Nuffnang

Sunday, April 20, 2014

Pengedar Set Bersalin, Set Penyusuan, Set Slimming Shaklee area KLCC

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Setiap kali fa pam susu dekat surau mesti ada yang datang Tanya "banyak ke susu dapat sekali pam?" "anak memang fuly breastfeed ye?" "wahhhh banyaknye susu awak. Dulu saya tak banyak pon lepas start makan jamu anak dah langsung taknak menyusu. Terpaksa bagi anak minum FM"

Bila start buat pumping kat surau ni orang yang kita tak kenal & tak pernah bertegur sapa tetiba boleh jadi kawan. Share macam-macam pengalaman. Tu yang best kan. Lagi best fa boleh buat bisness Shaklee ngan mereka.

Fa memang senang kalau COD dekat KLCC. Sebab sambil-sambil bekerja tu boleh lari jumpa customer.

Jumaat lepas fa dapat call dari customer nak kan set pantang. Dia cakap dia baru lepas ceazer & nak supplimen yang boleh buat dia ada energy supaya dapat susukan bayi dia & dalam masa yang sama dapat sembuhkan luka jahitan dengan cepat.

Dalam minggu yang sama jugak ada customer tanyakan tentang Set Slimming Shaklee Alfafa dan Omega.

Esok pun ade COD lagi. Alhamdullilah rezeki. Lagi best dapat jumpa & kenal ramai orang. Jadi anda yang bekerja di KLCC dan ingin dapatkan Supplimen Shaklee boleh hubungi fa untuk temujanji ye. Insyaallah fa dapat bantu anda.

Ok lah fa nak tidur. Airis dah selamat lena dibuai mimpi.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Saturday, April 19, 2014

Power pumping untuk susu yang merundum

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Hari ni fa nak kongsi pengalaman fa buat teknik Power Pumping. Bagusnya Power Pumping ni, boleh banyakkan susu yang kian merundum.Punca - kesibukkan & ke'stress' an berkerja pastu selalu skip waktu pam susu. Cara nak gain balik susu dengan buat "Power Pumping"

Fa ni sampailah susu merundum baru nak hegeh-hegeh buat power pumping. Baru lah nak Tanya-Tanya dekat semua macam mana actually nak buat power pumping ni. Power pumping ni sebenarnya macam mane? Bila dah buat keputusan nak BF secara esklusif jadi fa perlulah belajar cara yang lagi mendalam tentang ilmu-ilmu penyusuan ni. Kali ni fa nak kongsi dengan semua tentang "Power Pumping"

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik pengepam susu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.
Teknik Power Pumping ni sama seperti cara kita mengepam selalu cuma ada teknik yang khas dan ideanya adalah seperti meniru gaya bayi menyusu dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.

Power Pumping ni boleh dilakukan oleh ibu-ibu yang merasakan susu mereka semakin merundum atas factor-factor seperti stress, period, perubahan hormone dan sebagainya. Macam fa, disebabkan factor yang kerap miss waktu pum & tekanan dekat pejabat, yang buatkan susu fa semakin merundum.

Ramai yang masih keliru cara nak buat power pumping ni. Fa pun mula-mula tak faham sangat. Tapi setelah google & blogwalking baru fa dapat sikit ilmu Power Pumping ni. Macam fa, memang fa guna double pumping, tapi dengan bestnya mesin pump elektrik fa tinggal dekat opis. Jadi yang ada sekarang ni single manual pump. Tak salah pun guna manual pump asalkan kita tahu teknik yang sebenarnya.

Bila waktu yang sesuai?

Malam nak ke subuh ialah waktu-waktu yang paling sesuai untuk buat Power Pumping sebab waktu ni lah tahap hormone kita tinggi. Fa perasan kalau Airis bangun nak susu time-time ni, breast fa memang rasa penuh sangat. Jadi pemilihan waktu ni adalah baik untuk start power pumpng.

Kalau anda menggunakan Single Pump, cara dia macam ni:
1) 10 minit pump belah kiri - lepas 10 minit rest & tukar pump sebelah kanan
2) 10 minit sebelah kanan - lepas 10 minit rest & tukar pump sebelah kiri.

Macam tu seterusnya kanan kiri kanan kiri selama 1 jam.

Kalau anda guna double pumping lagi senang. Pump 10 minit rest 10 minit continue sampai 1 jam.

Faham?? Ok teknik ni seelok-eloknya buat dalam 2-3 hari seminggu. Kalau takde masa tu boleh la buat eminggu sekali pada masa yang sama. Contoh anda start hari ni pukul 12 tengah malam. Jadi esoknya pun buat masa yang sama.

Result?
Jangan terlalu fikirkan result. Penghasilan susu sebenarnya bergantung pada individu. Macam fa 1st time buat Power Pumping fa cuma dapat 5 oz untuk 4 kali sesi pump selama sejam. Ada orang boleh dapat sampai berbelas-belas oz. Tapi tu tak putuskan semangat fa untuk buat & teruskan Power Pumping sebab fa hanya buat yang terbaik untuk Airis.

Masa start pump belah kiri ke kanan memang hasil banyak, tapi bila 2nd round kadang-kadang fa hanya pump angin. Tapi fa teruskan jugak sampailah habis satu jam. Tak sabar fa nak tunggu result untuk next sesi Power Pumping. Nak lagi best buat selama seminggu dengan ikhlas. Yakinlah dengan pertolongan Allah & rezeki Allah :)

Nanti next entri fa share hasil dari Power Pumping fa buat ye. Doakan fa ye semua :)



Testimoni Power Pumping dan pengambilan Set B penyusuan dari Shaklee selama 2 minggu. :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Thursday, April 17, 2014

Fully Breastfeed & Datang Bulan?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Seawal airis 3 bulan fa dah kena 1st period selepas Airis lahir. Mula la rasa tak selesa, ye lah kita punya la ingat kalau fully breastfeed ni bukan patut lambat lagi ke nak datang bulan? Pernah dengar orang cakap, kalau fully BF ni kadang-kadang sampai 8 bulan tak period. Kalau kita BF yang baikkannya dapat jarakkan kehamilan. Tapi kalau dah period bukan maknanya telur-telur tu dah terhasil tapi gugur jadi period sebab takde persenyawaan? Apa-apa pun jawapan nya tetap bergantung pada kadar hormon dalam badan kita.

Masalah yang fa hadapi sekarang bila period ni ialah susu merundum. Memang sesetengah individu akan dapati susu akan merundum masa datang period. Tapi fa tak putus asa. Sikit macam mana pun susu yang keluar fa pump jugak untuk Airis. Dalam hati baca doa banyakkan susu & moga Allah berkati & rahmati setiap titis susu yang keluar.

Fa tetap minum ESP & Alfafa untuk regain balik susu yang merundum, Tetap makan B-complex Vita C dan Vitalea untuk kekalkan kesihatan & mood fa sepanjang period. Malam pulak telan Ostematrix dan Omega untuk elakkan dari sembelit & cramp (PMS)

Diantara faktor-faktor yang menyebabkan kembalinya period itu adalah:
  1. Kekerapan bayi itu menyusu
  2. Kekerapan bottle-feeding berbanding breast-feeding
  3. Adakah bayi menggunakan pacifiers
  4. Jangka masa bayi tido yang lebih lama pada waktu malam
  5. Pengenalan kepada makanan pejal dan sebagainya
ok maybe lately fa asik sibuk dekat opis, waktu pump pun fa skip.. fa lambat pump & kalau pump pon mesti nak cepat kejar masa.Jadi breast tak dapat nak produce susu secara normal sebab tu fa period awal banding dengan mereka yang direct feeding & pump ikut masa.

Period jugak akan jadi regular atau irregular. Bulan ni bulan kedua fa period. Masa bulan pertama tu memang regular. Tapi kali ni irregurar. Keluar sikit-sikit hari ke 2 tak keluar sangat. Ok ni memang normal kalau kita breastfeeding. Kemungkinan juga period akan berhenti selama beberapa bulan sebelum datang balik pada bulan yang lain.

Sebab itu pengambilan Supplemen amat penting untuk Fa sebab bila dah kerja ni semua tunggang langgang. Tapi fa tetap teruskan usaha untuk pastikan susu yang merundum kembali banyak dari bulan ke bulan. Hormon bukanlah penyebab susu semakin berkurang, kesibukkan dan kekerapan kita mengosongkan breast yang mempengaruhi banyak mana susu tu.

Kalau still tak faham atau tak clear, boleh cuba google. :) Maybe dapat penerangan lebih jelas lagi.

Bawah ni artikel yang fa dapat dari blogwalking:

"The infant feeding patterns at the time of first ovulation after childbirth were determined in a longitudinal study of twenty-seven mothers who chose to breast feed their babies. Fourteen mothers suppressed ovulation throughout lactation and thirteen ovulated while still breast feeding. Those who ovulated while breastfeeding had all introduced two or more supplementary feeds/day, reduced suckling frequency to less than six times/day and reduced suckling duration to less than 60 min/day at the of first ovulation."

[Sumber: Fertility after childbirth: infant feeding patterns, basal PRL and post-partum ovulation  

"Decreased suckling session frequency and decreased total breast-feeding duration each day were found to signal a higher time-specific probability of recovering menstrual cyclicity."

[Sumber: Continuously Recorderd Suckling Behaviour and its Effect on Lactational Amenorrhoea]
  

Thanks to http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2009/08/breastfeeding-and-menstruation.html untuk info ini :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Wednesday, April 16, 2014

Masalah Rambut berkurangan dengan Set Penjagaan Rambut ProSanté

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua

Sebab dah kebetulan bercerita pasal rambut gugur & Set Penjagaan Rambut Shaklee, Fa buat jugak lah 1 entri pasal  Set Penjagaan Rambut ProSanté dari Shaklee ni.

Fa tak pernah cuba lagi, tapi fa akan cuba sebab ramai yang cakap Syampu dari rangkaian Prosante ni bagus untuk rambut yang gugur & rosak. Bawah ni ade beberapa testimoni pasal Set ni ye. Baca jangan tak baca.


Dah baca testimoni jom kita tengok apa yang ade dalam rangkaian Prosante Shaklee ni. 



(1) Long Lasting Finishing Spray
  1. “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
  2. Memberikan perlindungan UV
  3. Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut


(2) Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

(3) Purifying Shampoo
  1. Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
  2. Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
  3. Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur


(4) Replenishing Conditioner
  1. Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
  2. Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  3. Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

(5) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
 
6) Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.


Jadi tunggu apa lagi. Jom sama-sama dengan fa kita cuba rangkaian penjagaan rambut ProSanté ni. Pastu share testimoni dengan fa ye. :)

Selamat mencuba!
 
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


     





Shaklee untuk keguguran rambut



Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Masa fa preggykan Airis, Fa takade langsung masalah keguguran rambut malah rambut fa semakin hari semakin tebal. Fa yakin dengan pengambilan ESP & Vitalea yang buat rambut fa sangat cantik masa tu. Babah pun tegur cakap rambut nampak bersinar & lebat. Tapi ada orang cakap sebab HORMON. Hormon masa kita preggy tu lah yang buat rambut lebat & cantik. Lagi satu orang cakap kalau preggy anak perempuan memang kita nampak berseri sikitlah. entah la pendapat memasing.

Disebabkan Hormon jugak lah rambut fa yang lebat tadi bertukar sikit sebab kekerapan gugur. Bukan sikit tau tapi banyak! Asal sikat rambut je gugur. Asal cabut getah rambut je gugur. Lepas mandi lagi banyak gugur. Rambut fa bersepah-sepah sekitar rumah & sekeliling Airis. Jadi untuk pastikan rambut yang gugur tu tumbuh balik, fa makan VITALEA,ZINC,ESP. 3 supplemen ni memang elok untuk penggalak ketumbuhan rambut.

Sekiranya anda keguguran rambut, benda yang paling penting sekali jangan STRESS. Sebab stress boleh buat rambut lagi bertambah gugur. (Kalau Stress jugak telan B-Complex Shaklee yang akan buat mood anda ceria sepanjang hari. :) ) Selain tu pastikan minum air 3 Liter & rehat yang secukupnya. Fa ngaku lah, smenjak kerja ni memang tak cukup rest, Balik pukul 7, melayan Airis sampai pukul 2pg pastu esok bangun pagi nak pergi kerja balik.

Fa makan Zinc, B-complex,Vitalea & ESP sebab salah satu cara memanstikan fa dapat makan makanan yang seimbang kaya dengan protien & zat besi.

~ESP : ESP adalah serbuk protine. Kekurangan protine menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

~Bcomplex: Salah satu punca rambut gugur adalah disebabkan tekanan emosi. Bcomplex adalah vitamin anti stress yang membantu untuk memberi perasaan tenang. Kandungan utama vitamin B3 adalah berguna untuk membaiki aliran darah pada kulit kepala, vitamain B6 pulak untuk mengelakkan rambut dari gugur. Vitamin B12 juga memainkan peranan untuk elak rambut gugur. kesimpulannya kelebihan bcomplex sangat banyak untuk masalah rambut gugur



~Vitalea: Multivitamin untuk memastikan badan kita sentiasa mendapat vitamin yang mencukupi.

~Zinc: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal.Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut. 



Atau boleh tukar kepada rangkaian penjagaan rambut dari Shaklee. Fa belum pernah cuba lagi. Tapi fa nak beli lepas ni. Sebab rata-rata orang yang dah cuba syampu dari Shaklee ni cakap sangat bagus & berkesan.



(1 Nourishing Scalp Treatment
  1. Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  2. Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  3. Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  4. Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
  5. Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.


2) Lightweight Conditioner
  1. Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  2. Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  3. Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


(3 Revitalizing Shampoo
  1. Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  2. Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  3. Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya
Tak kesah lah suka yang makan ke atau lebih selesa nak guna Set Prosante ni, sebab bagi fa dua-dua pun bagus :) Jom kita cuba sama-sama nak? nanti fa share testimoni dekat sini ye.


Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



Rambut Saya Banyak Gugur

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua

Taktau la nak percaya ke tak, bila anak start menyembur, rambut ibu pon start lah gugur. Tapi Airis tak menyembur dia isap jari sampai keluar air liur semua tapi rambut fa still gugur dengan banyaknya. Rambut gugur fa bukan gugur yang biasa lagi. Ni gugur yang sangat banyak. Kira rambut rapuh. Setiap pagi mesti kena chek Airis. Sebab rambut-rambut ku di sekitar Airis. huhuhu. Nasib tak masuk mulut. Tapi pernah perasan rambut dalam pampers waktu nak tukar. huhuhu

Airis pulak asik nak tarik rambut je... habis rambut fa kat jari dia. Semua shampu kat farmasi tu la fa try, sama je. Nak atasi fa kerapkan lagi minum ESP Shaklee, makan Vitalea Shaklee & Zinc. So far takde la terus kurang gugur rambut tu. Tapi nampak la anak-anak rambut yang nak tumbuh. Berganti jugak lah.. kalau tak botaklah mamy. haisss...

Fa ade google so ini jawapan yang fa dapat dari Pa&Ma:

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Nanti entri pas ni fa share Supplemen Shaklee untuk atasi rambut gugur ye. Jadi Rambut gugur lepas kelahiran adalah normal & pertukaran hormon. Jangan risau ye mommies :) Kalau rimas, potong je rambut kasi pendek. Fa tunggu balik Kampung baru nak potong lagi pendek dari sekarang. Sebab kat kampung sekali potong & cuci baru RM20 murah tak murah?

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Tuesday, April 15, 2014

Perkembangan Normal Bayi 4 Bulan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Airis 4 Bulan

Perkembangan setiap bayi adalah berbeza. Ada yang cepat ada yang lambat. Tapi anda jangan risau, bagi bayi  anda masa dan asalkan bayi anda membesar dengan sihat.

Jom kita baca Perkembangan Bayi 4 bulan yang fa google.

Makan kurang kerap

Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa.

Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan.

Bakat baru pusing meniarap dan menelentang

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya.

Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.

Masa ini untuk makanan pepejal?

Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula.

Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap.

Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan.

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut

Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut.

Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.

Kini mampu bermain sendiri

Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.

Mula memahami peranan bahasa

Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya.

Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "bu", dan dia akan cuba menyebutnya juga.

Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai

Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi.

Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang

Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.

Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga.

Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

SUMBER:

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Sunday, April 13, 2014

Apa perlu buat jika Bayi anda Demam

Assalamualaikum & Salam sejahtera Semua

Baru je buat entri yang fa demam, hari ni Airis & babah pulak demam. Huhu kuterima dengan redha. Bertabah lah wahai mamy. Alhamdullilah demam fa dah 100% recovered jadi tugas kena beralih jaga orang demam pulak. Still cuti lagi dari tugas office.

Bangun pagi tadi fa perasan kepala Airis panas sangat. Fa ingatkan normal, jap-jap lagi sejuk la.. tapi sampai tengah hari still panas. Fa check suhu dah 38' C. Semalam babah demam sampai 39' C. Hari ni Airis pulak jangkit. Bertabah lah mamy.

NAsib angah ada. Dia la cakap jangan PANIC. Kalau dia takde fa panic dah kot. Selama ni Airis tak pernah demam pun, Masa kena inject 3 Bulan dulu Airis tak demam pun. Mungkin badan dia panas sikit tapi takde la sampai 38' C. Airis memang demam. Tapi dia kerap nak menyusu. Dia still nak borak & gelak-gelak kalau diagah. Jadi positif di situ. Cuma fa rimas dengan panas badan dia yang tak turun-turun. 38'C - 38.2'C Fa bagi Airis ubat Panadol (Dapat dari Columbia Hospital  masa kena Jab 3 Bulan) Pastu bobok Airis sampai dia tertidur.

Bila bangun, Fa & Angah buat sponging (Basahkan badan dengan tuala & air suam) yang fa dapat dari google. Pastu siap-siap nak bawak pergi jumpa Dr. Sofea.

Jumpa Dr.Sofea, Babah jena Jab kat punggung sebab demam still 39.2'C tapi Airis pulak Dr. Sofea cakap suhu dia normal. 37'C cuma kena pantau kalau naik balik. Airis sangat behave. Suka dia tengok Dr.Sofea. LAst sekali jumpa masa dalam perut lagi sebulan nak bersalin. :) Berat pulak 6.8KG Alhamdullilah. Airis dapat 2 Ubat untuk selsema & batuk. Sebab ubat demam ada lagi, jadi Dr. Sofea cakap habiskan ubat demam tu dulu. If demam Airis berlarutan dalam masa 3 hari datang balik untuk ambil darah. Mintak-mintak lah takde pape. Babah dapat 5 ubat & 2 hari MC.

Balik terus mandikan Airis dengan Air suam, Bagi nenen & makan ubat Airis terus lena. Fa doa-doa je hope Allah tak memudaratkan lagi demam Airis & Babah. InsyaAllah. Panas Airis pon fa chek still 37.5' C. Alhamdullilah. Kerapkan bagi Airis minum susu. Fa pulak kerap minum Air.

SUMBER :  http://ceritadanishdanumi.blogspot.com/2013/08/petua-meredakan-demam-kanak-kanak.html

1. Pastikan anak betul- betul demam

Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.


3. Pakaikan baju yang nipis tak terlalu tebal untuk memudahkan suhu panas keluar. (fa pakaikan baju lubang-lubang untuk Airis)

4. Jangan selubung bayi dengan Selimut tebal. Cukup dengan selimut yang nipis jika perlu atau tak payah selimut langsung.

5. Jangan biar anak kepanasan. Kalau rumah terasa bahang, letakan kipas didepan anak anda bagi badan dia selesa.

6. Sentiasa pantau suhu bayi.

7. Boleh je kalau nak tepek coolfever tu. Tapi kalau orang tua-tua soh tepek asam jawa je. Fa tak buat. Fa letak kain basah je atas dahi Airis :)

8. Kerapkan bagi minum. Kalau macam Airis baru 4 bulan fa pastikan dia minum nenen yang kerap. So far dia memang nak nenen je sekarang ni. 

Sila jangan panic. Kalau anda panic akan worstkan lagi keadaan. Relax, bayi demam adalah normal. Sebab dia nak membesar. Macam kes Airis, mungkin dia dah 4 bulan nak belajar meniarap. Nak buat kenal macam-macam sebab tu demam :) 

Kalau demam berlarutan. Bawa jumpa doctor dengan segera untuk dapatkan rawatan lanjut.

Airis asik nak melekap je ngan fa. Taknak lepas langsung. Letak pun taknak. Meragam sikit. ye lah kita yang dewasa pun kalau demam pun rimas kan? Bayi ape tah lagi. kesian anak mamy. Get well soon Sayang Airis.

Ok fa nak tidur. Airis dah tidur, babah pun dah tidur. Selesai tanggungjwb sebagai nurse hari ni. Malam kena overtime pulak kalau Airis terjaga. Jadi baik rest kan badan dulu.


nite-nyte

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Saturday, April 12, 2014

Perkembangan Airis 4 Bulan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ni 12/4/14 sabtu.
Hari ni Airis dah masuk 4 bulan.

Ingat lagi date 12/12/13. Dalam labour room.. 1st time tengok muka Airis, 1st time dakap Airis kecik je. muat satu pergelangan tangan mamy. Berat pun 2.77KG. Sekarang dakap dah penuh ruang satu badan mamy berat pun dah 6.8KG. Alhamdullilah.

Day by day Airis membesar dengan sempurna, Alhamdullilah rezeki susu masih ada untuk keperluan Airis. Mamy akan pastikan mamy susukan Airis sampai 2 Tahun Insyaallah. Moga Allah sentiasa mudahkan & berkati :)

Memang rasa terharu je tengok anak membesar depan mata kan. Impian fa ialah nak besarkan sendiri Airis dekat rumah nak jadi WAHM (Working at Home Mom) Tapi still belum tercapai lagi segala impian tu. Fa berkira-kira jugak bila nak hanta tender tapi sebab kat opis khidmat fa masih diperlukan jadi fa kena la kerja buat masa sekarang.

Now Airis dah 4 bulan. Angah kata Airis membesar ikut bulan dengan baik. Yelah Angah ni suka sangat membaca pasal baby. Berkawan baik dengan en Google pulak tu la setiap hari bila Airis tidur dia akn google baca tentang perkembangan bayi. Sebab tu fa trust dia untuk jaga Airis :) I LAP u ANGAHH!!

Airis belum boleh meniarap lagi. Tapi keinginan nak meniarap tu ada. Leher & kepala Airis dah kuat & menegak. Jadi bila fa meniarapkan dia (support ngan bantal) dia boleh duduk lama dalam posisi tu.

Airis semakin kerap nenen direct. Tapi kalau susu botol angah cakap 140z sehari je dia habis. Mesti tinggal 1 oz sebelum fa balik (fa tinggalkan angah 15oz Max susu perah) Ada orang pernah cakap.. eeee tak takut ke anak kau over weight? Kecik-kecik chomel la ketak-ketak besar sok kesian.. Anak ko ni mesti overweight baru 4 bulan berat dah nak 7KG. FYI baby fully breastfeeding tak ada istilah OVERWEIGHT ok!! kesian la hai fa kat orang yang cakap tu. Susu ibu adalah yang terbaik. Airis membesar dengan sihat bukan dengan berlebihan gula macam bayi susu FORMULA. Ignore ignore Ignore. Fa tahu yang terbaik untuk Airis negetive2 ni boleh berambos :)

Airis suka sangattt isap jari. Kalau budak lain ibu jari kan? Airis isap jari telunjuk&jari tengah (isap dua2 sekali) Saudara dekat pernah cakap, jangan bagi airis isap jari nanti jongang. Bagi fa anak yang isap jari ni bagus sebab akan buat dia layan diri dia sendiri. (self entertain) Bayi isap jari pon bayi bijak. Bayi akan more relax.

Airis suka tengok Tv. Sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepan nenen, masa tuka pampers semua kena buat menghadap TV. Ada orang cakap kita akan spoilled kan anak kalau asik bagi dia tengok TV. Tapi percaya lah dengan tengok TV anak akan lagi bijak & cepat belajar ( Sub channel yang mesra kanak-kanak & bayi ye bukan sebarang channel. Ie Disney JR Channel, Animal Planet etc)

Airis suka tidur siang meniarap. Mama cakap kalau tidur meniarap perut dia akan rasa selesa. Tidur pon lama. Dia akan buat kepala & tengkuk Airis semakin kuat. Takada masalah kat situ :)

Waktu tidur Airis berubah. Siang tidur...tidur...tidur... Malam jaga..jaga..jaga... Tapi bila mamy paksa tidur kena tidur jugak walaupun selalu drag sampai pukul 2 PG. Bertabah lah mamy :) Tapi Airis tak nangis. Dia just nak berborak & spent the night ngan mamy. Ye la..mamy kol 7 mlm baru sampai umah. Sian Airis rindu mamy :(

Airis dah mula nak mencapai barang, dah mula tunjuk minat pada sesuatu object depan mata. Dah pandai paling kalau dengar nama dia dipanggil. Pendek kata dia dah makin bijak. Alhamdullilah.

Malam ialah malam "hanya mamy" jadi kalau org lain yang bobok dia akan mengamuk tak sudah. Bila mamy ambil baru diam senyum simpul-simpul (Alahai Airis) Airis semakin kenal & memilih orang.

Alhamdullilah seawal Airis dalam perut fa dah makan Shaklee. Shaklee ni supplemen untuk diri fa & juga untuk kesihatan bayi dalam kandungan fa masa tu. Sekarang fa salurkan kebaikkan Supplemen Shaklee melalui susu untuk Airis pulak. Satu kepuasan bila tengok Airis membesar dengan sihat Alhamdullilah.

Jadi tak salah kalau kita nak sesuatu untuk kesihatan & kebaikkan diri kita & kita kongsi dengan orang yang tersayang. Jangan risau Shaklee 100% SELAMAT SEMULAJADI dan HALAL.

ESP& ALFAFA adalah MILKBOOSTER fa.
OSTEMATRIX adalah KALSIUM fa & Airis
OMEGA GUARD adalah PENGAWAL BERAT BADAN fa & Baik untuk PERKEMBANGAN OTAK Airis.
BCOMPLEX adalah PENGAWAL MOOD fa & PEMEKAT susu Airis
VITAMIN C adalah PENGUAT ANTIBODI fa & Airis.
VITALEA adalah MULTIVITAMIN untuk fa & Airis.








Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Friday, April 11, 2014

Vitamin Shaklee untuk Legakan Demam

Assalamualaikum
Alhamdulillah dari suhu 39.1 demam fa semalam hari ni dah kembalik ke suhu normal. Fa memang jarang demam tapi kalau demam mesti ambil masa yng lama untuk sembuh. Sebab fa memang kerap selsema & alergi kat habuk. Tapi semenjak amalkan makan supplemen dari Shaklee antibodi semakin kuat lagipun sebab fikirkan menyusukan Airis, jadi kena pastikan badan sihat selalu. Tapi fa pon manusia biasa, pendedahan kepada keadaan sekeliling,penat lagi senang je kena selsema dan batuk sekligus bawa ke demam. Demam tetap demam. Tetap perlu susukan Airis. Badan sengal-sengal fa telan ostematrix baru lega sengal-sengal.

Untuk ibu-ibu menyusu yang risau dengan pengambilan ubat-ubatan dapat membahayakan bayi atau buat susu merundum, apa kata cuba amalkan makan supplimen dari shaklee yang sememangnya selamat & semulajadi. Tak perlu risau lagi.
Sedikit sebanyak tentng vitamin shaklee untuk legakan diri dari demam dan elakkan dari berpanjangan. Lagi best susu pun tak merundum.

Performance Drink sesuai untuk:
●Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
●Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
●Mereka yang berpuasa.
●Sesuai untuk sahur dan berbuka.
●Para pesakit yang menghidap gout.
●Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
●Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
●Anak-anak yang demam.
●Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
●Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat & gula berlebihan.

B complex
● Memastikan kesihatan fungsi saraf sekalighus dapat melegakan sakit kepala, tekanan & insomnia.

Vitamin C Plus
● Vitamin C shaklee yang terbaik dapat kurangkan sakit kepala migrain dan demam selsema dan sekaligus dapat disembuhkan.

Atau boleh ambil Nutriferon Shaklee yang baik untuk penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Kojima dari Jepun. Sangat digalakkan diambil oleh mereka yang punya masalah ANTIBODI yang LEMAH, SENANG SAKIT dan sakit yang lambat recover.

● Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon , ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi.

Jangn lupa minum air yang banyak, rehat yang mencukupi dan time susukan bayi pastikan pakai mask untuk elakkan bayi terkena selsema atau batuk.  InsyaAllah


Set Imun Shaklee ( Performance Drink, B complex, vita C Plus, Nutriferon)


Susu Still meriah walaupun badan tak sihat. 5oz untuk sebelah kiri! Good job leftbreast :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Ibu demam boleh menyusukan bayi.

Assalamualaikum.

Semenjak lahirkan airis, fa tak pernah demam.. alhamdullilah. Tapi bila airis makin membesar, dah pandai taknak tidur asyik nak borak je , fa  pulak balik kerja dah penat tapi still kena teman airis berborak sampai 2 3 pagi. Badan yang kurang rehat terus kena demam selsema.

Mula-mula suhu takat 38' tapi naik sampai 39.1'. Sekarang kan tengah fames kes dengi .Tapi tu bukan yang fa risaukan, fa lebih risaukan airis. Dalam kepala ni fikir if demam makin worst, airis kena minum susu pump, malam kena tidur asing... huhuhu bangun je dari tidur, fa cepat cepat bancuh Performance Drink mix dengan ESP. Makan roti telan vitamin C plus dan B complex Shaklee.

Badan dah start sengal sengal. Tapi fa terbaca FB Dr.Zubaidi yang ibu demam still boleh menyusukan anak dan insyaallah tak akan berjangkit. Sebab bayi susu ibu mempunyai antibody yang kuat.

"Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui. Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka."
(Sumber FB Dr.Zubaidi)

Sebab airis dah nampak fa, memang cari nenen la dia.Fa tetap susukan dia  tapi fa pakai mask supaya selsema & batuk fa tak kena kat Airis tapi biladia tidur,fa amek masa tidur & angah akan siap-siapkan susu chilled. So bila Airis bangun, angah bagi Airis susu chilled yang dah dipanaskan. Jadi fa boleh amek masa untuk rehat.

Fa memang tak berani nak makan ubat klinik walaupun doktor cakap ubat tu safe untuk bayi. Jadi untuk kuatkan badan lagi sekali fa bancuh Performance Drink, minum air masak yang banyak.

Bila malam airis biasanya kena bobok(ayat dodoi untuk airis) baru dia tidur lena. Fa mintak angah bobok kan dia lepas fa selesai nenen. Tapi budak bijak ni nak mamy jugak bobokkan. Jadi fa telan Ostematrix alhamdullilah badan sengal terus lega & fa bobokkan airis sampai dia lelap. Still pukul 1  pagi jugak dia tidur. Lepas Airis lelap fa chek suhu, Alhamdullilah turun 37.9'. Hope esok terus kembali ke suhu normal. Insya allah.

Alhamdullilah bangun pagi tadi suhu dah normal. Tapi still on MC sebab batuk & Selsema belum baik sepenuhnya. Still tak boleh gomol-gomol Airis. Tapi Still boleh susukan Airis. Tanpa risau & ragu-ragu.

Jadi ibu-ibu yang demam tu jangan takut untuk terus susukan bayi anda ye. Selagi anda tak makan ubat-ubatan yang membahayakan bayi. Jangan lupa minum air masak yang banyak atau boleh cuba Vitamin Shaklee yang dapat tingkatkan antibodi dan ketahanan badan. Sebab Shaklee Smulajadi dan selamat untuk diambil oleh ibu menyusu.

Ok Airis dah lena fa nak rest sekejap sebelum tadah air sebab esok kembali catu air untuk 2 hari :)

Boleh LIKE FACEBOOK Dr. Zubaidi nanti ye.
https://m.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/664312763588802

Thursday, April 10, 2014

Sakit pinggang lutut dan tapak kaki hilang dengan Ostematrix

Assalamualaikum Semua

Disebabkan bulan ni bulan Ostematrix jadi fa nak cerita pasal ostematrix.

Selain ESP, Ostematrix ni jugak supplemen yang mendapat sambutan & sentiasa direstok setiap minggu. Hebat tak?? Mesti la hebat, Ostematrix ni bukan sekadar kalsium.  Sebiji Ostematrix bersamaan dengan segelas susu. Jadi mereka yang taksuka minum susu boleh ambil Ostematrix untuk pastikan tulang anda mendapat kalsium yang mencukupi.

Masa mengandung kan Airis. Tipulah kalau fa cakap fa takpernah cramp kaki, takpernah buasir, tak pernah lenguh pinggang fa pun normal human tapi dalam 9 bulan preggy tu fa cuma kena attact dalam sekali dua itu pun diawal kehamilan. Kecuali buasir yang fa kena bila perut dah membesar. Kenapa fa cerita pasal ni? sebab nak bagitau yang fa amalkan makan ostematrix setiap malam sebelum tidur untuk pastikan fa tak kena attact dengan sakit-& lenguh-lenguh badan.


Fa suka minum susu tapi masih jugak sakit-sakit badan. Fa suka makan cheese tapi masih jugak sakit gigi & gusi berdarah. Fa suka  kunyah badam tapi masih jugak lenguh kaki itu maknanya badan masih kurang kalsium. Ye lah tengah preggy kan, kalsium semua tu dah bagi kat Airis dalam perut masa tu. Kalsium juga perlu untuk perkembangan & pertumbuhan tulang tulang yang kuat bagi bayi.

Bila tengah menyusukan Airis pulak, Fa memenag perlu sangat-sangat Ostematrix ni sebab nak pastikan susu fa ni penuh kalsium dan fa sendiri perlu kalsium yang mencukupi untuk elak dari osteoporosis. Lagipun Airis suka nenen masa baring, memang sakit pinggang dan badan. 

Fa balik kerja pulak naik LRT. Dalam LRT memang tak duduk la kan. Balik mesti sakit-sakit satu badan. Jadi Ostematrix lah penyelamat.

Fa bagi babah makan ostematrix ni sebab kerja dia kat site kena kehulu kehilir, drive kesana kesini kaki pun selalu cramp. Babah jarang minum susu lagi la kan. Bila makan ostematrix ni setiap malam, esok bangun rasa segar je badan. Lenguh-lenguh kaki pun takde.

Mama pulak cakap bila makan Ostematrix dengan AJHT (advance joint health) badan pun tak sakit-sakit macam selalu. Kaki pun tak cramp lutut pun tak sakit. Solat pun boleh macam biasa. Tak perlu kerusi lagi :)


Siapa yg perlukan Ostematrix nie??

mereka yg ada masalah dalam pertumbuhan
- untuk pertumbuhan tulang yang normal...

ibu mengandung
- melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis

ibu dalam pantang dan sedang menyusukan anak
- mengganti semula kalsium, penting terutama untuk ibu yang menyusukan dan bayi

mereka yang sedang masuk alam Menopaus
- mengelakkan osteoporosis

Sindrom Pra-Haid / Pre Menstrual Syndrome
- melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar

mengalami msalah LAZY EYES walaupn dh cukup tidur
- merehatkan otot mata

Osteoporosis / Rapuh tulang
- mengekalkan kekuatan tulang, Magnesium dan boron membantu memastikan kalsium sihat di dalam tulang

Masalah kuku
- kekurangan kalsium menyebabkan kuku pecah

Sakit-sakit badan / sendi
- kekurangan kalsium menyebabkan sakit belakang

Migrain / Pening kepala
- transmisi impuls saraf ke otak
- kandungan Magnesium yang rendah sering terdapat pada mereka yang ada migrain

Insomnia / Masalah tidur
- memberikan kesan ketenangan. Merehatkan otot dan saraf

Mengurangkan kebas-kebas dan kekejangan kaki
- kekurangan kalsium menyebabkan kaki kejang

Batu karang
- Magnesium menurunkan oksalat

Gout
- Bagus untuk mengurangkan sakit dan bengkak

Diabetes
- Tahap Magnesium yang rendah menyumbang pada masalah diabetes

Sembelit / Buasir
- melancarkan pembuanagn najis dan memberi kesan penenang



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, April 7, 2014

OSTEMATRIX kalsium yang hebat!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua

Bulan ni Bulan Kesihatan Tulang temulang.
Bulan ni Bulan Untuk Kalsium
Bulan ni bulan Promotion untuk OSTEMATRIX Shaklee (Buy 6 free 1)

Supplemen WAJIB fa setiap malam!!

Kenapa? Sebab sangat elok untuk sakit-sakit belakang, cramp-cramp kaki, lenguh-lenguh tapak kaki, & sembelit. Mama, Babah semua dah jatuh hati dengan Ostematrix ni. Ostematrix bukan sebarang kalsium tau!

Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semulajadi yang paling concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink – co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
  • OsteMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS.Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  1. Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  2. Terbukti secara klinikal
  3. Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  4. VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  1. Mereka yang kurang mendapat zat-zat membina tulang dari pemakanan harian.
  2. Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  3. Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan – tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  4. Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  5. Ibu hamil atau menyusukan anak
  6. Wanita yang mengalami gejala PMS
  7. Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  8. Mereka yang sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).




Friday, April 4, 2014

Double pump vs Manual pump

Assalamualaikum semua.

Tak tahulah kenapa hari ni superb blur. Pagi tadi bangun lambat sebab Airis tak nak tidur sampai la dekat nak pukul 4pg. Lepas fa tukar pampers.. sapu minyak telon dekat tapak kaki & lumur bedtime baby oil (serius menjadi) baru lah airis tidur dengan lena sampai pagi. ok fa bukan nak cerita pasal Airis tapi fa nak share pasal sesi pam fa hari ni.

Dah hampir sebulan fa masuk kerja. Awal-awal fa start kerja fa fokus guna single pam sebab fa rasa tu sangat menyenangkan. Tapi sebab guna single pam macam ambil masa lama (10 minit each breast) Jadi fa cuba guna double pam. Ni 1st time jugak fa buat double pumping sebab fa rasa leceh nak kena fokus dua-dua breast tapi hasil dia? Memang terbaik. Lagi pon ambil masa yang singkat (15 minit untuk dua breast) Jadi selama hampir sebulan fa fokus pada double pumping dekat surau opis.

Tapi hari ni fa terpaksa gunakan manual pam. sebab satu part electrik pam tu tertinggal kat rumah so fa tak dapat nak pam guna electrik. nasib baik fa bawa handle manual nak tak nak guna juga manual pam hari ni.Dulu awal2 memang fa guna manual pam ni tapi bila tengok electrik pam lebih efektif fa takde la guna manual. Dalam kepala fikir manual leceh lambat hasil pon sikit je. Tapi miracle nya Manual pam lagi dapat hasil yang banyak.

Sebab tu fa suka pam jenama RUMBLE TUFF boleh pilih nak double pam or single pam manual or electrik. Harga pon tak lah mahal sangat. Boleh chek kat mana-mana kedai baby untuk dapatkan offer yang terbaik ye.

Mungkin boleh masukkan manual pam dalam list past ni ye. Tapi penat sikit la nak menekan-nekan handle tu. So far dah berapa hari fa guna manual pam sebab surau tu bukan selalu sangat available untuk fa pam guna electrik. Sebab time fa nak pam tu lah ade je makhluk Allah yang landing dekat situ.. nak tak nak manual pam juga lah fa guna.

Hari ni ber"Manual" pam fa dapat 5oz sekali pam.
3 kali sesi perahan X 5 oz = 15 oz!! (Alhamdullilah rzeki Airis)

Susu fa bukan la banyak mana pun, lebih-lebih lagi dah start kerja ni. Cuba taknak stress,, time pam tu bayang-bayang muka Airis tengah nenen nak dapatkan Mood.

Tapi supplimen fa tetap telan untuk pastikan badan fa hasilkan susu yang berkhasiat untuk Airis. Almaklumlah bila kerja ni makan pon tak sempat.. yang sempat "junkfood" huhuhu.

Ok lah nanti fa update lagi. Fa nak siap-siap nak balik.. rindu Airis :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...