Nuffnang

Tuesday, January 14, 2014

Review dari blog UmmiErna

As Salam Semua.

Bila tengah pantang ni, kerja fa blogging je la kalau ade masa kan.

Salah satu blog yang fa follow blog http://ummierna.blogspot.com/

Suka sangat baca blog Ummi sebab telalu banyak info yang fa dapat. Fa kenal Ummi dah lama. Actually dia ni adik ipar kepada kawan seoffice fa dulu. Ummi ade buat review pasal fa dalam blog dia. Thanks Ummi!!

Ummi ni WAHM, semangat dia la yang buat fa nak jadi WAHM satu hari nanti.

Nak baca lagi pasal fa dalam blog Ummi boleh pergi link SINI ye : http://ummierna.blogspot.com/search/label/SET%20BERPANTANG


Testimoni fa dekat blog Ummi
Ummi Erna dengan Airis.
 Thanks Ummi. Sayang Ketat-ketat muahhhhxxx.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Monday, January 13, 2014

Cabaran : Airis dan Punting Kopek

As Salam Semua.

Cabaran lagi. Oh YES, memang la setiap hari ada cabaran membesarkan Airis. Hari ni cabaran punting kopek (tits, pacifier) Kalau mak-mak zaman sekarang ni rata-rata memang akan bagi anak dia isap punting kopek. Senang nangis sket sumbat. Lepas susu lepas kenyang sumbat kasi lena tidur, jadi mak-mak boleh la buat kerja lain bila anak dah tidur.

Start from here, Fa seboleh-boleh taknak biasakan Airis dengan punting kopek. Nanti dia dah besar asik nak berkopek je. Tapi bila setiap kali tuka pempers - Nangis, lepas settle susu tak dapat nak kopek nenen - Nangis. Mama pon bising soh fa beli punting kopek.

Kazen fa ada bagi satu punting kopek, tapi fa simpan sampai la Airis dah masuk sebulan. Fa cakap dengan mama Airis sebulan kang fa bagi. Lagi pon fa nak beli Airis yang baru yang lain dari yang kazen fa beli tu. Kenapa ye, entah mayb nak rasa sendiri diri beli punting kopek.

Asal nampak punting kopek kat mall je mesti fa belek-belek berjam, beli nya tak pon. Sebab tetiba rasa loser je kalau kasi anak punting kopek. lagipun En.Suami cakap nanti la Airis kecik lagi.

Fa pernah tanya kawan macam mana nak elak dari anak isap punting kopek? Dia cakap susukan Airis sambil baring. Fa tak berani cuba nak susukan Airis sambil baring. Sebab Airis kecil lagi. Tapi sebab taknak sangat bagi punting kopek, fa pon cuba la susukan Airis sambil baring.

Orang cakap kalau susukan baby sambil baring, kita jangan tertidur. Bahaya kalau apa-apa jadi dekat baby. Dengan Bismillah, tawakal, mohon lindungan Allah, fa susukan Airis sambil baring. Nama pon tak cukup tidur. Sorong bantal, fa sama-sama lelap ngan Airis. huhuhuhu.

1st time susu baring, berjaya. Airis betul-betul lelap lama sebelah fa. Now setiap malam rutin wajib nenen baring. Sampai sakit-sakit pinggang.

Sekarang Airis dah sebulan dah boleh bagi punting kopek. Kenapa nak bagi punting kopek jugak? Sebab Airis sekarang makin bijak. Dah syiok nenen kopek setiap malam, setiap masa sekarang nak nenen baring. Lagi satu bila keluar jalan-jalan, sementara nak redakan dia sebelum dapat susukan guna punting kopek. Airis sebelum mandi,selepas mandi, masa tukar pampers mesti mengegek nak nenen. Bukan sebab lapar, sebab nak kopek. Kalau dapat nenen dah sudah nenen mesti sambung kopek. Kalau fa lepaskan menangis. Nanti susah pulak orang yang jaga dia. Kena dodoi baru lelap. Satu hal lah pulak. Jadi, fa decide nak ajar Airis isap punting kopek.

Ingatkan senang.. rupanya mencabar jugak! Tengok anak orang lain sumbat je, macam senang. Airis pandai, dia tolak-tolak punting tu dengan lidah. Fa sumbat balik, dia tolak balik, pastu nangis. Kesian sangat tengok dia.

Esoknya time tengah tukar pampers, dia tengah leka-leka, fa try sumbat lagi. OK berjaya gak dia isap. Tapi bila dia dah sedar dia buang balik. Pastu nangis. Alahai Airis memang buat mamy sayu.

Result? Still belum berjaya 100%. Fa taknak paksa. Bila Airis ready, dia akan isap dengan sendiri. Tapi fa akan bagi dorongan semangat je la. :)

Eh mamy kat situ, yang Airis isap ni punting siapa pulak? :b
Airis 1st time isap punting kopek
Banyak yang Airis perlu belajar. Mungkin banyak yang dia tertanya-tanya. fa pon still banyak yang perlu belajar. Sayang Airis. Airis kan budak bijak. Mamy sayang Airis so much.

Sunday, January 12, 2014

Luka cepat sembuh, Badan bertenaga , Berat Badan Ideal dengan SET BERPANTANG SHAKLEE

As Salam Semua.

Tak tahu kenapa, fa memang jatuh cinta sangat dengat SET BERPANTANG ni. Airis 100% baby Shaklee. Dari set kesuburan, set kehamilan sampai la ke Set Berpantang semua SHAKLEE.

Testimoni bawah ni bukti yang Shaklee memang osem! Tak perlu makan jamu. Tukar pada cara berpantang Moden. Badan lagi sihat, lagi selamat. Fa takde la cowboy sangat bab-bab pantang ni. Makan, urut, tungku semua fa ikut fa buat. Tapi zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Cuaca & keadaan zaman sekarang lain. Jadi ibu-ibu pantang perlu minum air at least 3 Liter sehari. Sebab kita menyusu badan cepat haus. Lagi banyak minum lagi banyak susu dihasilkan, tak caya? Cer cuba :)

Ok jom baca testimoni SET BERPANTANG SHAKLEE:-



Shaklee ni SELAMAT dan UNIK jika nak di bandingkan dengan set berpantang atau set bersalin lain yang berlambak di pasaran sekarang.
 
>SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di ambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal 2jam selepas melahirkan bayi.
 
>SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di makan oleh ibu yang bayi di sahkan ada masalah jaundis/sakit kuning.

>SELAMAT kerana ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan boleh makan vitamin Shaklee ini.

>UNIK kerana gabungan vitamin yang ada dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee ini membuatkan ibu lebih cergas, lebih bertenaga, lebih anggun dan cantik.
 
>UNIK kerana luka ibu akan lebih cepat sembuh.

>UNIK kerana susu ibu meriah dengan adanya ESP dalam set ini.


Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).



Saturday, January 11, 2014

AIRIS 1 BULAN

As Salam Semua,

Alhamdullilah hari ni genab Airis Nur Zulaikha 1 Bulan. Pejam celik je. Selama sebulan bergelar ibu, macam-macam yang fa belajar. Azam nak jadi ibu yang terbaik untuk Airis. Insha Allah.

12/12/13 memang fa takan lupa. Dari seawal fa masuk labour room hingga la selamat melahirkan si kecil ni. Dari minggu ke minggu fa di duga tapi tu tak patahkan semangat fa untuk belajar lebih lagi jadi ibu yang terbaik. Kenangan yang fa tak boleh lupa bila Airis kena prolong Jaundis (demam Kuning yang berpanjangan) Allah je yang tahu betapa streesnya fa time tu padahal demam kuning tu benda normal mungkin sebab Airis kena tahan wad sekali ngan fa yang still pantang time tu.

Paling kesian dengan mama. Sebab en.suami sibuk bekerja, mama lah yang handle fa & Airis. Mandikan pon mama, masak mama, sama-sama berjaga malam pun mama. Rasa nak nangis je bila tengok mama yang sentiasa ada dengan fa time susah senang. Thanks Mama, fa tak kan lupa pengorbanan mama.

mata lelap mulut senyum.
Sepanjang sebulan dilahirkan, Airis tak banyak ragam. Malam jarang nangis. Kalau nak susu pon cuma merengek sikit. Airis lena waktu siang bila malam berjaga untuk susu. Jadi bila siang mamy pon bantai tido skali ngan Airis. 

Dari Airis hanya 2.77kg sekarang dah 3.75kg
Airis cukup malas nak bukak mata. Bukak pon sebelah je. puas la fa pujuk-pujuk. Tidur je memanjang kalau siang.
Airis suka senyum. Mata tertutup tapi kalau dengar orang panggil nama dia Senyummm je.
Fa belum pernah bagi susu botol lagi. Punting pon belum lagi. Selagi fa boleh handle fa handle. tunggu la dekat-dekat nak habis pantang fa akan ajar Airis susu botol.

Selama sebulan fa berpantang dengan Shaklee. Airis memang baby Shaklee. Dari dalam perut sampai lah lahir dengan Shaklee. Alhamdullilah fa sangat berpuas hati. Selama ni fa hanya baca testimoni orang pasal Set Berpantang tapi sekarang fa sendri dah boleh buat testimoni. heheheh

Yang ketara sebab pengambilan ESP. Susu fa yang dulu cair je, jadi makin pekat. Airis kuat menyusu, jadi fa kena pastikan fa tak kering susu & sentiasa available untuk Airis kalau dia nak susu. Boleh dikatakan sejam sekali Airis akan menyusu. Lebih-lebih time dia demam kuning. Bila bayi kerap menyusu, kita mesti cepat lapar. Kadang-kadang sampai tak sempat makan Airis dah terjaga untuk menyusu. Itulah fungsi ESP ni. buat kita tahan lapar lebih lama, takde lah rasa kembung perut. Badan pon jadi cergas je padahal berjaga malam setiap hari.

Pantang orang berpantang kalau nak kurus, makan nasi jangan bertambah. Kalau time makan tu nasi fa penuh satu pinggan. Mama pon terkejut tengok fa makan. Fa kugak kerap makan. Asal terjaga time nak susukan Airis mesti fa akn makan. tak biskut, roti sekali ngan milo+ESP. Tapi fa tak takut gemuk pon. Orang cakap kalau menyusu badan lagi cepat kurus. Lagi kerap bayi susu lagi cepat la berat turun. Siapa cakap breast feed boleh buat gemuk? Nak lagi cepat slim, setiap malam fa akan makan OMEGA GUARD sebulan berat fa dah turun 2KG - Alhamdullilah. walaupun still banyak yang kena turun tapi 2 KG tu fa jadikan pembakar semangat untuk turun lagi banyak. :)

Fa lambat berurut. Sebab Airis kena tahan wad, jadi umur Airis 15 hari barulah fa dapat berurut bertungku. Serius lah badan sakit-sakit. Dengan Stress lagilah buat badan rasa taksedap. OSTEMATRIX sangat membantu time ni. Kurangkan rasa sengal-sengal badan fa. OSTEMATRIX & ESP jugak membantu turunkan demam kuning Airis. Demam kuning ni nak cepat sembuh kena pastikan baby kerap buang air. Jadi bila fa ambil Oste & ESP, Airis kerap membuang. Lancar je pembuangan dia.

Dah la tak mengurut, berpantang pon macam tak pantang. Pantang dekat makan je. Jadi pengambilan BCOMPLEX sangat penting supaya fa tak mudah lesu dan pitam. Sepanjang kat hospital dengan keadaan stress tu memang fa makan bcomplex setiap pagi supaya fa lebih fokus & ceria setiap pagi. ZINC pulak buat sakit-sakit luka jahitan tu kurang.Fa perasan tak sampai seminggu luka jahitan fa dah makin kering. Perut pon rasa selesa. Doktor check rahim fa dah sihat tak kembang.

Bila pantang ni lagi la senang kena demam, bentan la, selsema la macam-macam. Fa nak elak bentan kena jangan bagi badan lemah. Mama pastikan fa pakai stokin, minum air panas, mandi pon air panas sebab kalau bentan seksa. Fa tak tau sangat bentan tu ape. Tapi mama cakap menggigil yang macam nak demam tu. menggigil teruk. VITALEA membantu dengan pastikan badan kita cukup vitamin untuk menampung badan kita yang lemah selepas bersalin, menyusu dan berjaga malam.

Dalam sebulan ni fa sekali je kena menggigil yang teruk. Tapi fa tak bagitau mama. Apa fa buat, fa selubung 1badan, letak minyak panas kat kaki & perut, Makan BComplex 2 biji, Vitamin C 2 Biji - Tidur. Bangun rasa fresh je. Vitamin C pun elok untuk sembuhkan luka jahitan dengan cepat. Airis pon lepas balik dari hospital kena selsema. Bila fa makan Vita C, sekali salur untuk Airis. Alhamdullilah dah ok dah selsema dia.

Sebab Airis still belum pulih 100% dari demam kuning, jadi fa belum lagi makan Alfafa. Kena tunggu Airis clear dari kuning 100%.

12/12/13
Hospital Alor Gajah Melaka - Jaundices

23/12 Airis belajar benda baru lagi. Bangun pagi-pagi kena jemur kat luar.
Sebab asik nak dokong sampai tidur, Airis kena belajar tidur dalam rocker.
Good Morning Mamy!!
Airis Sebulan (11/01/14) Pipi dah Moolat!!

Semoga jadi anak yang solehah, hormat orang tua, rajin usaha, bijak pandai & panjang umur AIRIS NUR ZULAIKHA anak mamy & babah. Mamy & Babah love u so much!!



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Wednesday, January 8, 2014

Hospital Columbia Puchong lagi?

As Salam Semua

Hari ni fa bawa Airis pergi checkup dekat Hospital Columbia.

Mesti ramai yang tanya kenapa Hospital Columbia? kenapa tak checkup kat Klinik Desa kat Melaka tu je. Kan senang dah pantang sekali. Seriusly fa malas dah nak jawab soklan-soklan macam ni. Sebab kalau jawab mesti soklan lain pulak yang dapat. So fa senyum je la..

Sebetulnya, Fa nak check Jaundice Airis. Ingat tak fa cerita pasal AIRIS & JAUNDICE kat entri lepas yang mana fa betul-betul geram + marah dengan orang-orang klinik kerajaan ni? Ok fa bukan la anti-klinik kerajaan, tapi..better la kamu semua upgrade service kamu ye. Pastu pergi masuk kelas tatabicara/tatatertib segala "tata" la supaya orang kurang menyumpah.

Ok back to Hospital Columbia, Fa decide nak chekup Airis kat sini sekaligus jumpa Dr.Raja untuk checkup fa. Doktor Cheok (ye ke spell) yang attend Airis dari lepas dia lahir. Doktor ni lawa, lembut je bila check Airis. 1st yang dia check, Jaundice Airis. "Mama dun worry la ye, i tengok kuning baby dah takada. kalau ada pun sekitar mata. sikit saja. Takpa kita buat Bloodtest. Split Test nak tengok tahap bilirubin dalam badan baby. Selalu baby breastfeed memang kena breastmilk jaundice. It take times tu recover, 1 1/2 month macam tu. But mama dun worry too much. Its normal. Kita tak buat test darah untuk penyakit hati tu sebab baby still kecil. If dia sudah 2 month+ baru boleh buat. Kesian dekat baby" Nampak tak beza doktor swasta dan doktor GOV? Kalau doktor gov dia dah cakap Airis kena penyakit hati sebab bacaan turun naik. Seboleh-boleh nak buat test untuk detect penyakit hati tu. huh!

Ok part yang paling kesian bila time kena ambil darah. Kalau selalu Airis kena ambil darah kat tangan hari ni dia kena ambil darah dekat tumit. Bukan setitik ye, sebotol kecik! Sebab Airis still baby cara lain sikit, cucuk untuk keluarkan darah, picit sampai separuh botol. Melalak la si Airis, 1 Columbia dengar. Alahai Airis.

Sementara tunggu result darah Airis keluar, Fa pergi jumpa Dr.Raja. Buat Pep Smear. Dia cakap rahim sihat, luka jahitan dah kering. So tunggu result pep smear next week.

Lepas result darah Airis keluar, Alhamdullilah bacaan dah turun jadi 9. Dari 2minggu lepas bacaan 16. Syukur sangat-sangat. 2 minggu lagi datang check lagi. Doktor Cheok cakap kalau dia tengok kuning Airis still nampak baru dia buat blood test lagi.

Doktor Cheok terangkan yang dekat sini injection start umur baby 2 bulan. Tapi if fa decide nak inject kat kampung takpayah dah inject kat sini. Kena discuss dengan babah dulu. 
Tapi fa macam rasa nak inject je kat sini, senang. 


Berat airis hari ni, 3.75kg alhamdullilah. 
Next chekup 12/12/14 untuk inject kalau fa agree nak buat dekat hospital columbia. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...