Nuffnang

Saturday, July 27, 2013

ESP macam pisang goreng panas!

Salam Semua.

Haaa.. jangan terkejut la tengok muka fa kat entry ni. Bukan nak promote diri tau tapi Fa nak tunjuk ni la muka perempuan yang tengah mengandung 4 bulan. Nampak tak kulit fa tu? Tu la keberkesanan ESP yang fa minum sepanjang fa pregnant ni.

Ok FYI, ESP dah out of stock dekat semua Cawangan Shaklee memandangkan permintaan yang tinggi. Jadi Pihak Shaklee dengan baik hatinya buat PRE-ORDER. Stock akan diutamakan untuk mereka yang dah buat order.

Jadi sesiapa yang nak stock ESP cepat, boleh join PRE ORDER dengan Fa. Insyaallah awal bulan Ogos boleh dah dapat. Bayar separuh dulu pon boleh.

Cepat-cepat call/msg/whatsApp Fa 012-3841916 @ 010-2322134 sebelum kehabisan stock.

Pengedar Shaklee di Kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil dan sekitarnya.

Salam semua,

Nak dapatkan produk Shaklee dengan  mudah boleh contact Fa. Fa ialah pengedar dikawasan Sri Petaling , Bukit Jalil dan Kawasan sekitarnya. Untuk Weekdays boleh juga COD di KLCC.

Jadi sesiapa ingin dapatkan produk ini dengan segera boleh call/whatsup/message Fa dekat 012-3841916 atau 010-2322134.

Friday, July 26, 2013

Jeragat hilang, Kulit gebu, licin dengan Collagen Powder Shaklee

Salam semua,
Tergerak hati nak buat entri pasal Collagen Powder Shaklee ni bila ramai pulak orang yang tanya kat fa pasal ni. Dah nak raya ni lagi la ramai yang bertanya pasal Collagen magic ni.
Sebagaimana semua orang tahu, kulit kita memang tak terlepas dari terdedah kepada pencemaran dan sinaran UV yang merbahaya. Jadi kulit akan cepat kusam, tidak bermaya, timbul jerawat dan jeragat yang mengganggu penampilan kita.
Siapa yang tak mahu kulit yang cantik,gebu,licin dan menawan kan? Sebab itu fa suggestkan Collagen Powder ni. Jadi lepas ini kita akan tampil dengan lebih yakin dengan kulit yang cantik time raya nanti. :D

Monday, July 22, 2013

Imbasan Ultrasound- Bahayakah pada Bayi?

Salam Semua.

Hari ni Fa nak buat entry pasal Ultrasound. Sebenarnya Fa pon tertanya-tanya boleh ke kita buat ultrasound ni dengan kerap? sebabnya Fa kan checkup dekat Klinik Swasta, semestinya setiap bulan tu kena scan.

Bagi Fa, Kebaikan buat ultrasound ni kita boleh tahu keadaan rahim dan baby dalam keadaan baik bagi elakkan dari benda-benda yang tak elok. Bukan semata-mata untuk tahu jantina.

Terdetik nak buat entri ni bila Fa ditegur oleh seseorang bila Fa semangat bercerita pasal nak scan baby. Pada dia, kalau setiap bulan kita scan dapat jejaskan kandungan. Kira tak elok la. Pendapat orang lain-lain kan. Jadi Fa Google la untuk mendapatkan kepastian.

Apakah yang dimaksudkan dengan imbasan ultrasound?
Imbasan ultrasound ialah sejenis alat diagnostik masa kini yang sangat berguna untuk memantau pergerakan bayi melalui imej dinamik yang digambarkan pada skrin monitor. Gelombang bunyi berfrekuensi sangat tinggi antara 3.5-7.0 megahertz (iaitu 3.5 ke 7.0 juta pusingan per saat) lazimnya digunakan. Gelombang ini dipancarkan dari transduser yang diletakkan di abdomen wanita dan digerakkan untuk melihat (menyuluh seperti lampu picit) kandungan rahim. Sinaran ultrasound yang berulang-ulang akan mengimbas bayi dan dipantulkan semula ke transduser yang sama. Maklumat yang diperolehi dari pelbagai pantulan ini akan dibentuk semula menjadi gambar di skrin monitor. Pergerakan seperti denyutan jantung bayi boleh dinilai dan pengukuran boleh dibuat ke tahap yang sangat tepat berdasarkan imej yang ditunjukkan di skrin. Pengukuran sebegini menjadi asas dalam menentukan usia kandungan, saiz dan tumbesaran bayi yang dikandung.

Perlukah saya menjalani imbasan ultrasound untuk kehamilan?
Imbasan ultrasound kini dianggap sebagai kaedah yang selamat, ‘non invasive’, tepat dan menguntungkan. Ia telah berkembang menjadi satu alat obstetrik yang sangat diperlukan dan berperanan penting dalam penjagaan setiap wanita hamil.

Bolehkan imbasan ini membantu mengenal pasti sebarang masalah berkaitan kehamilan dan bayi?
Ya, imbasan ultrasound dapat membantu mengenal pasti sebarang masalah berkaitan kehamilan dan juga bayi. Ia telah digunakan dengan meluas untuk:
  • Mendiagnos dan menilai kehamilan peringkat awal.
  • ‘Karung’ kehamilan boleh dilihat seawal 4½ minggu kehamilan dan karung yolka lebih kurang pada 5 minggu. Gema dan denyutan jantung janin biasanya dikesan dengan jelas pada 7 minggu kehamilan.
  • Diagnosis awal untuk keguguran yang tidak dikesan, kehamilan ektopi dan kehamilan molar.
  • Mengetahui usia kehamilan dan menilai saiz janin.
  • Kepada pesakit yang tidak pasti mengenai tarikh haidnya yang terakhir, pengukuran ini perlu dibuat secepat mungkin semasa kehamilan untuk menentukan tarikh kelahiran yang betul. Apabila kandungan telah membesar, mengukur parameter badan akan membolehkan anda menilai saiz dan tumbesaran janin. Seterusnya ia amat membantu dalam mendiagnos dan menangani tumbesaran janin yang terbantut.
  • Penentuan kedudukan uri.
  • Mendiagnos kehamilan kembar.
  • Pengesanan Oligohidramnios/Polihidramnios.
  • Pengesanan awal kecacatan janin.
  • Mengesahkan keguguran dan kematian janin dalam rahim.
  • Mengesahkan keadaan janin.
  • Menilai pergerakan janin, tonus dan pernafasan.
  • Mendiagnos sebarang keabnormalan pelvis dan rahim semasa kehamilan seperti wujudnya Sista Ovari, Fibromiomata.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk menjalani imbasan ultrasound?
Tiada ketetapan mengenai sekerap manakah anda perlu menjalani imbasan ultrasound semasa hamil. Imbasan diarahkan apabila terdapat sebarang keabnormalan yang disyaki dari segi klinikal. Jikalau tidak, imbasan biasanya dijalankan lebih kurang pada minggu ke tujuh kehamilan untuk mengesahkan kehamilan, kehamilan kembar, menyingkirkan kemungkinan kehamilan ektopi atau molar, mengesahkan denyutan jantung dan mengukur panjang kepalapunggung dari hujung ke hujung untuk menentukan tarikh kelahiran.
Imbasan kedua dilakukan pada 18-20 minggu untuk menentukan kecacatan kongenital dan menentusahkan tarikh kelahiran dan tumbesaran. Imbasan kali ketiga mungkin dilakukan sekitar 34 minggu untuk menilai saiz janin dan tumbesaran janin serta menentusahkan kedudukan plasenta.

Berapa kerapkah saya perlu menjalani imbasan ultrasound?
Bilangan imbasan yang dijalani berbeza-beza bergantung sama ada imbasan yang lalu telah mengesan sebarang keabnormalan yang memerlukan penilaian susulan. Sama ada kehamilan perlu diimbas secara rutin ketika usia kehamilan 18-20 minggu, masih merupakan satu kontroversi.

Adakah imbasan ultrasound selamat untuk bayi saya?
Imbasan ultrasound telah digunakan sejak 35 tahun yang lalu (bermula pada akhir 1950an) ke atas wanita hamil. Berbeza dengan X-ray, pengionan tidak berlaku dan kesan toksik terhadap embrio akibat radiasi adalah tidak relevan dalam hal ini. Penggunaan imbasan ultrasound berintensiti tinggi dikaitkan dengan kesan peronggaan dan pemanasan yang boleh terjadi akibat pengionan yang berpanjangan dalam eksperimen makmal. Bagaimanapun banyak kajian klinikal mengenai penggunaannya untuk diagnosis yang telah diterbitkan dalam jurnal perubatan tidak menunjukkan kesan merbahaya ke atas sel-sel haiwan ujikaji atau manusia. Penemuan dalam satu kajian yang melaporkan bayi yang terdedah kepada imbasan ultrasound mempunyai berat badan lahir yang rendah tidak menunjukkan kebolehberulangan. Namun persetujuan umum menyatakan imbasan ultrasound baik digunakan apabila perlu.

Ultrasound tidak jejas bayi
Mesin pengimbas diguna untuk mengetahui usia, struktur janin, keabnormalan kandungan dan penyakit yang dihidapi.
PERSOALAN yang sering bermain di benak wanita yang pertama kali hamil ialah adakah mesin pengimbas (ultrasound) selamat untuk kandungan? Adakah perkembangan bayi dalam kandungan boleh terencat disebabkan mesin pengimbas itu?
Jawapan paling mudah ialah mesin ultrasound yang sudah digunakan dalam dunia perubatan lebih 30 tahun lalu, tidak memberi sebarang kesan buruk kepada kandungan.

Begitupun, hampir semua pengamal perubatan perbidanan dan sakit puan bersetuju pendedahan bayi dalam kandungan kepada mesin pengimbas jangan terlalu kerap dan lama. Ia juga harus dibuat berdasarkan keperluan dan kepentingan.

Sejak diperkenalkan, teknologi ultrasound sentiasa dipertingkatkan. Jika dulu ultrasound membabitkan 2D, tetapi kebelakangan ini ultrasound 3D dan 4D cukup popular.

Mungkin kebanyakan orang berpendapat, ultrasound hanya digunakan untuk mengetahui jantina anak.

Sebenarnya fungsi ultrasound lebih daripada itu. Ia digunakan pada awal kehamilan untuk menentukan viabiliti (memastikan bayi berada dalam rahim dan pergerakan jantungnya normal).
Selain itu, ia juga berupaya mengesan berapa jumlah kandungan dan menentukan usia kandungan untuk menganggarkan tarikh kelahiran (estimated date of delivery). Dalam inovasi terkini ultrasound pula, 3D dan 4D memberi kelebihan dalam mengesan keabnormalan bayi dalam kandungan.

Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Fetal Medicine & Gynaecology Centre, Dr S Raman, berkata ramai wanita di Malaysia hari ini berkahwin dan memulakan keluarga pada usia 30 tahun.
Justeru, pada usia ini, tahap kesuburan sebenarnya merosot dan risiko terhadap kelahiran bayi yang memiliki kesilapan kromosom (chromosomal disorder) agak tinggi. Dengan imbasan yang dinamakan ‘nuchal scan’ (dilakukan antara 11 hingga 13 minggu kehamilan) ia digunakan untuk mengesan sindrom down.

Nuchal translucency (NT) menyukat ruang bawah kulit pada leher. Peningkatan dalam ukuran NT meningkatkan risiko sindrom down dan keabnormalan kardiak pada bayi. Dengan menggunakan parameter ini, 83 peratus sindrom down boleh dikesan menerusi imbasan.

Selain itu, menggunakan mesin ultrasound 3D juga, membolehkan kita melihat kelainan pada struktur bayi seperti bibir sumbing atau spina bifida (kecacatan pada tulang belakang). Masalah bibir sumbing, polydactyl (memiliki lebih jari kaki), micrognathis (rahang besar sebelah), telinga yang tidak terbentuk dan lain-lain keabnormalan yang boleh dilihat dari segi luaran fetus lebih terbuka.Begitupun, kualiti imej bergantung kepada keadaan bayi dan jumlah air ketuban di sekelilingnya.

Ada antara keabnormalan yang dilihat boleh diperbetulkan ketika bayi masih dalam kandungan. Bagi keabnormalan yang tidak boleh diperbetulkan, ibu bapa sekurang-kurangnya sudah bersedia secara mental. Bagaimanapun, apakah imbasan menerusi 3D dan 4D menjadi kemestian kepada setiap wanita hamil atau sekadar keperluan ‘mewah’ yang sentiasa mencari jalan untuk menggoda pengguna?

Apatah lagi, kadar untuk imbasan 3D dan 4D dianggap mahal dan bukan boleh dipenuhi oleh setiap pengguna.

Kemunculan ultrasound dengan inovasi terkini bunyinya memang menguntungkan pihak pengguna. Bagi ibu bapa muda, melihat pergerakan, wajah dan mengikuti perkembangannya setiap bulan tentu saja mengujakan.

Bagi ibu bapa yang pernah dikurniakan anak bermasalah dari segi fizikal, tentu saja 3D membuat mereka ingin tahu adakah kelahiran kedua akan sama seperti sebelum itu.
Teknik imbasan 3D juga dikatakan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan anak sebelum dia dilahirkan. Begitupun, tidak semua pakar perbidanan menganggap ultrasound 3D atau 4D ini ‘mandatori’ dan bakal mengambilalih imbasan konvensional 2D. Ada sesetengah diagnosis masih boleh dibuat menerusi 2D.

Bagi ibu yang tidak memiliki rekod kelahiran atau kesihatan yang abnormal, kebanyakan mereka yakin akan melahirkan bayi sihat tanpa perlu imbasan menerusi 3D. Justeru, pilihan terbaik di tangan anda.





Sunday, July 21, 2013

Cara Untuk Mengetahui Jantina Bayi dalam Kandungan

Salam Semua

Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh M2B ialah dapat tahu jantina bayi dalam kandungan. Alhamdullilah next month genap la baby dalam ni 5 Bulan, pastu boleh buat 3D scan. Hope la baby tunjuk jantina dia pastu boleh la shopping dan bagi nama. YAY!!

Dalam masyarakat kita sendiri banyak kepercayaan dan tip-tip untuk tentukan jantina bayi dalam kandungan. Kalau kita Google pon banyak je entri yang berkaitan dengan ni. Salah satu yang Fa jumpa dekat BabyCenter.

Baby Boy :
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
Baby Girl :
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
Ada juga yang percaya jika kita mengandungkan baby girl, baby girl tak suka kat kita, kalau baby yang kita kandungkan, baby boy pulak tak suka kita dan sebaliknya. 

Fa tak kesah sangat boy or girl sebab ni anak yang sulung. Janji selamat dan mudah dilahirkan.
 

Saturday, July 20, 2013

Kenapa MEAL SHAKES?

Salam Sabtu Semua,

Eh dah sabtu kan.. selalu nya hari-hari sabtu ni mesti mood nak memasak. Tapi sebab puasa jadi kita pon update blog. :)

So entry kali ini Fa nak cerita pasal Meal Shakes la. Meal Shakes ni ala-ala ESP. Selalunya customer Fa beli Meal Shakes untuk anak-anak mereka. Tapi tahu tak Meal Shakes ni bukan untuk anak-anak je? Meal Shakes ni boleh juga diambil oleh Ibu yang Menyusu dan Ibu Hamil (Fa la tu!)

Siapa yang perlu MEAL SHAKES?


  • Sesuai untuk semua kanak-kanak terutamanya yang kurang selera makan atau yang sembelit.
  • Kanak-kanak obesiti. 
  • Kanak-Kanak yang Asthma 
  • Anak yang kerap demam
  • Ibu mengandung, ibu menyusu.
  • Pesakit yang dalam proses pemullihan selepas operation.
  • Mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat).
  • Dicipta juga untuk anda yang tidak gemar supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dalam bentuk serbuk, dibancuh jadi minuman yang sangat lazat.
  • MealShake ini juga bagus untuk mereka yang ingin menambah atau memantau berat badan.

6 fakta tentang MEAL SHAKES?
 
1. NUTRISI LENGKAP
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


===========================================


Shaklee ID (949399)


Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).

Friday, July 19, 2013

Testimoni Pengguna MEAL SHAKES

Salam Semua

Alhamdullilah ramai ibu-ibu yang ada masalah dengan anak-anak yang "Picker Eater" , Sembelit, Kurang makan dah lega lepas beri anak-anak minum Meal Shakes ni.

Dulu Fa amalkan ESP je, sekarang Fa campur dengan Meal Shakes sebab perlukan tenaga extra semasa berpusa. Selain dapat tahan dari lapar sepanjang hari, Fa perasan kulit kering yang Fa dapat masa Pregnant ni dah OK selain gatal-gatal yang menghantui Fa pon dah OK. Alhamdullilah. Mungkin ini la Khasiat dan Kebaikan Meal Shakes Shaklee ni kan.



Untuk Naikkan Berat Badan
Untuk Penyakit Asthma
Untuk Penyakit Kulit

Anak Memilih Makan
  • Hidangan yang lazat berperisa vanilla, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga: 
  • Sarapan segera yang berkhasiat 
  • Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli 
  • Hidangan segera untuk para atlet 
  • Kudapan menarik pada bila-bila masa 
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
  •  Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga 
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
==========================================
Shaklee ID (949399)


Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).
 

Resepi Meal Shakes untuk dikongsi

Salam Semua.

Nak tahu resepi Meal Shakes? Ramai yang kongsi ngan Fa resepi ni. Mana tahu boleh buat time nak berbuka atau sahur nanti kan? Kat bawah ni ada beberapa resepi Meal Shakes untuk dipilih.Tapi disebabkan Meal Shakes ni Protein JANGAN overdose sebab tak baik untuk buah pinggang.

1) ESP + MEAL SHAKES
Memandangkan bau Meal Shakes ni lagi sedap dari ESP, sebab tu boleh campurkan setengah sudu besar Meal Shakes dalam segelas ESP.

2) MEAL SHAKES + REBINA
1/2 sudu besar Meal Shakes
Air Rebina
*boleh juga campurkan 1/2 sudu besar ESP.

3) MEAK SHAKES OREO
Fresh Milk
1/2 sudu Meal Shakes
Oreo (Buang cream)- hancurkan
*boleh juga campur aiscream kalau nak :)

4) MEAL SHAKES + AIR SUAM/AIR SEJUK

5) MEAL SHAKES + FRESH ORANGE

6) MEAL SHAKES + MILO

7) MEAL SHAKES + HORLICK

8) MEAL SHAKES + PD (Performance Drink)
*Boleh juga campurkan ESP sekali.

9) MEAL SHAKES + FRESH MILK

10) AISKRIM MEAL SHAKES
2 sudu Meal Shakes
1 sudu besar Milo
1 gelas Air Masak
*Boleh juga campur dengan Fresh Milk atau Formula Milk
*Shake-shake dan letak dalam acuan aiskrim.

11) SMOOTHIES MEAL SHAKES
1-2 cawan fresh milk
1 sudu Meal Shakes
1 sudu ESP
Frozen Fruit (pisang/berries/Strawberry)
Ais
*Campur semua dalam blender, pastu blend :)

Macam mana? menarik kan? Jadi boleh la cuba nanti k. Selamat Mencuba :)


Thursday, July 18, 2013

Dilema Hospital Bersalin : SWASTA vs KERAJAAN

Salam Semua,

Alhamdullilah hari ni baby dah masuk 17weeks. So bila dah masuk 17weeks, kepala mula dah terfikir-fikir fasal Hospital!! Fa rasa semua M2B pon akan merasa benda ni kan. Lebih-lebih lagi yang 1st timer macam Fa ni. Ya Allah memang pening. Rasa nak nangis pun ada. Sebab tiba-tiba rasa beban dan stress. Fa hanya nak yang terbaik untuk baby sulung Fa ni selain ketakutan yang melanda.

Mama lahirkan Fa dengan adik-adik dekat Hospital Pantai Medical Centre. Ha.. sebab mama dulu gajinya ber K2. Lagipun kos bersalin dekat Hospital Pantai zaman tu cuma RM3K++ (Normal) berbanding sekarang yang boleh cecah RM10K. OMGEEE!!! kenapa la setiap tahun makin naik pulak la kos bersalin ~Sobs

Memang seboleh-boleh Fa nak bersalin dekat Hospital Swasta. Sebabnya Fa rasa lebih selamat berbanding Hospital Kerajaan. Bukan Fa nak kondem Hospital Kerajaan, rata-rata blog yang fa google mesti ada je pengalaman pahit yang dorang lalui kat situ. Hospital Swasta kan lebih selesa. kan kan kan? Lagipon kalau boleh Fa nak Doktor Perempuan. Jadi kalau Swasta boleh request.

Macam yang korang tahu, Fa chekup pon dekat Klinik Swasta, cerita kenapa Fa chekup kat swasta boleh Klik Sini nak imbas balik. Tapi ada orang nasihatkan Fa untuk buat jugak Buku Pink dekat KKIA (Klinik Kesihatan Ibu Anak) untuk kegunaan masa hadapan. Jadi Fa masukan PLAN B: BUKU MERAH dalam kalender dan Insyaallah next week Fa gigihkan jugak pergi buat buku merah.

Fa tak banyak servey Hospital ni, sebab Fa dah target 2 Hospital Swasta untuk fa bersalin. Hospital Pusrawi atau Columbia. Memandangkan Hospital Pusrawi jauh dari rumah Fa, kosnya pon agak mahal.. Jadi Fa cuma fokus dekat Hospital Columbia. Columbia Cheras dan Columbia Puchong.

Plan A :
Hospital Columbia.
Apa yang best boleh request Doktor Melayu Perempuan. Fa pernah call Hospital ni tapi lain-lain pulak kos dia ikut kawasan. Puchong lain, Cheras lain. Fa call dulu untuk tanya pakej bersalin, tapi Columbia ni tak ada pakej bersalin. Untuk Cheras kos yang dianggarkan untuk normal antara RM3K-4K. untuk Czer pulak RM5K-7K. Bil baby lain. Kalau kat Puchong normal RM5K++ Czer RM10K++ (GLUP) Tapi lagi elok if kita direct pergi sana untuk discuss dengan doktor mengenai kos bersalin. Insyaallah bulan ke-6 nanti Fa pergi chekup kat sana. nanti insyaallah Fa share dengan korang.

Plan B:
Hospital Serdang
Salah satu hospital kerajaan yang menjadi pilihan Fa selain Hospital Putrajaya. Hospital Serdang ni lagi nearby dengan rumah Fa selain Fa pernah ada rekod kat situ dulu. Fa tau Hospital ni besar, baru dan selesa tapi tu la... ramai sangat la pulak. Fa dijangka bersalin bulan 12 insyaAllah, katakan la time tu tak ada katil, kita boleh ditransfer ke mana-mana Hospital Kerajaan yang nearby. Hokeh! Jadi atas nasihat kawan, Fa pon call lah Hospital Serdang nak tahu detail. Fa tanya fasal Perkhidmatan Kelas Satu dekat situ dan nak request doktor perempuan. Apa yang diberitahu, situ tak boleh request-request doktor atau letak deposit untuk book kelas satu, kalau nak jugak, masa nak bersalin nak masuk dewan tu pergi dekat kaunter cakap nak kelas 1 dan doktor perempuan. Deposit untuk kelas satu RM800. Itupun kalau ade katil, kalau tak dia akan masukan mana-mana bilik yang available. Doktor pon macam tu, kalau ada dia akan bagi. Tapi semestinya semua Doktor Pakar katanya.

Semua bergantung pada rezeki dan nasib. Apa-apa pun Fa akan teruskan doa semoga Allag murahkan rezeki Fa dan suami supaya Fa dapat bersalin dekat Columbia. Dan semoga Baby tak ada masalah yang serius dan lahir dengan mudah. Insyaallah.




Wednesday, July 17, 2013

Berita HAPPY tengahari Rabu

Salam Semua.

Hari ni Puasa ke-8. Alhamdullilah Fa semakin bersemangat untuk Puasa. Baby pun ok.. :)
Straight to the point, tengahari tadi fa dapat berita yang BEST. Sorang lagi customer Fa berjaya Hamil dengan izin Allah. Allah sahaja yang tahu betapa happynya fa. Ye la berita baik dari customer la yang Fa tunggu-tunggu setiap hari. Alhamdullilah hari ni Fa dapat lagi.

Customer Fa ni makan Set Kesuburan untuk Isteri. Seingat Fa dia makan tak sampai 2 bulan. Dia ambil GLA COMPLEX dan ALFAFA.




Untuk mengetahui kebaikan Alfafa Klik Sini dan GLA Complex Klik Sini.

Memandangkan Bulan ini GLA Complex tengah offer, Jom cepat-cepat grab sebelum terlambat.



DAPATKAN GLA COMPLEX DENGAN PENJIMATAN

BELI 1 HARGA JIMAT

BELI 2 HARGA BERBALOI

BELI 3 4 5 HARGA TERKEJUT

BELI 6 TERUS DAPAT PERCUMA 1


Jika anda nak beli produk SHAKLEE dengan harga ahli ataupun nak COD area SRI PETALING , BUKIT JALIL & Sekitarnya boleh hubungi Fa untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini. Fa akan pos ke alamat anda ke seluruh Malaysia =)






















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...