Nuffnang

Thursday, February 27, 2014

Testimoni SET PENYUSUAN (ALFAFA+ESP SHAKLEE)

As salam semua.

Jom baca testimoni customer fa yang beli set budget penyusuan ESP+ALFAFA


 Salah satu kelebihan Alfafa ni ialah sebagai milkbooster. ESP pulak dapat memekatkan susu supaya jadi lebih lemak berkrim. 

Alfafa & ESP hanya membantu penghasilan susu tetapi perlu juga minum air yang banyak & makan makanan yang seimbang untuk dapatkan hasil yang memuaskan. InsyaAllah.
 
Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Wednesday, February 26, 2014

Alfafa Complex + ESP memang buat breast sentiasa penuh!

As Salam Semua.

Entri ni fa buat khas untuk nak cerita pasal keberkesanan Alfafa Complex. Fa pon baru berapa hari makan Alfafa ni hasil dari setiap kali pump 3oz sekarang 3.5-5 oz sekali pump. Alhamdullilah rezeki Airis.

Fa cuba makan sebiji sehari dulu sebab nak tengok Airis sesuai ke tak. Sebab Alfafa ni kira cam herba jugak, jadi mulakan dengan min intake. Yang paling penting air kena minum lebih. Fa telan sebiji Alfafa + segelas penuh air masak lepas breakfast. Kejap je dah rasa breast penuh sampai basah baju. Sebab tu fa pump 2 jam sekali bagi merangsang breast untuk hasilkan susu dengan cepat,kerap dan banyak.

Jom baca pasal Alfafa ni:

Alfafa merupakan pil yang bolen ditelan begitu sahaja atau boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi. Alfafa complex Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
 
KENAPA Alfafa Complex Shaklee?
 
Alfafa merupakan sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat dan dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan "
Alfafa mengandungi Vitamin A, Vitamin C, dan Vitamin E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.  
 



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.



 
 

Cabaran : Airis & Timing susu (pt 2)

As salam semua.

Haaaa dah part 2. Fa combine je la eh lepas je part 1 hari tu, esoknya fa buat cuba lagi ajar airis timing siap buat jadual hokeh. Fa pump setiap 2 jam sekali, sebab nak bagi airis fresh milk. Segala susu yang dalam chiller tu tak berguna langsung. Tunggu expire pastu siram pokok cili mama.
(FYI mereka yang ade available space dalam freezer tu sebelum stok EBM chiller nak expire, boleh terus masuk freezer ye)

Di pendekkan cerita, awal-awal memang smooth je.. Airis bangun, isap susu, tengok playhouse Disney, mandi then angah bobok terus lelap. Tapi awal-awal je.. kesilapan yang sama kat sini... Airis nampak fa bila dia bangun. Terus meraung!

Point kat sini, kalau korang nak ajar anak korang berdikari dengan orang yang bakal jaga dia nanti, korang pergi la jalan-jalan tapi jangan jalan jauh sangat kang papehal satu masalah pulak nak belari balik. Sebab fa still dalam rumah, angah pulak pergi tempat yang fa ada, lagi la si kecik ni melalak. Ye la, mamy around apasal nak kena orang jaga.

Bila malam, sesi melalak, meraung yang fa sendiri tak tau apesal. perut ok tak kembung, maybe Airis nak luahkan perasaan + mengada-ngada bila dengan fa. End up semua 1 rumah tidur pukul 3 pagi. Alahai Airis.

Orang cakap, budak ni pandai.. sebab mamy dia around dia jadi tak boleh nak berdikari. So fa doa banyak-banyak hope bila tiba masa fa tinggalkan Airis dengan angah nanti, segalanya berjalan dengan lancar. Insyaallah.

Airis ni perangai dia tidur sekejap sekejap, kalau nak tidur balik kena la bobok berjam baru lelap. Jadi susah lah nak buat kerja lain. So fa ajar dia tidur tertiarap. Baru 2 jam dia tidur tapi kena pantau tengok-tengok ye sebab dia akan pusing-pusingkan kepala dia takut tertungkup kita tak sedar jadi kes lain pulak.

So far Alhamdullilah Airis takde masalah menyusu botol. Cuma nak pastikan betul-betul cukup ke 3oz sekali minum yang fa akan bekalkan untuk Airis nanti? Pray harder. Aminnn

Monday, February 24, 2014

Cabaran : Airis dan timing susu (pt 1)

As salam semua.

Hari ke-4 ajar Airis untuk tak direct feed tapi isap botol. Airis so far tak ada masalah isap botol dan punting (Jenama MAM memang terbaik!) Fa pun tak ada masalah dengan stok EBM so far tapi
masalah paling ketara sekarang nak ajar Airis time bagi nak mudahkan angah handle dia nanti bila fa dah masuk kerja.

Day 1 (20/2/14) - Alfafa 1 bji lepas bfast.
Stok EBM dah ade, 3 kali sesi perahan dapat 3oz sekali perah (Alhamdullilah rezeki Airis)
Simpan chiller sebab Angah kena settle hal lain. Sebab yang kena bagi botol tu angah, jadi kena bagi angah biasa. So 9 oz dalam chiller. (Freshmilk boleh tahan 4 hari dalam chiller)

Day 2 (21/2/14) - Alfafa 1 bji lepas bfast.
Hari ni pump 2 kali je.. dapat pon dalam 5 oz untuk 2 kali sesi perahan. Sebab mama & angah keluar jadi fa direct feed Airis je.

Day 3 (22/2/14) - Alfafa 1 bji selepas breakfast.
Hari ni pon buat 3 kali sesi perahan. Setiap kali perah dapat 3 oz. Jadi ada 9 oz lagi. Semua masuk chiller. Baru nak start bagi Airis stok EBM yang date 20/2. Time ni start 1 masalah besar yang fa tak pernah sangka pon akan jadi. Panaskan  stok EBM yang dari chiller.

Sebab masih naive bab-bab handle stok EBM ni, 1st fa panaskan EBM  sejuk guna air panas. Letak air panas dalam cawan, letak botol EBM. Kira 5 saat angkat (result-sejuk). Masuk balik dalam cawan tunggu kejap but still sejuk. Warm pon tak. Airis tengah mandi so fa figure out camne la nak buat. Sekali teringat warmer (fa guna jenama Autumz) baca manual gitu-gitu, plug in (makesure korang ade ext yang ada pin mata bulat sebab warmer ni tak sediakan pin yang biasa tu)

Ingat letak air, turn on warmer ke degrees sepatutnya, tunggu jap dah warm. Tapi still sejuk after 5 minit. Airis dah mengamuk kelaparan. Bagi jugak susu yang still sejuk, tapi dia taknak merengek-rengek. (Ye la susu sejuk memang la taknak) Gave up, fa nenenkan Airis sebelum dia nangis cam kena pukul. Haizzzzz rupanya kena tunggu 10-15 minit baru susu tu warm.. Airis dah nenen terus lelap. So susu 3 oz selamat siram pokok cili mama.

Day 4 (23/2/14) - Alfafa 1 biji selepas breakfast.
Masalah warmer tak habis-habis. Penat la mlm tadi google camne nak handle stok EBM dan warmer. Siap tanya kawan-kawan. Warmer ni mudah if kita dah tau time2 anak kita bangun. Jadi sebelum time tu, 15 minit siap-siap panaskan. Tapi fa cuba jugak bagi susu yang dah warm, sebab lambat sgt, Airis dah nak start mengamuk, direct feed & sekali lagi rezeki pokok cili mama dapat susu.

Sekali lagi, hari ni fa dapat 6 oz 2 kali pump. Airis nak kopek sambil baring. Taham mengada dia lebih sket sebab babah dia balik. So budget time lari sikit sebab Airis taknak tidur nak borak ngan babah. Jadi fa tulis dalam buku time- time bila Airis menyusu, bila kena pump. Cantik je nampak ti etable tu. Esok kena start ikut jadual.

Day 5 pt 1 (24/2/14) - Alfafa 1 biji selepas breakfast.
Sebab semalam dah buat time table kan so pagi ni semangat la nak ikut jadual tu. Tapi gagal lagi sebab Airis bangun awal, borak ngan babah, tidur balik  pastu bangun direct feed (sebab dalam jadual start pukul 10pg) dengan happynya fa pun sambung tido skali ngan Airis. End up kitaorag bangun pukul 1030pg.

Kan fa cakap, Airis bangun terus nak nenen kalau tak baik. Kalau mood baik dia boleh tunggu kejap tapi bukan lah sampai 10 minit kan. Nak jadi cerita sebab fa tido, susu tak start panaskan lagi, Airis dah bertahan 5 minit pastu dah start nak mengamuk, fa directfeed dia jugak. Ingatkan nak sekejap je. Dia sampai lepaskan punting sendiri maknanya dia dah cukup minum. Lepas mandi ingat nak kasi susu yang dah warm tu, tapi dia taknak tapi menangis mengamuk sampai teresak-esak.

Actually Airis ni selalu pas mandi dia akan tidur. Tapi kadang-kadang dia nak nenen, so fa try an error je la kan, past botol kat angah sebelum susu tu expire 1jam tapi still Airis taknak. Bobok - bobok airis terus tertidur. Masa bobok tu fa bisik kat telinga dia, bangun pukul 1 (kira 2 jam) pastu bangun minum susu.

Day 5 pt 2 (24/2/14)
Fa pump susu dapat 3 oz, tapi tak masuk chiller. Sebab fresh milk tahan 4 jam, jadi fa dan adik fa dapat satu idea . Faham masa tidur Airis, faham berapa auns sekali minum baru pikir pasal warmer! So start hari ni, fa kena pump 2 jam sekali. (Bagus jugak boleh rangsang penghasilan susu yang banyak)

Alhamdullilah pukul 1.30Pm Airis bangun, angah susukan habis 3oz susu. Lepas susu dia ajak borak agah-agah, in the same time fa start pump susu lagi (another 3oz)

Lepas habis pump, angah still tengah jaga Airis, haaaa...time ni la Airis start melalak tak tentu pasal. Sebab fa jenguk dia, dokong dia nak bobok kan dia. Sebab dah bau fa, terus dia melalak. Fa pulak asik fikir dalam kepala ni 3oz yang Airis minum tu cukup ke tak, so niat nak nenen kan dia. Meraung la ape lagi sebab dia nak bobok bukan nak nenen + dia nampak fa start la mengada dia.

Lepas mama berjaya bobok kan Airis, hati ni doa hope Allah mudahkan segalanya.. Nak akar baby benda baru bukan senang kan. Hati kena kental, kena cekal. Memang menhalir jugak la air mata tengok Airis menangis cam kena pukul.

Sekarang pukul 3, airis baru lelap. Dalam pukul 5 mesti dia bangun. So 15 minit sebelum kena panaskan susu if nak guna susu dalam chiller. If not fa dah readykan fresh milk.

Ok fa nak ready-ready nak pump susu. Sebab last pump pukul 1.35pm. Nanti fa share entri pasal warmer & stok-stok EBM fa ye.

Sunday, February 23, 2014

Airis tukar bulan?

As salam semua...
Ya Allah lamanye fa tak update blog ni. Sorry sangat-sangat. Memang macam-macam yang fa nak kongsi dengan semua cerita hari ke hari membesarkan Airis. Kat sini coverage tak ok, jap ade jap xde.. sabar je lah. InsyaAllah nanti fa akan bayar segala hutang entry tu ok.

Ok baca tajuk entry hari ni fa nak crita pasal perihal si kecil Airis yang dah 2 bulan lebih. Sekejap je rasanya airis membesar. Masih terasa-rasa tendangan Airis dalam perut. Ok back tu tajuk entry..kenapa tukar bulan? Apenye yang airis bertukar?

Pernah tak korang dengar, kalau baby tu nak membesar, macam-macam perangai dia buat. Pastu mak-mak korang cakap..."Nak tukar bulan budak ni, memang macam ni, kang baiklah dia"
Ohhh yes, fa perasan dari bulan ke bulan (Padahal baru sebulan je) kalau dah nak masuk bulan baru mesti lah Airis ni meragam semacam. Meragam macam mana? Menangis meraung macam kena pukul!!! Padahal sebelum dia meraung punyalah tenang, gelak-gelak, ajak borak.. tup-tup meraung. Alahai Airis.. bikin mamy panic.

Kenapa Airis meraung?
Chek pampers ( dah)
Chek perut kembung ke tak (dah)
Chek badan kena gigit semut ke hape ke (dah)
Lapar? Airis baru je sudah nenen...so tak mungkin dia lapar lagi.

Ok semua dah tapi still meraung, tak berhenti.. so fa tergerak... budak ni mesti penat, nak sleep sekali nak bobok (ulit bahasa fa)

Bobok bukan sebarang bobok.. kena dokong, bangun, tepuk-tepuk bontot, ulit-ulit sampai tidur. (Punting kopek tu memang membantu) kalau malam..kena nenen baring baru tenang...  Huhuhu memang menduga... meraung cam kena pukul tu sebab nak tidur je kot. Alahai Airis cepat-cepat tukar perangai ye.. pasni jangan meraung camtu ye nakkk.

Punting kopek? Oh yes nanti fa cerita dekat entry lain pasal kejayaan fa ajar Airis isap punting kopek dan botol susu.

Ok see u all dekat entri yang lain. Fa nak bobok kan Airis. :)

Tuesday, February 4, 2014

Cabaran : Breast bengkak, Airis dan Botol Susu

As salam semua.

Actually tak terfikir pon nak pump hari ni. Tapi breast fa bengkak & sakit yang amat. Jadi lepas tuam dengan warm water, fa pon pump. Fresh milk tu fa simpan dalam botol (tak la banyak mana 2 breast dapat dalam 2oz je) tunggu sampai Airis bangun nak cuba ajar dia isap botol susu pulak.

Tahukan susu lepas pump boleh tahan 4 jam kalau letak dekat luar? Ok fa bukan nak cerita pasal EBM tapi nak cerita pasal next cabaran fa - AIRIS & BOTOL SUSU.

Macam cabaran punting kopek dulu, nak biasakan Airis dengan botol susu pon yang amat mencabar. Berpeluh-peluh fa cuba pujuk. Airis menangis sampai satu Melaka kot dengar. Terpaksa la directfeeding.

Tapi fa tak putus asa, fa cabut punting pelan-pelan, masuk kan punting botol between tu.. dia isap kejap pastu terjaga trus nangis. 3 kali fa cuba. Cukup la untuk hari ni ok Airis. Esok sambung belajar lagi. So freshmilk 2oz siram ke pokok jambu air mama macam biasa sampai pokok jambu tu berbuah lebat ! (Penangan ESP dalam susu tu kot heheh)

Ke maybe kena tukar botol susu & punting? sekarang fa pakai NUK. Nanti fa nak try beli MAM sebab ramai yang fa jumpa semua suggest Jenama MAM. Ok Airis nanti mamy beli promise Airis kena cuba isap ok. InsyaAllah.

Bengkak breast fa still belum reda lagi. Dah tuam air suam & sikat bengkak tu ke arah punting pon dah. Nak nangis dah ni. Airis dah banyak kali nenen breast yang bengkak ni still jugak belum reda. Airis pulak asik mengamuk, orang cakap breast bengkak ni sebab tersumbat. Sian Airis mayb tak puas susu, mengamuk sampai ni baru terlelap.

Meh kita baca pasal Breast Bengkak ni yang fa sempat google.

**SUMBER http://www.babycenter.com.my/a1043360/payudara-bengkak#ixzz2sLTadUWf

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras.

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi.

Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik.

Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.

Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu.

Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah.

Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar.

Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.

Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh.

Ok sekarang fa dah faham. Tunggu Airis bangun fa susukan lagi, Ni kesan POSITIF yang breast fa tengah menghasilkan susu yang banyak (THANKS to ESP Shaklee)

Tadi fa dah mandi dengan air suam, Alhamdullilah lega sikit rasa sakit bengkak tu. Lagipun fa perasan baru-baru ni Airis susu ikut suka dia, asal punting tu masuk mulut dia terus isap walau macam mana fa betulkan. Siap sedut punting HOKEH! Oh Airis memang bijak.

Fa pernah terbaca kat satu blog ni, nak redakan payudara bengkak, urut pelan-pelan dengan minyak panas. Esoknya konfem reda pastu terus pam atau directfeeding. Er... boleh ke sapu ngan minyak panas? sian lak Airis kan kalau tak cuci bersih atau still ada rasa panas tu?

Ok Airis dah bangun, fa nak susukan dia. Nanti fa update lagi ye.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays). 


 

Monday, February 3, 2014

Cabaran : Airis Bersunat.

As salam semua.

Alhamdullilah, tadi selesai lagi satu benda. Bila ade anak ni semua kerja kena ade plan. Kalau takde plan mesti clash dengan yang lain. Alhamdullilah plan sunatkan Airis dah settle. Thanks Allah mudahkan segalanya.

Ni la yang kena ambil tahu kalau ade anak perempuan. Bukan anak lelaki je tau kena sunat. perempuan pon sama, cuma procedure tak sama dengan kelecehan sunatkan anak lelaki. For seriusly fa cuak gak bila nak bawa Airis bersunat. Fa pulak rasa ngilu-ngilu. Jenuh la fa pujuk mama, pujuk adik temankan fa. Tapi nak jadi mak kan.. kena la berani. Lagi satu ni kira experiance! Pengalaman yang fa boleh kongsi ngan Airis nanti.

Sebab fa pantang dekat kampung, jadi sunatkan Airis dekat sini lagi senang kan. Kakak yang urutkan fa cadangkan fa pergi Klinik Taqwa Masjid Tanah. Doktor pun perempuan. Actually ada dua Klinik yang kakak ni suggest. Tapi klinik satu lagi tu fa call dia cakap doktor available pukul 3 petang. Sebab en.suami takmo pergi petang jadi kami ke Klinik Taqwa.

Simple sangat, sampai klinik, nurse soh tggu jap tak sampai setengah jam dia dah panggil. Fa la orang 1st rasa nak lari. Tapi doktor cakap takde benda la. Kejap je. Nurse pegangkan Airis, fa bukak pempers. Suami cakap tengok muka Airis bukan nak soh tengok doktor sunatkan.

Tak sampai 5minit dah settle. Fa baru nak paling tengok muka Airis dah settle. Kejap yang amat! Tapi Airis nangis jugak la.. Lepas nenen dia tertidur sampai la sampai rumah.

Jangan tanya fa ape yang dia buat ye, sebab fa taktau pon. hahaha. Yang fa tau dah siap. Airis dah pon jadi BIG GIRL. Alhamdullilah.

Bayaran : RM15.00
Nurse/doktor : Friendly
No Tel : 06-3842200

Siapa yang nak pergi Klinik Taqwa ni, klinik ni betul-betul berdekatan dengan Stesen Bus Masjid Tanah. Boleh google untuk map ye.

Airis tunggu turn.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...