebab kita dah biasa BF baby kita kan, jadi baby mungkin tak biasa dengan rasa yang terlalu manis & ada baby yang alergi dengan susu lembu.

Tapi sebab Airis ni suka makan, suka nak kunyah-kunyah benda, kalau travel jauh-jauh atau pergi jalan mana-mana takkan nak harapkan bubur nasi kan? kadang-kadang airis bukan nak makan pun dia cuma nak mengunyah. So fa try beli Biscotti Heinz. Kenapa bukan RUSK? Rusk ni texture dia keras sikit dari Biscotti. Fa dah try bagi rusk tapi airis macam tak suka sangat. Tapi fa beli juga sebab sebelum balik kampung tu semua supermarket takada stok biscotti. Rusk tu kalau pergi beraya rumah orang, fa akan bancuh dengan air panas jadikan macam nestum. Nak bagi kenyang kan. Tapi tak selalu lah. Kalau terdesak je baru bagi.

So far airis takde masalah makan Biscotti atau rusk. Alhamdullilah. Jadi ibu-ibu sebelum bagi tu cuba sekeping dulu ye tengok tahap penerimaan dan alergi anak anda.


Last sekali SLOW COOKER. Kegunaan Slow cooker ni kalau nak masak bubur senang tak payah guna stove. Slow Cooker fa turun temurun memang slow sangat. Selalu fa akan letak beras, puree dan air dalam slowcooker tu waktu malam esok pagi dah siap masak. Tapi slow cooker sekarang ada je yang ambil masa cuma 30 Minit je untuk masak. Lepas siap masak, sejukkan fa transfer dalam tupperware dan simpan dalam peti sejuk.


Fa hope apa yang fa share dekat sini dapat bantu sedikit sebanyak supaya ibu-ibu tak pening kepala nak fikir cara nak prepare makanan baby untuk travel. Nanti fa share cara fa buat bubur Airis yang tak ambil masa lama untuk masak bagi menjimatkan masa dan buat beras tahan lama.

Sharing Is Caring.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Set Sendi dan Lutut Shaklee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sakit sendi dan lutut memang normal. Terutama mereka yang dah berumur. Tapi fa sendiri mengaku dah sakit lutut sebab Airis yang memang hobi kena kendong tu dah semakin naik berat badan dia.

Mana taknya, sepanjang dah WAHM ni fa buat kerja rumah semua mengkendong Airis, dia macam tahu je mamy dah fully housewife bila letak depan TV tahan berapa minit je dah tercari-cari. Tu lah punca lutut,pinggang segala sendi semakin sakit.

Set Sendi & Lutut Shaklee ni memang BEST SELLER! Set ni fa kerap restock. Punca dari mama yang fa beri set ni & result dia sangat bagus. Dari solat duduk sekarang mama dah boleh solat macam biasa. Alhamdullilah. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam Set Sendi Shaklee ni.


Advanced Joint Health Tablet : Mengekalkan tulang rawan yang sihat.

  • Memberikan manfaat kepada sendi
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Meningkatkan kesan kusyen
  • Kaedah 2: Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee  : Adalah Omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. 

  • Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi, maka ia kurangkan sakit pada sendi. Omega 3 juga boleh jadi pelincir, maka kita boleh bergerak dengan lebih aktif. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat tingkatkan kesihatan sendi berbanding mengambil glukosamina sahaja.

* Glukosamina terdapat dalam Advanced Joint Health Tablet yang diambil dari ekstrak jagung.

Ostematrix : Mengekalkan sel tulang yang sihat.

Adalah pembekal kalsium penting untuk tulang, otot dan ligamen. Ia juga mengandungi Magnesium yang diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Berjalan raya memang seronok. Especially kalau bawa mama, makcik & pakcik beraya jumpa keluarga memang riuh sekampung macam taknak balik. Setahun sekali lah katakan. Jadi hadiahkan Set Sendi ni untuk ibu & ayah anda supaya mereka lebih seronok berjalan time-time raya ni tanpa mengganggu pergerakkan mereka. Insyaallah.

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Cara senang dan cepat masak Bubur Bayi 7 Bulan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Fa nak bayar balik entri yang fa dah janji lama nak share. Actually nak masak bubur bayi ni macam-macam. Masa mula-mula fa buat dulu, fa masak pakai api dapur. Fa ni memang tak pernah lulus masak bubur. Mesti tak cantik je rupa bubur tu. Nasib lah bubur airis ni fa masak pastu blend so takdelah nampak buruk sangat.

Masa masak bubur tu, fa campurkan carrot dan ikan bilis. Pastikan ikan bilis tu buang tulang dia supaya tak terkena kerongkong baby. Sian baby tau. Lepas dah masak, masa nak blend tu, blend sekali dengan kismis (kismis tu fa rendam dengan air panas) Memang banyak step. So fa tanya lah kawan-kawan macam mana nak mempercepatkan lagi process buat bubur ni dan jawapan dia guna Slow Cooker.

Bunyi Slow cooker macam slow je kan, memang slow sebab fa punya ni turun-temurun zaman adik fa baby lagi. Slow cooker fa ni semalaman baru masak. Tapi korang boleh cari yang moden sikit dekat kedai-kedai letrik. 30 minit je dah siap masak bubur korang tu.

Fa guna beras perang wangi jenama Jasmine. Kalau korang tak jumpa, boleh je campurkan beras perang dengan beras wangi. Nak guna beras perang semata pun boleh atau nak guna beras biasa, mana-mana tak kesah pun. Cuma beras perang ni khasiat dia lagi banyak dari beras biasa. Lagi satu sebab nak bubur tu wangi je kasi baby selera sikit makan tu kena campur beras wangi.

Jasmine Fragrant Brown Rice - Rm 7.05 1KG
Cara nak simpan beras supaya tahan lama ialah dengan sangai beras tu. Sangai ni maksud goreng tanpa minyak. Cuci sampai bersih dan toskan beras dan sangai. Fa sangai sampai keluar bau beras tu jangan sangai sampai hangus pulak ye.


Lepas sangai beras sejukkan dan blender. Fa guna blender kering.


Lepas dah blend ayak beras tu supaya dapat texture yang halus. Mana yang kasar tu fa blend lagi. Tapi fa tinggalkan sikit yang kasar campur dengan yang halus supaya bubur airis ade sikit texture takde lah halus sangat kan. Sebab Airis pun dah besar. Tapi ikut korang lah, boleh je kalau nak blend kasi halus macam tepung.


Lepas dah selesai boleh lah simpan dalam bekas kedap udara. Fa buat untuk stok seminggu. Agak-agaklah berapa genggam beras nak sangai. Seingat fa, 5 genggam kot beras fa sangai. Ok tujuan fa blend beras supaya masa masak bubur tu dah tak payah blender lagi. Beras yang dah masak tu memang sah-sah halus dah, lagipun dapat mempercepatkan masa memasak kalau korang guna dapur masak.


Cara nak masak memang senang, Fa letak 2 scoop beras (3- 4 sudu besar) beras dalam slow cooker, Masukan apa-apa puree beku, Ikan bilis dan air. Tunggu masak sejukkan dah boleh bagi bayi korang. Senangkan? Air tu fa agak je. Macam slowcooker fa yang antik ni fa letak separuh periuk air.

Ok dah tau basic masak bubur bayi kan? Nanti fa share resepi bubur lain pulak. Selain ikan bilis, fa pernah campur ayam. Tapi ayam tu masak dulu & buat puree ayam. Nanti fa ajar macam mana fa buat ye. So far cara ni menjimatkan masa dan mudah. Korang boleh cuba lepas ni ye.

Sharing Is Caring

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 15% - 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...