Nuffnang

Wednesday, June 19, 2013

Saya Hamil- 2nd Trimester

Salam Semua,

Hari ni masuk 13 Minggu usia kandungan Fa. Maknanya bulan ni Fa masuk 2nd Trimester. Alhamdullilah. Macam tak percaya je. tapi itulah kenyataan nya. hehehe.
Bila masuk Trimester ke-2 ni, Morning sickness yang menghantui fa semakin berkurangan. Fa dah makin berselera makan. Lagi best Fa dah masukan OMEGA Shaklee dalam list pengambilan vitamin Fa setiap hari. Omega ni membantu berat badan naik maintain je. Memang ramai orang tegur badan Fa tak macam dulu, tak nampak kembang sangat. kembang kat perut je. Muka pon serinya lain. Ye la.. seri pembawakan.. heheh Seri kebahagian.

Dalam minggu ni orang dah mula perasan yang fa pregnant, walaupun tak besar mana tapi nampak la jugak. Hari ni Fa pergi checkup baby. Nanti entry akan datang fa cerita pasal chekup ok :)

Perubahan yang akan berlaku dalam Trimester ke2:

1) Pelupa - YUP ni memang betul. memang fa jadi pelupa. Sampai satu hari memikir satu benda tu.

2) Pening Kepala - Ini kerana pembesaran bayi di dalam rahim yang menekan pembuluh darah besar sehingga menyebabkan tekanan darah menurun dan menyebabkan pening kepala.

3) Berdengkur - Peningkatan aliran darah di dalam badan semasa tempoh hamil akan menyebabkan sesak nafas dan pembengkakkan membrane mukosa pada bahagian dalam mulut dan akan menyebabkan berdengkur ketika tidur.
*En suami kata Fa kuat berdengkur bila pregnant ni.. hahah senang je jawab fa, "baby la yang dengkur, bukan fa"

4)Hidung dan Gusi Berdarah - Berkait rapat dengan pengaliran darah dalam diri sepanjang tempoh kehamilan. Kadangkala ibu hamil akan mengalami nidung tersumbat disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam badan.
*Baru je jadi hidung darah ni. tiba-tiba je darah keluar tak henti-henti. En.suami la yang paling panic. Apa yang perlu buat, dongakan kepala dan letak ais atau kain basah atas kepala. 

5) Sendawa dan Buang Angin - Kekerapan sendawa dan buang angin akan kerap terjadi pada trimester ni. Ia terjadi kerana usus meregang dan berasa kembung perut.

6) Payudara - Payudara akan menjadi semakin membesar dan mengeluarkan cecair kekuningan (Colostrum-bahan yang penting bagi bayi untuk minggu pertama kehidupannya). Puting susu akan bertukar warna menjadi semakin gelap dan besar. Bintik-bintik kecil pula akan timbul sekitar puting.

Nota untuk Ibu Trimester ke 2
-Sediakan nota kecil untuk mengelakkan terlupa sesuatu benda.
-Beristirahat dengan secukupnya.
-Jika mahu bangun, tuka posisi kedudukan dengan perlahan-lahan untuk mengelakan perubahan pada tekanan darah secara mendadak.
-Si suami perlu faham masalah yang dihadapi oleh isteri pada ketika ini dan jangan menanbah tekanan dengan menyalahkannya.
-Makan dalam jumlah yang memadai dan hindari dari makan makanan yang menyebabkan angin seperti bawang merah.
-Selalu memeriksa saiz payudara dan pastikan bra yang digunakan selesa dan sesuai.
-selalu kesat lelehan colostrum dengan tisu lembut dan jangan memaksanya keluar dengan banyak.
-Pakai "Breast Pad"
-First M2B dinasihatkan mengentel dan menarik punting susu sepanjang tempoh kehamilan untuk mengelakan ia tenggelam selepas kelahiran anak dan menyukarkan proses penyusuan.
-Amalkan menyapu minyak zaitun dekat puting bagi mengelakan pecah dan kesakitan semasa proses penyusuan.
Minggu ke -13




Tuesday, June 18, 2013

2nd Trimester : 1st time chekup

Salam Semua.
Hari ni baby minggu akhir dalam minggu ke-12. Hari ni 1st time pergi chekup. Patutnya Fa chekup minggu 12hb hari tu bila genap baby 12 minggu dan sepatutnya Fa buat Buku Merah jugak hari yang sama. Almaklum lah ni kan 1st time fa pregnant, jadi belum teror lagi bab-bab chekup dan pembahagian masa. Agak kelam kabut dibuatnya. Tapi sebab semangat Fa nak buat Buku Merah Fa dan suami sanggup ambil cuti. Tapi lain pulak jadinya.
Sekarang ni nak chekup dekat KKIA kena tengok poskod. Macam Fa 57000 Seri Petaling Chekup dekat KKIA Kuchai Ent.Park. Tu pun 4 kali call KK lain-lain cawangan nak tau KKIA yang mana Fa kene pergi (Humph) . So Misi KKIA tu suruh datang hari Rabu 12hb pagi untuk buat Kad Merah. Tapi kena bawa gamba scan baby nak bukti yang kita ni betul-betul pregnant. So bila discuss dengan En.Suami, masing-masing setuju ambil cuti 12hb tu. But 1st kena pergi Klinik Sofea Puchong untuk buat scan. Fa memang ada appointment dengan Doktor Sofea pada hari yang sama sebab 1st time pergi untuk chek yang fa pregnant baby tak nampak. baby terlalu kecik jadi doktor Sofea buat 2nd appointment untuk Ultrasound.
Malam 11hb tu Fa dah call Klinik Sofea untuk set temujanji pagi-pagi. Tapi Nurse tu bagitau Doktor tak available pagi dan mintak Fa datang dalam pukul 10. So ok la, sebab masa call KKIA tu misi tu cakap boleh datang anytime, Fa pun tak ada la nak rushing apa-apa kan. Nak dijadikan cerita esoknya 12hb Fa semangat pergi Klinik Sofea untuk buat Ultrasound. Dupdap je rasa sebab tak sabar nak tengok baby 1st time. Sampai sana Nurse cakap Doktor not Available until pukul 12. HOKEH! Time tu Fa dah takleh dok diam, sebab KKIA nak gamba scan dan Alhamdullilah sebelah Klinik Sofea tu ada Poliklinik Medi Nur yang boleh jugak buat Scan. Nak tak nak pergi jugak.
Alhamdullilah doktor yang scan perut Fa tu Doktor perempuan melayu. Dr. Noor kalau tak silap nama dia. Lembut je orangnya, Masuk bilik Ultrasound tu siap ada bacaan ayat-ayat Al-Quran buat hati ni lagi tenang. Lepas dah buat scan, dah dengar bunyi jantung dah print gambar dah bayar (RM50-2D scan) Fa dan En.Suami pon bergegas pergi KKIA kuchai. 
Lepas ambil no giliran, naik tingkat 2, pergi kaunter cakap nak buat Buku Merah, Misi tu direct je cakap, "maaf puan, kalau nak buat buku merah kena datang pagi pukul 8-10 je, sekarang dah pukul 11. Puan boleh datang minggu depan hari Rabu". Hati rasa nak menjerit je masa tu.. penat tahu tak! Kenapa masa call tak cakap ada time sekian-sekian untuk buat Buku Merah? Dah la En.suami bukan senang nak ambil cuti. Sabar je la. 

Jadi sebab tu la Fa amek keputusan buat monthly checkup dekat Klinik Sofea je. Senang. Boleh pergi anytime. Tak payah ambil cuti. 1st time pergi untuk buat buku tu kena RM60. Sebabnya Fa tak ambil ubat. Fa kan makan Shaklee. hehehe. Next appointment 18/7 nak ambil darah. Masa tu baby dah 4 bulan.Boleh intai baby lagi. Lagi pun Dr.Sofea cakap buku dia boleh pergi mana-mana hospital untuk bersalin, Swasta boleh Kerajaan boleh. Senang! 
Jadi fasal Buku Merah tu lain kali lah fikir. En.Suami pon dah agree untuk buat monthly checkup dekat Klinik Swasta. Senang katanye.   

Si budak kecik 12 Weeks - Poliklinik Medi Nur

Buku Kuning Klinik Sofea



Saturday, June 8, 2013

Menjana Pendapatan Sampingan Bersama Shaklee

Salam Semua,

Selepas UTUSAN keluar artikel "Shaklee Tawar Peluang Pendapatan Lumayan" ramai yang tak tunggu-tunggu merebut peluang keemasan ini terutama suri rumah sepenuh masa. Walaupun Fa seorang yang berkerjaya, Fa pun tak lepaskan peluang untuk menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee.

Hari ni Fa nak fokus entry "Menjana Pendapatan Sampingan bersama SHAKLEE". Alhamdullilah selepas Fa join Shaklee, pendapatan Fa semakin baik. Keuntungan yang Fa dapat setiap bulan melebihi gaji Fa sekarang. Memang banyak!

Fa mula join Shaklee ni bila hati terbuka kepada kebaikan vitamin-vitamin Shaklee sebab Fa pon mengamalkan pengambilan vitamin dari Shaklee. Jadi Fa fikir kenapa Fa tak kongsi kebaikan Shaklee ni dengan saudara-mara dan sahabat-sahabat Fa. selain dapat meringankan beban suami? Lepas Fa join Shaklee, Fa disahkan Hamil, Alhamdullilah rezeki Allah beri memang tak terhingga.

Selain itu disebabkan Fa nak lahirkan baby sulung Fa ni dekat Hospital Swasta, jadi Fa kena bertungkus-lumus mencari pendapatan sampingan dan kalau boleh tak nak bebankan suami. 

Selain dapat belajar tentang vitamin-vitamin & kebaikannya, Fa juga diajar dengan ilmu menjemput rezeki dan cara-cara menjana jualan dengan lebih efektif.

Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk sama-sama menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan Shaklee, Email/PM Fa. InsyaAllah Fa akan tunjukkan cara dan jalan untuk kita sama-sama dapat menjana pendapatan lebih lagi.



Shaklee ID (949399)


Call/SMS/WhatsAPP 012-3841916 untuk buat sebarang pembelian & dapatkan harga Penjimatan. Untuk dapatkan secara COD, Fa adalah pengedar Shaklee di kawasan Sri Petaling, Bukit Jalil , Sg Besi dan juga KLCC (weekdays).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...