Nuffnang

Tuesday, November 26, 2013

Rawat Eczema dengan Produk Shaklee

Tahu tak semua, Shaklee pun ada supplemen yang dikhaskan untuk mereka yang mempunyai masalah eczema.

Eczema atau iritasi kulit yang desebabkan oleh alahan juga boleh dikurangkan dengan pengambilan supplemen-supplemen seperti dibawah ini.

1) Alfafa Complex:
Alfalfa merupakan raja bagi segala tumbuhan dan herba. Alfalfa Complex Shaklee kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah alahan dan penyakit kulit seperti eczema.

2) Omega Guard:
Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan.

3) ESP/Mealshakes
Meal Shakes dan ESP baik untuk pemulihan luka dan proses pengantian sel baru yang lebih sihat. Sel badan yang sihat memudahkan penyerapan nutrien dalam badan seterusnya memulihkan luka eczema dengan cepat.

4) Nutriferon
Mereka yang mempunyai eczema dikaitkan dengan sistem imuniti yang rendah dan abnormal untuk melawan sebarang jangkitan kulit. Maka, Nutriferon sangat digalakkan bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti badan yang rendah.

5) Vitamin E
Boleh di sapu untuk menghilangkan luka eczema berair dan memudarkan parut

6) Herbal Blend Multipurpose Cream
Boleh disapu dapat tempat yang terdapat jangkitan eczema. Herbal Blend Shaklee sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah eczema kering dan kulit kasar.
*tidak sesuai bagi eczema berair.



7) Basic H
Basic H2 Shaklee sangat sesuai untuk digunakan bagi mereka yang alah kepada sabun yang mempunyai bahan kimia. Campuran 5 titis Basic H2 ke dalam baldi mandian sudah mencukupi untuk mengering dan merawat eczema. 
*tidak sesuai untuk pesakit eczema kering kerana boleh menyebabkan kulit bertambah kering dan bersisik.

Bayi umur kurang dari 1 tahun.
Herbal Blend - sapu pada kulit yang kering untuk kurangkan gatal dan pedih.
Vitamin E - Disapu pada kulit yang luka.
ESP dan Omega Guard - boleh diambil oleh Ibu yang menyusukan bayi mereka yang menghidap eczema.

Kanak-kanak 1 tahun keatas.
Omega Guard - Boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur lebih 1 tahun untuk kawal dan rawat eczema.
Mealshakes - Untuk merawat kulit yang berparut dan membaiki kulit yang rosak.
Herbal Blend dan Vitamin E - Sapu pada kulit yang kering & Luka.

Remaja dan Dewasa.
ESP -  Membantu menghasilkan sel kulit yang baru dan sihat yang rosak akibat eczema.
Vitamin E - Vitamin E baik untuk kulit kerana ia berfungsi melicinkan kulit yang rosak akibat eczema dengan cepat. Boleh dimakan atau sapu pada kulit yang terluka akibat eczema.
Omega Guard - Penyakit eczema mempunyai kulit yang kering dan sangat sensetif jadi ia dapat membantu memastikan kulit sentiasa kekal lembab dan membantu menguatkan membran sel mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan.
Herbal Blend - Meredakan kegatalan dan pedih akibat luka eczema. Kulit akan berasa sejuk dan selesa sekaligus dapat menghilangkan kegatalan dan pedih
Mealshakes - Kaya dengan multivitamin untuk merawat kulit yang rosak.
Alfafa Complex - Menyahkan toksin dalam badan dan menguatkan sistem dalaman badan.
Nutriferon - Meguatkan sistem imun tubuh.

Contact fa untuk mengetahui yang mana satu bersesuaian dengan anda ye. Bukan kena ambil semua diatas. Fa akan cadangkan yang mana yang perlu je.  :)
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Apa itu Eczema?

Salam Sayang Semua,

Fa ni dari kecik memang ada masalah kulit sensetif. Masa fa kecik mama cakap fa kerap ada gatal-gatal dan merah-merah pada kulit. Asal peluh je mesti gatal-gatal. Memang kalau baby ni tak terkecuali terkena eczema. Tapi orang dewasa pon boleh kena juga. Mama dulu kena eczema. Sedih tengok belakang badan mama merah-merah gatal-gatal.



Apa itu ECZEMA? 
Eczema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal dan berlaku di kalangan bayi yang berumur 2-6 Bulan. Eczema tidak dapat dipulihkan, tetapi jangan risau sebab ia akan beransur pulih apabila meningkat dewasa dan boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai eczema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi.

Kesannya : kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah.
Bahagian yang kerap terkena :  tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Punca Eczema
Punca sebenar yang menyebabkan eczema masih belum dikenal pasti. Eczema bukanlah penyakit yang berjangkit, tetapi ada beberapa faktor dalaman dan luaran yang boleh terjadinya eczema.
  • Keluarga yang mempunyai sejarah eczema, asma atau alergi.
  • Perubahan emosi dan stress.
  • Pemakanan dari produk tenusu, telur, gandum, makanan laut dan pangambilan alkohol. 
  • Alahan terhadap sabun,kosmetik,kulat,debunga,haiwan peliharaan, hama atau habuk.
  • Bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi seperti asap rokok, bahan kimia.
  • Perubahan cuaca yang terlalu panas dan lembab.
Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Eczema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Rawat Eczema dengan Produk Shaklee.
1) Herbal blend multipurpose Cream
2) Basic H
3) Mealshakes
4) Omega Guard
5) ESP 



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Herbal Blend Krim Ajaib?

Herbal Blend Krim Ajaib?? Apa yang ajaib sangat krim ni eh??

Ha... tu la sebab fa buat entri ni, entri yang sebelum ni tak terfikir pon nak buat. Disebabkan ruam-ruam yang fa kena lately ni dan permintaan customer yang sangat tinggi, so fa pon buat la pasal entri ni supaya semua boleh faham apa itu HERBAL BLEND :)

Start dia camni,bila kawan fa ada mengadu pasal ruam-ruam dekat badan anak dia. Ye la cuaca hari tu panas kan, so bila berpeluh je naik la ruam-ruam merah-merah. Fa pon tak terkecuali, preggy ni badan sentiasa rasa panas.. berpeluh2 walaupun pasang aircond. Bila dah berpeluh naik la sekalian ruam yng gatal. Tergaruk sana tergaruk sini. RIMAS!!

Bila Herbal Blend ni ada je stock je kat HQ Shaklee, terus fa borong. Banyak testimoni dari pengguna yang kata krim ni sangat-sangat mujarab. Jom ambil tau sikit apa sebenarnya Herbal Blend Multipurpose Cream ni.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Paling best Herbal Blend ni semulajadi tanpa bahan kimia jadi ia selamat digunakan oleh seisi keluarga,

Kenapa Ia dipanggil Multipurpose Cream? Sebab Ia bukan difokuskan pada satu je masalah, Herbal Blend ni boleh digunakan untuk macam-macam masalah kulit.

 ♥ Ruam
 ♥ Luka kecil
 ♥ Calar
  Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun)
  Eczema
  Masalh kulit Gatal 
 ♥ Menghilangkan Parut 
                                            Melembutkan Kulit Yang Kasar 
                           Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
  Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
 ♥Memecahkan Lemak / Pembuangan Angin Dengan Cara Urutan Terutama Pada 
Bahagian Perut 
 ♥ Losyen Kegunaan Harian 
 ♥ Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
 
haaa bestkan! Sebab itu fa sendiri kena ada stok krim ajaib ni kat rumah. Gatal-gatal leh sapu. 
 
Kalau anak-anak kena ruam-ruam panas, atau gatal-gatal kulit seperti Eczema, boleh cuba krim ni. So fa boleh la sapu dekat si precious nanti kan. :)
 
 
 
Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Sunday, November 24, 2013

Solat Duduk untuk Ibu Sarat Hamil

Salam Semua

Next week genablah usia kandungan fa 36 minggu. 36 minggu = 9Bulan?? wahhh macam tak caya je dah nak sampai due fa nak bersalin. Doakn ye kawan-kawan. :)

Ok bila dah nak masuk 36 minggu, perut dah kedepan, dah merenggang, dah tak larat nak bangun duduk jalan, solat pon mesti rasa susahkan. Semalam fa solat zohor tetiba rasa terlalu susah untuk rukuk & bangun dari sujud. Sakit yang amat kat perut, lenguh rasa nak nangis je. Tapi gigih habiskan 4 rakaat zuhur. Lepas tu fa terus call mama tanya camne nak buat solat duduk?

Mama kate sama je cam solat berdiri, tapi beza dia duduk. Mama kata solat guna kerusi, tapi fa takmo sebab masalah fa bukan kaki, masalah fa perut yg membulat ni. Lagipon fa nak sujud dekat tikar sembahyang selagi larat. :)

Alhamdullilah, Solat Asar fa buat solat duduk, selesa & mudah. Fa siap google lagi cara-cara solat duduk.Ye la dulu mana ambil peduli pasal solat duduk ni. heheheh Jadi mummies semua yang sarat-sarat tu boleh la cuba solat duduk ni ye. No reason lagi after this. Mama kata lagi nak bersalin ni kena lagi dekat dengan Allah. Kena selalu mintak ampun. Nanti baby pon ikut kita beramal, jadi anak yang solehah. In Sha Allah. :)

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Friday, November 22, 2013

Set Slimming Budget murah dan berbaloi

Salam Semua.

Hari ni fa dapat PM dari customer yang nak cuba Set Slimming Shaklee. Customer ni nak turun berat badan tapi dia taktau nak ambil Set yang mana. Cerita punya cerita, dia pon setuju nak cuba Set Slimming Budget yang terdiri dari ALFAFA dan LECITHIN.

Harga? Kurang dari RM100. Customer ni macam tak percaya sebab sebelum ni dia memang ada beli lecithin dari jenama lain tapi yang serbuk. Itupon sekotak 15 sache RM100++. Tapi pantang dia pon dah banyak, tak boleh makan itu, tak boleh makan ini..... Tapi berkesan ke?

Memang..memang murah tapi result dia sangat ketara. Ramai dah yang cuba, berat turun kepada berat yang ideal. Set Slimming Shaklee bukan ubat kurus ye sayang-sayang semua. Ini adalah supplemen yang diambil untuk dapatkan berat badan yang ideal dengan cara yang sihat tanpa memudaratkan. Yang bestnya, tak payah sampai nak ikat-ikat perut, berlapar, tahan makan nasi, tak boleh makan itu ini untuk dapatkan berat badan yang ideal. Memang tak ada pantang pape & boleh je makan ape je yang kita nak makan, Tapi kalau nak dapatkan badan yang sihat kenalah minum 3 Liter air sehari, senaman dan makan kena jaga jugak (bukan skip makan terus ye)

OK testimoni kat bawah ni diantara mereka yang dah berjaya dapatkan berat badan yang diidamkan. Seingat fa, sebelum fa preggy dulu, fa pon amek Set Slimming ni sebab nak turunkan berat badan fa sebelum preggy. Alhamdullilah.. dalam masa sbulan berat badan fa turun 3KG!!! Tak tipu ok.. cuma takde amek gamba je. :)


Kalau budget CUN, boleh add on ESP/CINCH SHAKES. Sebab ESP & CINCH ni buat kita tahan sikit lapar so takde la makan banyak kan selain protien yang terkandung dalam Esp & Cinch ni dapat membina otot-otot badan supaya nampak fit gitu.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Thursday, November 21, 2013

Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu

Salam Semua.

Pagi tadi tetiba En.Suami cakap, "Mamy kena rajin membaca tau, baca buku inglish, baca buku ilmu, mengaji nanti baby kuar bijak. Bila dia besar I nak bawak dia pergi library, bookstore biar dia suka kat buku, mainan tu buang duit je" Haaaaa ok la kalau en suami cakap camtu kan, fa pon memang suka membaca.Bookstore tu dah memang tempat feveret!

Balik kerja tadi fa gigih g Kinokuniya sementara tunggu en.suami datang ambil. Pusing-pusing fa jumpa la buku ni .

Belek punya belek, bagus gak buku ni. Fa kan memang niat nak fully breastfeed si precious ni  jadi buku ni memang fa perlu untuk menambah ilmu tentang susu ibu. Macam-macam info dalam ni yang fa boleh sematkan dalam diri dari asas penyusuan, sampailah ke cara penyusuan yang betul.. Memang A to Z. Nanti boring-boring boleh baca. Nak kena katam.

Harga RM60.00 tapi info dalam ni sangat padat. Jadi takpayah lah fikir sangat pasal harga kan. 

Fa memang seawal preggy ni dah niat nak susukan si precious sampai 2 tahun. Jadi fa dah siapkan diri fa dari awal untuk persediaan jayakan penyusuan tu nanti. In Sha Allah. 

Seawal Preggy fa dah amalkan makan supplement Shaklee. Bukan untuk nak terus ada susu yang banyak sampai boleh buat stok. Tapi sebagai persediaaan diri fa. Sebabnya supplement yang kita ambil ni memastikan badan kita sentiasa sihat, bertenaga dan bersemangat jadi boleh lah hasilkan susu yang cukup dan berkhasiat untuk si precious. 

Kalau kita makan sebanyak & sehebat mana pon supplement tu kalau tak amalkan konsep cara penyusuan yang betul pon tak guna juga kan? Supplement ni sekadar membantu penghasilan susu bukan jaminan susu akan keluar dengan banyak tak henti-henti :) Nanti boleh pergi entry fa KAT SINI untuk fahami konsep penyusuan yang betul.

Ringkasan :
1) Si Ibu perlu menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang berkerja perlulah membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.
2) Si ibu perlu memastikan pengambilan air yang mencukupi  tidak kurang dari 3L sehari dan pemakanan yang seimbang. 
3) Sentiasa POSITIF
4) Pengambilan supplement bertujuan untuk memastikan badan ibu lebih bertenaga, sihat, ceria dan bersemangat secara langsung mampu membekalkan susu yang berkhasiat buat si manja.

Trimester 1
Vitalea
B-complex
Ostematrix
Vitamin C
ESP

Trimester 2-3
Semua di Trimester 1 + Omega Guard

Vitalea
B Complex
Ostematrix
Vitamin C
ESP
Alfafa

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Wednesday, November 20, 2013

Peluang Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee

Salam Sayang Semua,

Alhamdullilah dah nak masuk 9 Bulan fa preggy. Macam tak caya je semua ni terjadi. Tengok si precious ni guling-guling dan membesar dalam perut buat hati rasa  bahagia & bersyukur sangat.

Yup, hampir dua tahun fa tunggu saat-saat ni, hampir dua tahun fa terpaksa dengar cakap-cakap kurang enak dari orang yang sibuk tanya "bila lagi?" sampai bab-bab kesuburan pon orang sibuk nak pertikaikan. Tapi fa & suami sabar sebab kami yakin mesti ada cara & solutionnya.

Alhamdullilah fa & suami ditemukan dengan product Shaklee. Mula-mula fa memang ragu-ragu ye lah dah macam-macam product fa & suami cuba, duit pon habis banyak. So fa pon google, cari info tentang Product Shaklee ni, memang banyak orang yang berjaya hamil dengan hanya mengambil Supplemen dari Shaklee ni.

Tak puas hati lagi, fa google pulak info pasal kandungan yang terdapat dalam setiap supplemen Shaklee dan juga harga nak bandingkan dengan produk-produk dekat luar.

Fa ada juga pergi farmasi, cakap je kat promoter tu, nak supplemen untuk suami isteri nak dapat baby. Dorang akan suggest untuk isteri Multivitamin dan EPO (Evening Prime Rose yang terkandung GLA) dan untuk suami mereka suggest vitamin yang ada Vitamin E dan Zinc. Bila fa bandingkan kantiti, kandungan, dan harga, Shaklee lagi berbaloi & murah. Jadi tepatlah pilihan fa memilih Shaklee. :)

Sebelum fa decide nak preggy, fa nak turunkan dulu berat badan fa. Sebab bacaan BMI fa tak normal. Terberat sangat. Orang kata kalau nak senang lekat, kena turunkan sikit berat badan. Ye la sebab nak anak kan. kena la usaha lebih sikit. Jadi fa ambil Alfafa Complex. 

Selain nak turunkan berat, fa pon nak pulihkan masalah keputihan yang teruk ni. Alhamdullilah lepas fa makan Alfafa Complex dengan konsisten, keputihan fa kurang, berat pon turun 3KG dalam masa sebulan.

Segi period pulak, kiraan fa memang 32hari. Jadi lepas konsisten ambil Set Kesuburan kiraan period fa jadi 28hari normal. 

Lepas sebulan tu la fa preggy. Alhamdullilahhhhh... Suami pon tak ada masalah makan supplemen sebab sama-sama usaha kan.

Supplemen KESUBURAN Suami Isteri:


Untuk Isteri:
♥GLA Complex
~membantu mereka yang mengalami kitaran haid tidak teratur atau tidak tetap serta masalah senggugut ketika pra haid yang selalu dialami oleh para isteri.membantu meningkatkan kesuburan isteri sekaligus meningkatkan potensi untuk persenyawaan berlaku.membantu untuk sperma hidup lebih lama dalam tiup fallopio lalu meningkatkan peluang untuk persenyawaan berlaku.

♥Alfafa Complex
~Membantu dalam mengatasi masalah Keputihan.
~Dikenali sebagai kerana bertindak sebagai kacip fatimah dalam membantu dalam hubungan suami isteri.

Untuk suami:
♥Zinc
~Kandungan zink dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih tinggi daripada organ lain.
~Mesti diambil kerana zink merupakan mineral penting untuk kesuburan lelaki.
~meningkatkan kualiti sperma lelaki dan sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki.

♥Vitamin E
~lebih bertenaga dan meningkatkan keinginan seksual.
~membantu membentuk sel sperma yang sihat.
~juga bagus diambil oleh isteri untuk meningkatkan keinginan seksual.


Kalau budget ok boleh add ESP. Sebab ESP pon dapat membantu dalam proses kesuburan.

Manakala untuk suami yang merokok, boleh cuba COQ Health Plus.

Set Kesuburan ni bukan lah jaminan 100% untuk hamil, pemakanan, gaya hidup sihat,  kiraan waktu subur yang tepat selain doa & tawakal juga penting untuk mempercepatkan proses kehamilan. Suami juga perlu ambil berat dalam hal-hal ini. In sha allah.

Siapa yang tak nak anak kan?? Cuba bayangkan saat-saat kehamilan & saat-saat membesarkan anak sendiri mesti seronok kan? Jadi untuk dapatkan set kesuburan ni boleh contact fa ye :) In Sha Allah fa akan beri tip-tip dan konsultasi untuk customer fa.

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays). 

Wednesday, November 6, 2013

Kelebihan ESP terdapat pada semua SET!! AWSOME!!!

Salam Sayang Semua.

Setiap kali fa restock mesti ada ESP ni. Memang HOT SELLING betul ESP ni. Tahu tak kenapa ESP ni MOST WANTED?? Sebab ESP ni terdapat dalam kebanyakkan Set-set Shaklee.

Kenapa ESP perlu dimiliki oleh semua?
√ Halal
√ Kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetic)
√ Setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
√ Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.
√ Rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.


KOMBINASI ESP & Supplemen Shaklee :

Kesuburan
1) ESP + GLA
  • Stabilkan Hormon
  • Mewujudkan Kitaran Haid yg teratur / mudah untuk merancang kehamilan
  • Mengecutkan Cyst
Slimming
2) ESP + LECITHIN
  • Memberi rasa kenyang berpanjangan
  • Membakar lemak dalam tubuh
  • Merendahkan Kolestrol.
Hamil/Baby Bijak/Ibu Sihat
3) ESP + OMEGA GUARD
  • Memberi tenaga kepada ibu
  • DHA & Omega 3 untuk perkembangan otak bayi
Milkbooster
4) ESP + Alfafa
  • Merangsang penghasilan susu
  • Memberi tenaga kepada ibu
  • Menambah stok EBM
Kecantikan
5) ESP + VITA E
  • Kandungan Protien dalam ESP membantu pertumbuhan sel kulit baru.
  • Menghilangkan parut jerawat
  • Anti penuaan
Energy Booster
6) ESP + Performance Drink
  • Memberi tenaga berpanjangan tidak mudah letih
  • Rasa kenyang yang berpanjangan
Pembedahan/Bersalin
7) ESP + Zinc
  • Menghilangkan stretch mark
  • Memulihkan luka pembedahan dengan cepat.
  • Menganjalkan perut & tubuh menggeleber selepas kehamilan.
Gastrik
8) ESP + Peppermint Ginger Plus
  • Memberi rasa kenyang yang berpanjangan
  • Mengurangkan masalah gastrik, kembung perut dan angin
ESP ni memang terbaik. Semua pon boleh minum ESP ni tak kira budak, dewasa orang tua, orang muda. Fa memang tak miss ESP ni sebab ESP buat badan fa ade energy la time-time tengah sarat ni. Lagipun sebab terlalu sibuk, ESP ni la buat fa tahan sikit lapar sementara nak tunggu sampai opis breakfast. Jom beli ESP ni dengan fa semestinya harga penjimatan fa akan beri pada semua :)

I LOVE ESP




Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Tuesday, November 5, 2013

Week 32 : Saya dah semakin Ready nak jadi Mummy :)

Salam sayang semua.

Masa fa dekat majlis nikah sepupu fa, semua tegur fa perut dah makin besar. Memang la bulan 12 nak meletop dah.. Si precious pon guling-guling hepi dapat makan best. Bahagianya rasa.

Ada sorang aunty fa tegur cakap perut fa nampak tinggi, takut baby sonsang. Tapi dia cakap nanti baby akan pusing jangan risau. Ok of coz risau sebab Si Precious ni ade history sonsang kan macam fa cerita dekat entri lepas.

Hari ni fa dapat 2 petua best. Petua nak kasi senang bersalin. Thanks anty-anty & nenek for sharing this Petua. Doa-Doakan ye fa senang bersalin. Ok Petuanya camni :

1) Ikat perut dengan kain/tali pinggang:
Sebab perut fa nampak tinggi, nenek bagi petua ni sebab nak kasi baby turun sikit so senang la nak bersalin nanti.
Cara : Ambil kain/shawl panjang/tali pinggan ikat dekat bahagian atas perut. Jangan ikat kuat sangat. Ikat kasi selesa.

2) Start minum minyak kelapa dara.
Cara : Setiap malam sebelum tidur minum sesudu Minyak Kelapa Dara sambil selawat & niat supaya mudah bersalin. Kazen fa yang amalkan petua ni cakap memang senang nak bersalin, baby tu keluar lancar je. OK memang menarik konfem cuba.

Minyak kelapa dara ni boleh beli kat mana-mana. Macam fa ada aunty fa yang memang supply Minyak  ni, so fa dapat present dari dia. hihihi.

Selain tu boleh minum air zam-zam dan makan kurma. Lagi petua boleh pg kat entri Lepas.

Lagi best ada yang tegur badan fa tak naik sangat. Steady je. Fa cakap la OMEGA SHAKLEE punya penangan.Berat naik tak mendadak Alhamdullilah.Fa dah ready nak begelar mamy kepada si precious. Semakin tak sabar rasanya nak kiss & hug precious.



Bermula segalanya dari sini :)


 Nampak tak cepatnya perut fa membesar tapi badan takde la kembang sangat. Fa ni memang dari family yang besar-besar. Jadi sepatutnya berat fa mungkin dah sampai 100++ KG sekarang. Tapi sebab fa tak miss makan Omega Guard (kecuali time makan ubat spital) & supplement shaklee yang lain. Alhamdullilah setiap bulan berat fa cuma naik 5g. (Hebat tak?) Nanti bulan depan fa akan bagitau latest berat fa dan berapa KG fa naik sepanjang 9 Bulan mengandung.

Semestinya PILIHAN 100% fa sepanjang Hamil = SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE

Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Supplemen Shaklee untuk Penyakit Buasir.

Salam Sayang Semua.

Disebabkan Biji Manjakani fa tak jumpa-jumpa lagi, Jadi fa hanya sapu minyak gamat dekat bengkak buasir tu. Alhamdullilah fa rasa makin kecut la. Walaupun stil sakit. Tahan je la. huhuhu

Start je kena buasir fa pastikan pengambilan air yang cukup & Supplemen Shaklee fa tak tinggal setiap hari.

Tahu tak Shaklee pon ada untuk penyakit Buasir??





Ostematrix
Membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

Omega Guard
Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur yang membengkak sehingga proses pembuangan air besar menjadi perit. Omega bertindak membantu untuk mengecutkan otot-otot yang bengkak tersebut.

Zinc Complex
Disarankan untuk pesakit buasir ditahap yang tinggi seperti najis keluar bersama darah dan pembuangan air besar dirasa sangat perit. Zinc Complex bertindak menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

So far fa makan Ostematrix dan Omega, Buasir fa kurang sakit dan makin kecut. Alhamdullilah. Namun fa tetap kena cari Biji Manjakani kasi cepat sikit kecut dan supaya ianya tak berulang. Kita cuma mencuba dan tawakal. Allah juga yang MAHA Penyembuh.



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Monday, November 4, 2013

Petua dan Tips : Buasir

Salam Sayang Semua.

Wanita hamil memang tak boleh lepas dengan macam-macam masalah kesihatn. Antaranya buasir. Tapi boleh ke kita elak dari terkena buasir semasa kehamilan?? Buasir terjadi bila kita sembelit & meneran dengan kuat semasa proses membuang air besar. Cara terbaik ialah dengan memastikan kita tidak sembelit supaya pembuangan air besar berjalan dengan lancar dan mudah.

 Tip-tip berikut akan membantu anda:
  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.

Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.  -SUMBER-



Kalau anda degil seperti fa takmo jumpa doc, boleh cuba tip-tip kat bawah ni untuk merawat Buasir yang menganggu.
  • Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit. Elakkan dari menggaru tempat yang gatal kerana ini hanya akan membuatkannya lebih teruk.
  • Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
  • Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
  • Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
Fa tanya ramai jugak orang Petua nak kecutkan Buasir ni. Habis la semua dah tau fa kene buasir huhuhu. Aunty fa cakap cuba masukan buasir tu dengan sabun buku. OK bukan la sebuku sabun tu tapi ambil secoet je pastu tolak sama-sama dengan buasir kedalam. Tapi dia kata nanti fa akan yak yak la. (Ok mungkin tidak fa ikut cara aunty fa ni huhuhu)

Last fa tanya kawan opis fa, seingat fa dulu dia pon kena sembelit. Jawapan dia senang BIJI MANJAKANI.
Manjakani - Google
Siapa kata Manjakani ni untuk buat jamu perapat je? Rupanya boleh jugak untuk kecutkan Buasir dan luka lepas bersalin. Manjakani ni boleh beli dekat kedai-kedai india atau kedai-kedai ubat cina. Merata fa cari sampai suruh en suami cari time dia pergi site nanti. Tapi still belum jumpa sebab kebanyakan kedai runcit india kan tutup sebab deepavali. Kedai jamu pulak tak jual yang fresh mcm ni semua dah proses buat jamu. Time fa takmo ade je fa nampak manjakani ni. Time perlu boleh lupa plak mana nak cari. haiz.

Kawan fa cakap, Biji Kani ni gesek belakang lesung, serbuk tu sapu kat buasir. 2 Hari dah kecut. Kena rajin buat setiap malam sebelum tidur. Dia soh cepat-cepat buat sebab dah nak bersalin. Nanti kalau tak kecut masa meneran bersalin takut lagi worst sampai keluar lagi besar!! OMGGG takmo la... Choiii!!

Memang banyak khasiat Biji Manjakani ni, Kalau jumpa memang fa soh en.suami beli sekilo. Nanti masa pas bersalin boleh buat air cuci tutt nak kasi luka jahit cepat baik. Harap-harap la en suami balik kang dia bawak balik manjakani ni.. Help me Ya Allah.

Selain Tip-tip dan Petua ni, fa pastikan fa tak miss makan supplemen Shaklee. At least boleh kurangkan kesakitan & tak buat buasir tu jadi lagi mudarat.

1) Ostematrix 
Untuk elak sembelit jadi lagi.

2) Omega Guard
Untuk mengecutkan bengkak buasir.



Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

32 Weeks - Buasir Oh Buasir

Salam Sayang Semua.

Semakin hari nak dekat bersalin, macam-macam pulak dugaan fa. Lepas satu-satu penyakit yang datang. Alahai... bukan nak merungut... Fa redha sebab Si Precious dalam ni nak membesar. Tapi memang fa nangis la sebab ada kadang-kadang tu takboleh nak tahan emosi.

Ok back to tajuk entri, BUASIR. Semua of coz tau buasir tu apa kan? Ringkannya ialah pembengkakkan luar biasa pada dubur yang membenjol keluar dan menyebabkan ketidakselesaan seperti terasa sakit, perit, gatal atau berdarah. Buasir disebabkan oleh terlalu banyak tekanan dibahagian rektum yang menyebabkan bahagian dinding vena darah terenggang dan membenjol.

Buasir ada dua jenis :
1) Buasir Dalaman
- Tidak menyebabkan kesakitan.
- Tidak gatal dan tidak boleh merasanya kerana kedudukan di bahagian paling dalam di usus besar.
- Tidak bahaya  tetapi sekiranya berlaku pendarahan perlulah segera dirawat.
Nota kaki : Fa pernah kena masa si Precious berapa bulan tah. Nasib sehari je pastu sekejap pastu dah takde so fa takde la risau sangat.

2) Buasir Luaran
- Sakit, Gatal, Pedih sebab benjolan yang terkeluar dari dubur.
- Benjolan boleh menjadi semakin membengkak.
- Boleh dimasukan dengan cara menolak buasir itu kedalam tetapi sekiranya ia membengkak harus mendapat rawatan dengan segera.
Nota Kaki : Oh yes, ni la yang fa tengah kena.


Punca-punca Buasir :
1) Duduk yang berterusan
2) Batuk teruk
3) Kehamilan
4) Bersalin
5) Mengangkat benda berat
6) Duduk mencangkung didalam tandas dengan terlalu lama.
7) Cirit birit
8) Meneran dengan kuat semasa membuang air besar (Sembelit)

Fa pernah baca & kawan-kawan pernah bagitau, Buasir pada wanita mengandung adalah normal. Rata-rata kalau kita tanya mesti semua wanita mengandung mengalaminya. Beza cuma besar kecik je la bengkak tu kan. Fa pulak lepas je kes fa kena asthma & ambil antibotik hospital, fa skip makan supplemen Shaklee sebab nak concentrate dengan ubat hospital. Last-last mulut semakin kering, terus sembelit dan terjadi la buasir ni. Sebab ubat hospital ni bukan organik macam shaklee. Sebab tu kalau boleh jangan depends sangat dengan ubat hospital. Not Good!

Lagi satu bila kita mengandung, jumlah darah dalam badan bertambah dan tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah dan kemungkinan akan membengkak akibat tekanan yang diterima daripada berat baby yang semakin membesar. Kebanyakkan mereka yang mendapat buasir adalah bila masuk Trimester ke-3 kehamilan (fa la tu!)

(Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.)
**SUMBER

So far bila fa start balik makan Omega & Ostematrix Shaklee, bengkak tu makin surut cuma jadi sakit sebab fa paksa buasir tu masuk dengan menekan masuk tapi dia akan keluar balik. Fa pon dah tak sembelit lagi. Fa pastikan minum air yang banyak.

Tapi percayalah, Buasir sangat merimaskan sama seperti hidung tersumbat. En suami ajak pergi jumpa doc tapi fa takmo sebab fa still boleh handle kesakitan takat ni, (Hebat tak mamy Si Precious ni?) Lagi satu sebab fa dah penat asik kena jumpa Doc je jadi fa decide nak pantau sendiri selagi ia tak membekak dengan besar. In Sha Allah. Mungkin ada je kan petua-petua yang boleh guna nak kecutkan buasir ni. Nanti fa share dengan semua k. 

Saturday, November 2, 2013

Congrats Dear Cuz!!

Salam Sayang Semua,

Akhirnya sorang lagi kazen fa yang selamat diijab kabul hari ini. Alhamdullilah. Bertambah lagi keluarga Abu Bakar Hasan dan Nyonya Sawab.

Semoga menjadi isteri yang solehah, dikurniakan zuriat & semoga bahagia till Jannah, amin. - In Sha Allah-

CONGRATULATIONS SHARIFAH SHAHIRA & HISHAM REZA
Newlywed
Newlywed with mamy & dady
Mak Buyung dengan cuzins
Happily Ever After

Friday, November 1, 2013

Testimoni : VIVIX

Salam Sayang Semua.

Bulan November ialah bulan untuk VIVIX™, Jom baca testimoni dari pengguna sirap tonic TERBAIK dari SHAKLEE.



Dan yang lagi menarik, VIVIX ni pilihan artis cantik AYU RAUDAH!!

Antara tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah adalah:
Tips kecantikan wajah 
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- Menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai
Tips kesihatan rambut 
- Menggunakan daun bunga raya
Tips kesihatan tubuh badan 
- Menjaga pemakanan
- Melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- Mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)         

Untuk mengetahui lebih lagi pasal tonik awsome shaklee boleh baca dekat entri fa kat LINK ni.


JOM Beli VIVIX dengan Harga Promosi & Penjimatan!!! 
 




Shaklee ID (949399)
Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sebanyak 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.





VIVIX Tonik Anti Penuaan Shaklee Terbaik

Salam Semua

Memandangkan Promo Deal bulan ni VIVIX™, fa pon mestilah buat entri pasal produk Anti Penuaan Shaklee yang sangat ajaib ni. Jom kita kaji selidik apa kelebihan dan kebaikan yang boleh didapati dalam sebotol VIVIX.

Apa Itu VIVIX?

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Kebaikan Vivix Shaklee

~Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan
~Memelihara keseluruhan kesihatan
~Anti oksida yang sangat baik - awet muda
~Membantu anda merasa lebih bertenaga
~Mengurangkan risiko kanser
~Membantu pesakit diabetic
~Menguatkan sistem imun

Kehebatan/Kelebihan VIVIX Shaklee:

1. Ramuan vivix melindungi dan memperbaiki sellular DNA.
Setiap hari, setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur.
 
2. Pengawalan Genetik 
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.
Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru, menunjukkan ramuan vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menyokong melambatkan penuaan tahap selular.

3. Membantu meningkatkan tenaga dalam sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.Ramuan vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitichondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

 4. Vivix melambatkan pembentukan ACE
Penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.


Kalau berminat dengan VIVIX Shaklee ni PM fa k. Sebab VIVIX tengah offer bulan ni jadi sangat berbaloi untuk dimiliki.



**Vivix tidak dibenarkan beri kepada kanak-kanak, wanita hamil, dan ibu yang sedang menyusukan bayi.


Shaklee ID (949399)

Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...