Nuffnang

Saturday, December 14, 2013

Berpantang dengan Shaklee. SET BERPANTANG SHAKLEE MEMANG AWSOME!






As Salam Semua

Hari ke-3
Alhamdullilah, fa dah start breastfeed Airis dari sampai-sampai rumah semalam. Memang mencabar tapi setiap kali Airis susah nak melekap, fa akan bisik dekat telinga dia.
"Airis, pelan-pelan ye sayang. Mamy pon masih belajar. Airis pon sama. Kita sama-sama belajar je nak"

Sambil-sambil tu baca doa banyakkan susu. Sambil usap-usap breast. 

Penggunaan support pillow sangat membantu time ni. Sebab support pillow tu fa boleh susukan airis. Alhamdullilah dah semalam dekat rumah, Airis tak meragam. Fa kejutkan dia 2 jam sekali untuk susu & tukar lampin. Baru sehari still belum Pro. Tunggu lah seminggu nanti. :)

Set Pantang Shaklee memang AWSOME! Badan pon tak rasa letih sangat. Padahal dah berjaga malam. Breast fa pon asik penuh je rasa. Airis pon susu lama. Melekap lebih lama. Alhamdullilah.

Hospital ada bagi ubat cuci, ubat lembutkan najis,ubat tahan sakit dan ubat untuk sembuhkan luka. Tapi fa hanya pakai ubat cuci je sebab ubat tu cam antiseptik. Lepas cuci pakai tu fa rasa segar je. Yang lain fa hanya amalkan Shaklee. 100% Shaklee. No jamu-jamu!

Airis hari-3

KENAPA FA PILIH BERPANTANG DENGAN SET PANTANG SHAKLEE?

ESP =
Biasalah breastfeed ni buat kita asik lapar. Lambat makan sket je nanti perut masuk angin. Nanti effect Airis pulak. Nak elak perut masuk angin/gastrik, Fa minum ESP+MILO/HORLICK. Selain buat kenyang, elak gastrik susu pon macam pekat sikit. Susu pon makin banyak keluar walaupun kalau pump mayb taksampai 1oz. Cukup la untuk Airis hari ke-3 ni.
VITAMIN C =
Mama pernah cakap, nak luka cepat sembuh makan oren sunquick. sebab Vitamin C dalam oren tu bagus. Dia siap soh en suami pergi beli oren sunquick. Fa bagitau la sebiji Vitamin C Shaklee ni ade 7biji oren dalam dia. Terus mama cakap makan Shaklee punya je. :)
ZINC= 
Zinc Shaklee ni bagus untuk mempercepatkan penyembuhan & keringkan luka jahitan. Zinc jugak boleh baikkan sistem dalaman selepas melahirkan.
OSTEMATRIX (Kalsium)=
Benda yang paling takut nak buat selepas bersalin ialah buang air besar. Banyak la fa dengar kawan-kawan cakap, nanti nak teran nak buang Air besar tu pelan-pelan. nanti koyak balik jahitan. Setiap malam fa tak lupa makan Oste ni walaupun belum rasa nak buang air besar lagi tapi boleh elakkan dari najis jadi keras. Selain tu sakit-sakit badan, belakang semua dah ilang. Sebab kalsium dah diserap dalam susu ibu. Jadi nak elakkan dari kerapuhan tulang makan la Oste ni ye. Alhamdullilah.
OMEGA=
DHA elok untuk perkembangan otak bayi. Selain tu Omega yang fa makan ni pon membantu dalam proses pembuangan dan sakit-sakit sendi lepas bersalin. Yang lagi penting boleh kembalikan berat badan sebelum preggy. hehehe
VITALEA =
vitalea ni multivitamin yang baik bukan saja untuk fa tapi untuk Airis. Selepas kita bersalin, darah banyak keluar, badan extra letih dan tak bermaya. itulah fungsi vitalea perlu bagi mengelakan ibu-ibu pitam, lesu, kurang daya ingatan & kurang konsentrasi.
BCOMPLEX=
Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.

ALFAFA COMPLEX=
Fa belum lagi makan Alfafa ni, sebab Alfafa kena makan lepas seminggu umur Airis. Dan kena pastikan Airis tak ada Jaundis baru boleh makan.
Alfafa dikenali sebagai Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU





Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.






Friday, December 13, 2013

Episod 2 - My Precious - Hari ke-2

As Salam

2nd Day Airis.
Hari  ni dah boleh balik. yay!!

Semalam satu hari fa tak boleh tidur. Lepas bersalin & transfer bilik fa langsung tak tidur sampai la pagi. Mayb sebab terlalu excited yang fa dah bersalin. Rasa penat langsung tak ada. Lepas bersalin tu fa langsung tak makan apa-apa. tunggu mama sampai bawak nasi pon pukul 9malam. Air mineral je yang fa teguk tu pun sikit. Tapi takrasa lapar la pulak.

Lupa nak cerita semalam, selain Nasi lemak yang fa makan sebelum bersalin, Fa minum ESP+HORLICK+PERFORMANCE DRINK. Orang cakap kalau nak senang bersalin dan ada energy makan telur mentah la, Air selusuh la, 100 plus la tapi ni la minuman pemberi tenaga yang max tak payah yang lain. Sebab tu masa push tu skali je trus keluar. hihihi Alhamdullilah. Ni je yang fa makan selain nasi lemak & boleh tahan 3 jam sebelum dapat nasi mama bawak.

Pagi tadi pukul 2pg Nurse hanta Airis untuk menyusu, tapi airis takmo menyusu ke fa yang tak reti menyusu. Fa tau Airis baru nak belajar menyusu agak stress la sebab sua-sua dia takmo jugak susu. Fa pon baru nak belajar kan.

Nak dipendekkan cerita, Fa pasrah lepas nurse ambil Airis dan bagi susu formula sebab Airis dah bertuka kaler jadi merah. Nurse takut baby lapar sangat. Tapi Airis tak nangis. Yang lagi pedih telinga, mama asik cakap susu tak cukup..:( Macam-macam cara nurse ajar cara nak susu tapi Airis taknak jugak susu. Jadi hari pertama Airis tak susu badan. Tak payah la cerita. Buat sakit hati je.

1st meal fa lepas fa pagi ni  ESP+MILO. Itu je yang en.suami bekalkan. Vitamin-vitamin lain dia tak ambil. Ok la badan jadi bertenaga balik lepas tu. Hospital memang ade bekalkan breakfast (Masa dalam labour room tu ada orang datang tanya meals untuk breakfast,lunch) Tapi cam biasa la.. makanan bukan makanan pantang kan. Jadi kena tunggu mama bawak nasi.

 Fa siap buat urutan dekat breast untuk adakan susu. Hope hari ni balik je rumah Airis nak menyusu.

Fa tau Airis & fa sama-sama belajar. Fa siap google lagi cara nak susukan Airis. Mayb dekat hospital ni dengan nurse lagi, dengan mama lagi fa jadi stress, nanti dah balik fa akan gigih susukan airis. Rasa nak nangis je kalau teringat yang fa tak susukan Airis sebaik dia lahir. :(

Bila Doktor Airis chek Airis ok, doktor raja chek fa ok pukul 1petang camtu kami dah boleh balik. Alhamdullilah.

**Total Bil Hospital RM3K+++ (Bilik double beded-sharing room)

Airis dah siap nak balik rumah yay!!

Mekasih ummi datang tengok Airis (http://ummierna.blogspot.com/)


Maka bermulalah sesi berpantang 44 hari! yipee!!


Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).



Thursday, December 12, 2013

Episod 1 - New born Baby Girl- Airis Nur Zulaikha

As Salam Semua.

Berkat Doa semua, fa selamat melahirkan Puteri sulung yang diberi nama AIRIS NUR ZULAIKHA. Fa tak sangka pulak awal 2 minggu, tapi apa yang telah ditetapkan oleh Allah mesti ada hikmah dan kebaikkan disebalik nya.

11/12/13(Rabu)
Pagi sebelum pergi kerja tu fa rasa cam semacam je mengalir kat bawah tu.. dalam kepala terus fikir " takan air ketumban pecah kot. Semalam baru borak-borak ngan geng mommies ape rasa air ketumban tu, dorang cakap rasa cam mengalir laju, takde kaler, takde bau. Lain dari air kencing. So konfem la rasa yang ni air ketumban. (agaknye la)

Tapi fa gigih jugak pergi kerja. Sampai opis rasa tak sedap ati. Fa bagitau boss yang fa nak halfday sebab rasa cam air ketuban pecah. Lepas boss halau balik sebab dia risau fa leaking, fa terus pergi Hospital. Sampai Hospital fa kena tahan. Terus kena tahan labour room nak chek fa leaking ke tak.

FYI mommies, kalau leaking bahaya ye, baby boleh lemas.. dalam hati fa doa je banyak-banyak hope Allah mudahkan semua. Midwife datang seluk bawah tu cakap dia tak rasa yang fa leaking. Bukaan pon baru 1.5 CM. Tapi dia soh tunggu Dr.Raja datang baru boleh tau leaking ke tak.. dah boleh bersalin ke tak. Fa masuk labour room pukul 1 petang kot cam tu. tunggu Dr.Raja sampai kol 3 petang.. dah la tak makan lagi. Kesian En suami tunggu.  Hati ni dah cakap dah ready nak bersalin. ok what.. 11/12/13 tarikh cun tu..

Bila Dr.Raja sampai.. dia seluk lagi sekali. (mommies yang tau seluk tu ape mesti tau kan rasa camne, untuk 1st time mommies, rasa kena seluk tu cam..er... Sakit+Ngilu) Dr.Raja seluk sungguh-sungguh rasa nak nangis pon ade time tu. tapi fa kuatkan semangat. dalam hati istigfar banyak-banyak.
Dr.Raja cakap takde leaking, boleh balik tapi dia cakap esok kalau ada tanda trus pg hospital. Tak payah dok hospital nanti lama tunggu pulak.

So nampaknya.. baby takmo tarikh 11/12/13.. Balik rest, tapi rasa ngilu tu sampai ke malam rasa, teringat-tringat sampai sudah.
A day Before (11/12/13)

 12/12/13 (Khamis)
 Semalam fa dapat MC. So hari ni fa nak rest puas-puas. Semalam malam tetiba badan jadi seram sejuk. Menggigil tak tentu pasal. En.Suami cakap badan fa  panas sket. Mayb sebab siang tadi kena seluk sampai demam-demam. huhuhu.

Bangun subuh fa pg toilet perasan ada lendir darah. Tapi fa tak panic sebab Dr.Raja dah cakap mayb hari ni fa bersalin. Nasib semalam mama dah sampai. Fa kejut suami bagitau yang ada bleeding dia leh bantai tido lagi.. sabar je la. Tanak panic fa pg bilik mama cakap benda yang sama. Mama cakap mayb sebab semalam Doktor seluk kot sebab tu darah. Tapi ni darah lendir. Salah satu tanda nak bersalin kuar darah lendir.

Pukul 7 last meal fa Nasik Lemak Ayam Sambal. hahahha. En Suami siap boleh pergi site lagi.. fa kat rumah still boleh online, chatting. Memang tak sakit pon rasa. Kawan-kawan semua cakap tu tanda nak bersalin.. soh pergi hospital cepat-cepat nanti tak sempat. Ada yang cakap tunggu sakit. Fa memang tak sakit pon.sebab tu relax. Sempat buat last minit solat taubat & solat Dhuha sebelum fa rasa sakit-sakit ngilu. Tapi Mild. Tak sakit sangat pon.

Fa call suami soh balik. Fa dah ready nak pergi hospital.

Dalam pukul 12 tengah hari fa sampai Hospital Columbia, jumpa Dr.Raja dia cakap bersalin hari ni lah ye. Saya tolong. Masa ni bukaan fa baru 1.5Cm sama cam smalam.

Tolong bukak kan bukaan. Dr.Raja cakap dalam 6 jam dah boleh bersalin, insyaallah. Ya Allah semalam punya ngilu tak habis lagi, ni lagi skali kena seluk. Last bukaan lepas dr.raja seluk 3cm. Terus fa masuk labour room.

Masa lepas seluk tu tak la sakit sangat rasa. Yang sakit masa Dr.Raja tolong pecahkan ketuban 10 minit lepas tu start la kesakitan contraction yang fa sendri tak boleh nak bayangkan macam mana. Sambil Contraction, sambil mencurah-curah air ketuban mengalir. Kesian en suami kena marah-marah ngan fa. Tapi tengok dia rasa nak nangis je. Dah mintak maaf, fa marah lagi. hahahaha Tapi En.Suami memang penyabar.

Awal- awal masuk labour room tu fa dah cakap kat Midwife yang fa takmo ambil epidural. Ingat kan faham, rupanya tengah sakit-sakit tu dia datang tanya nak ubat tahan sakit ke tak. Fa tanya ubt tahan sakit tu apa? Dia kata ada 3.  Gas, Cucuk kat peha (Fa tak ingat nama dia) last skali Epidural.( Nak juga nak selit epidural).

Sebab tak tahan sakit, fa ambil yang cucuk kat peha, actually sakit still rasa, cuma ubat tu buat kita rasa mengantuk so kita tak lah rasa gangguan sakit tu sebab dah telalu ngantuk. Midwife cakap if tak tahan ambil gas kat tepi tu, tapi fa tak ambil. Fa tahan je. Kuat kuat kuat.

Lagi sejam nak 6 Jam, Dr.Raja chek lagi sekali bukaan. masih 5CM. So doktor bagi lagi sejam. kalau dah sejam bukaan still tak bukak, terpaksa czer. masa tu En.Suami dah cakap, kita redha je kalau kena czer kita terima. Masa lagi sejam doa Nabi Yunus tu fa tak lupa baca.Lagi kuat contraction lagi kerap contraction lagi kumat kamit fa baca.

Midwife datang check & fa cakap fa nak bersalin tak tahan. Midwife kuarkan kencing guna tiub dia tanya nak teran tu nak berak ke nak beranak? Belum sempat jawab kepala baby dah nampak. Biasa la kalau Private Hospital kan, kalau nak bersalin tu kena tunggu doktor. kalau tak mane la doktor tu nak dapat fees dia. Midwife ajar fa teran tapi dia cakap jangan teran kuat sangat kena tunggu doktor. Agak 10 Minit gak la tunggu doktor.. dalam 10 minit tu banyak kali fa teran. memang rasa sangat kepala baby nak keluar. Doktor sampai, belum sempat tukar baju, baru pakai apron, dia baru duduk fa teran sekali je. Tuppppp doktor letak baby atas perut. 1st yang fa tanya.. "anak saya ke doktor?" Sebab kejap sangat. Sekelip mata je. fa sempat dengar doktor cakap "ye kee dah 10CM meh sy tengok" pastu " Pandai ni teran.. bagus.. pasni boleh beranak banyak-banyak" tengok baby dah keluar. Syukur sangat.

Tepat jam 6.56pm Airis selamat dilahirkan. Airis keluar fa pandang dia terus dia senyum. En.Suami la yang paling happy sampai Doktor tegur "ayahnye takmo azankan ke?" baru la terhegeh-hegeh nak buat. Tapi fa frust, fa tak bagi Airis 1st susu (kolestrum) nurse dah ambil bersihkan.

Airis Nur Zulaikha (6.56PM 2.77kg) Hospital Columbia Puchong)

 Nurse tanya fa nak bagi susu badan or susu formula. Dia akn hanta Airis setiap 2 jam sekali untuk
 BF.

Bermula lah episode journey fa sebagai mamy & insyaallah fa akan tunaikan janji untuk Breastfeed secara Ekslusif & mana tahu WAHM dalam masa terdekat. :)

Thanks Mama, en suami, families & friends yg doakan fa & baby Airis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...